in ,

Jenis-Jenis Buku Dan Kesan Buku Itu Pada Diri Kita

Menurut Cecelia Ahern,

“Books choose their readers, not the other way around.”
(The Book of Tomorrow)

Hari ini aku menulis tentang tiga jenis buku, iaitu:-

1. Buku yang boleh buatkan kau jatuh kasih pada watak-wataknya. Novel. Fiksyen secara spesifiknya. Kau merasa watak-wataknya hidup, mulutmu menyebut-nyebut tentang mereka seperti benar-benar mereka berada di alam nyata.

Bila penulis mencorak takdir bahagia pada watak-watak, kau jadi turut gembira. Bila dengan kejam dibenamkan penulis takdir tragis, kau tumpang menangis. Hakikatnya, watak-watak yang telah kau jatuh kasih itu, adalah permainan penulis.

2. Buku yang boleh buatkan kau jatuh suka kepada penulis. Kau akan mengejar setiap tulisan-tulisan mereka. Seperti setiap perkataan dalam buku membekalkan udara untuk kau terus bernafas. Kerna kau telah meletak percaya kepada mereka.

Di setiap halaman akhir yang kau baca, kau merasa panik. Oh, apa lagi selepas ini? Di mana lagi tulisanmu akan kubaca? Tulislah lagi. Buku baharu, please. Sampai begitu sekali. Realitinya, penulis yang membuat kau jatuh suka itu adalah manusia biasa sama seperti kau juga. Ada bahagian bagusnya. Ada bahagian yang mungkin, boleh buat kau kecewa juga.

3. TETAPI, untuk sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, kau temukanlah buku yang boleh membuatkan kau jatuh cinta – kepada diri sendiri. Buku yang boleh mengocak jiwa, resah gelisah yang bisa melonjak kau untuk keluar dari zon selesa, huru-hara dek kerana kau jadi begitu cinta – dengan setiap inci diri sendiri.

Kerna tidak ada yang palsu tentang diri sendiri. Seumur hidup kau terikat dengan diri sendiri. Tidak ada galang ganti. Diri sendiri, adalah kebanggaan yang kau perlu tatang – sampai mati.

Sudahkah buku-buku yang aku sebutkan ini muncul di hadapanmu?

 

Naziatul Azrin

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Mulakan Dengan Apa Yang Ada Dalam Tangan Kita, Anak Muda!

Ini Jenis Buku Yang Kau Kena Faham, Sharnaaz!