in ,

Kau Anggap Autisme Ada Satu Jenis Je?

Gambar : Norizwan AzlanĀ 

“Orang lain ada je anak autisme, tapi takde lah teruk macam anak dia yang autisme tu.”

Ya! Itulah dia salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat umum di mana kebanyakan mereka memahami bahawa autisme tu ada satu jenis je dan orang autisme hanya akan bawa satu jenis perwatakan, perangai dan sikap.

Hakikatnya, autisme ni sendiri ada 3 jenis kau tau? Jadi sememangnya kau akan lihat orang yang ada autisme ni akan tunjukkan perangai yang berbeza-beza.

Jadi hari ni biarlah aku share dengan korang 3 jenis autisme yang ada pada manusia-manusia autisme ni.

1. Classic Autism atau Autism Disorder

Inilah jenis autisme yang biasa orang dengar dan tahu. Orang yang ada classic autism ni biasanya dia ada masalah bercakap (ada bunyi tapi bahasa tak faham), masalah nak berkomunikasi dan bersosial serta ada perangai yang pelik dan suka benda benda yang pelik juga.

Selain itu, kebanyakan orang yang ada classic autism ni biasanya dia akan ada masalah intelektual yang agak teruk.

2. Sindrom Asperger

Bagi orang yang ada sindrom asperger ni biasanya dia hanya ada sebahagian ciri ciri classic autism. Orang dengan sindrom ini juga mungkin berdepan cabaran untuk berkomunikasi dan bersosial.

Walaubagaimanapun, golongan ini tidak ada masalah intelektual.

3. Pervasive Development Disorder – PSD

Bagi golongan ini pula, mereka akan miliki sama ada sebahagian kecil ciri ciri classic autism atau sindrom asperger. Mereka yang memiliki PSD hanya akan berdepan masalah berkomunikasi dan bersosial sahaja.

Cukuplah dulu aku share 3 jenis autisme ni. Ini sekadar nak jelaskan pada korang yang setiap manusia yang ada autisme ni mereka ada gelagat yang berbeza antara satu sama lain.

Jadi lepas ni, janganlah samakan sorang budak autisme dengan budak autisme yang lain, itu satu penghakiman yang salah.

By the way, anak aku, Zara, yang juga anak autisme, aku pun tak tau dia jenis mana satu. Cuma cikgu tadika khas dia ada cakap, Zara ni pandai, dia boleh buat apa yang disuruh, tapi dia akan buat ikut mood dia. Kalau taknak, memang taknaklah.

Tapi bagi aku, Zara ni kalau dia dapat hidup berdikari pun aku dah bersyukur gila. Especially bila aku dah takde nanti. Bab pandai gila babi tu memang aku tak pandang lah. Janji dia boleh buat rutin biasa sebagai manusia biasa tanpa bantuan orang lain tu pun dah cukup bagi aku.

Apa apa pun, sekali lagi aku nak tekankan, budak budak autisme ni memang tak sama antara satu sama lain. Jadi, janganlah buat penghakiman mereka ni sama ye? Kesian diorang beb. Kita yang normal ni pun rambut sama hitam, tapi hati lain lain. So, sama jugak depa.

Norizwan Azlan
Abah Anak Autisme

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Pulau Pinang Banjir Kilat, Hampir 80 Kawasan Terjejas

Beza Pendapatan T20, M40, B40 Di Malaysia