in ,

KADS1M: Ini Adalah Hak Industri Buku!

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris mengumumkan akan kreditkan bantuan pelajar pendidikan tinggi (BPPT) melalui Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) pada 15 Mac ini.

Bagi sesiapa yang tak tahu, BB1M ini adalah bantuan yang diberi kepada pelajar berbentuk baucar bernilai RM250. KADS1M pula adalah Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) dengan nilai yang sama dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun debit kad. BPPT ini merupakan bantuan gantian kepada BB1M. Bantuan terdahulu mula ditukar kepada KADS1M bermula pada tahun lepas.

Beberapa isu telah timbul berikutan berlaku pertukaran jenis bantuan kepada pelajar ini. Industri buku kursusnya meluahkan rasa kekecewaan terhadap perubahan yang dilakukan ini. Kata mereka:

Netizen juga mempunyai pendapat mereka sendiri mengenai isu ini. Ada yang membantah pertukaran BB1M kepada KADS1M kerana:

Status FB Husna Adnan
Status FB Azzah Abdul Rahman

Walaupun bergitu, ada juga wakil pelajar yang memberi pendapat kenapa BB1M ini harus digantikan dengan KADS1M. Dengan menulis status bertajuk KADS1M: Mahasiswa Menyokong Sepenuhnya, penulis berkata:

 

Status FB Syaiful Asyraff Kamarudin

Ada juga yang memberi pandangan ‘win-win’ yang mana tidak menyokong atau membangkang, tetapi memberikan ‘tips’ yang mungkin boleh digunapakai.

Status FB Danial Haikal
Status FB BahruddinBekri.com

Tujuan KADS1M sebenarnya adalah untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. BB1M pula adalah sebagai inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Bagaimana pula pendapat pembaca Apemazing? Bantuan mana yang patut diberi kepada para pelajar yang kesusahan ini?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply
  1. Saya lebih pro kepada pemberian KADS1M sebab lebih convenient, lebih cair tanpa perlu cap setiap baucer RM50. Cumanya bila guna kad tu, student tak boleh guna RM250 sepenuhnya. Perlu berbaki paling kurang RM8. RM8 kena gaya boleh hidup untuk 2 hari. KADS1M juga tiada isu tentang terlepas tarikh luput guna baucer buku.

    Tentang industri buku, isu paling utama bukan pada KADS1M dan BR1M. Saya pembaca tegar, duit tersebut saya gunakan untuk beli bahan bacaan juga. Tapi bahan bacaan yang lebih meluas tanpa terikat dengan mana-mana kedai untuk cairkan BR1M tersebut.

    Persoalan utamanya pada minat membaca, jenis bacaan, dan medium bacaan.

Leave a Reply

Tandas Dan Taharah Di Negara Dunia Ketiga

Ini Cara Pixar Sematkan Kasih Sayang Dihati Penonton Mereka