in ,

Kalau Kau Sebar Berita Tidak Benar, Ini Mungkin Hukuman Yang Akan Dikenakan

Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangkan untuk kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, 27 Mac oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Berita tidak benar termasuklah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu,sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman video atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.

Dengan berkembangnya teknologi selaras dengan peredaran masa, penyebaran berita tidak benar menjadi kebimbangan global dan semakin serius sehingga menyentuh orang awam.

Antara peruntukan penting yang dicadangkan RUU itu ialah Akta boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak sama ada warganegara atau warga asing yang menyebarkan berita tidak benar terhadap Malaysia atau warganegara Malaysia, di luar Malaysia, seolah-olah ia telah dlakukan di dalam Malaysia.

RUU ini mengawal selia penyebaran berita tidak benar dalam mana-mana medium penerbitan dan tidak terbatas kepada media sosial saja.

Kuasa akan diberikan kepada Mahkamah untuk membuat perintah bagi menghapuskan apa-apa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar.

RUU adalah untuk menangani penularan berleluasa berita tidak benar ekoran revolusi teknologi komunikasi yang berkembang dengan pesat dan terlalu pantas.

Apa kata pembaca APEMAZING?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Taman Tema Cahaya Yang Boleh Kau Bawa Keluarga Tengok Lampu Menarik

Hadapi Pengakhiran Monsun, Like A Bos