in

Jenis Pelaburan Yang Sedap Dan Menarik Selain Dari ASB Dan Hartanah

Aku ingat lagi masa En Leroy Lee pitch idea expansion The Parenthood beliau di D7 Sentul East.

Aku dan ayah aku datang atas jemputan Crowdo. (Salah satu platform daripada enam Equity Crowd Funding yang diberikan lesen oleh Suruhanjaya Syarikat)

Masa tu antara benda dalam slides yang aku ingat adalah pasal USP (Unique Selling Proposition) bisnes beliau.

Dari segi ‘positioning’, The Parenthood ada kelebihan kerana boleh kata tak ada pesaing. Maklumlah, di Malaysia ini tak ada satu ‘mini mall’ yang jadi ‘one-stop centre’ bagi budak-budak dan mak budak.

Kalau ‘one-stop center’ bagi hijabista atau orang perempuan memang banyak. Nak nak kalau di Bangi.

Tapi untuk budak?

Dari situlah wujudnya The Parenthood.

Dalam The Parenthood- semua servis, produk dan keperluan dari bermacam jenama diletakkan di bawah satu bumbung dan kesemua ini disusun atur mengikut konsep London.

Mulanya aku fikir entah apalah yang best sangat tentang London tu. Tapi aku lupa yang aku ni orang dewasa. Pemikiran dah lain dari budak-budak.

Sebenarnya budak-budak cukup suka tentang London, lagi-lagi bas double decker merah tu.

Benda ini aku lihat sendiri bila aku ke outlet sulung The Parenthood di Sunway Putra Mall.

Kira betul dahlah positioning hala tuju bisnes ini.

Ikut perancangan, The Parenthood perlu raise funding untuk buka satu lagi outlet di Sunway Pyramid yang 3 kali ganda lebih besar. Kali ini diorang nak taruk bas double decker import dari Kota London lagi. Fuh, hebat.

Bila aku belek-belek dokumen yang diberikan, satu benda yang aku cukup suka pasal bisnes ini adalah pendapatannya ‘secured’ melalui tenancy agreement dari puluhan vendor.

Kemudian ada ruang bagi ‘growth’ melalui monetisation untuk servis seperti tadika, tempat permainan dan macam-macam lagi.

Dipendekkan cerita, aku dan ayah aku setuju untuk labur dalam projek expansion The Parenthood. (dan ramai lagi sampai oversubscribed permintaan terhadap ekuiti The Parenthood)

*
Hari ini rupanya dah lebih 6 bulan dari tarikh pembentangan Leroy. Aku tak pergi tengok lagi outlet baru mereka di Sunway Pyramid sebagaimana yang digambarkan tempoh hari.

Tapi melalui link ini;

https://sunwaypyramid.wordpress.com/…/7-reasons-to-drop-ev…/

,aku macam tak percaya secantik ini mereka dah buat. (Kau yang ada anak kecik tu baik tengok.)

Tahniah!

Kenapa aku kongsikan cerita ini?

Simple. Aku mahu budaya melabur di platform ECF seperti crowdo,PitchIn, ATA Plus menjadi perkara biasa sebagaimana budaya melabur dalam ASB.

Aku rasa bagus juga jika rakan-rakan lain ada alternatif lain kepada pelaburan unit amanah, hartanah dan beli emas (yang bukan skim tipu).

Walaupun risikonya lebih tinggi, tetapi sekali kau strike jackpot, boleh bersara beb.

Agak-agak dapat bonus atau ada duit lebih itu, korang pergilah ke website platform yang aku sebutkan tadi.

Kadang-kadang ada peluang menarik dan korang boleh melabur serendah RM3,000 bagi satu unit.

(Aku dapat peluang labur dalam KRU Academy pun melalui platform itulah. Jadi adalah modal nak mintak Norman buat satu lagu untuk anniversary aku.haha)

The world is changing. Jangan lepaskan peluang.

Radzi Tajuddin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Integriti Adalah Perkara Utama Dalam Sesebuah Perniagaan

Dah Tahu Nak Sijil Halal, Ikutlah Prosedurnya