in ,

Jangan Lupa Bawa 6 Jenis Ubat Ini Semasa Kau Travel

Selain pakaian dan makanan yang kalian kena bawa bila kalian travel, ada benda penting lain yang kalian wajib bawa. Stok ubat-ubatan.

Iya, ubat.

Bukan bawa kalau masa kita travel kita tak sihat. Waktu sihat pun kena bawa. Sebab kita nak bersedia kalau kita tiba-tiba sakit dekat luar negara sana. Dan masa tu kita susah nak dapatkan ubat.

Yelah mungkin perbezaan bahasa, perbezaan jenis ubat dan dah tentu perbezaan harga ubat di luar negara.

Ini senarai ubat yang aku bawa setiap kali aku ke luar negara;

1. Dimenhidrinat.

Ini ubat untuk mabuk kenderaan. Macam aku. Kahkah.

Ada yang naik bas, naik kapal terbang, naik kapal laut atau naik kereta yang bukan dia pandu pun dia mabuk. Jadi sediakan ubat ni. Makan 30 minit sebelum kau bergerak.

2. Lomotil.

Ini ubat kalau kau sakit perut.

Lebih spesifik kalau kau kena cirit birit. Kadang perut Melayu kita ni tak tahan dengan menu luar negara sana, jadi perut mula buat hal.

Makan melantak bukan main western, sejam dua lepas tu kau gelabah cari tandas. Pernah jadi kan? Ok, sediakan ubat ni.

3. Charcoal.

Ini pun sama untuk kes sakit perut tadi.

Ubat arang ni. Kau jangan bawa arang bakar ayam masa kau berkhemah tepi sungai tu, aku tampar kau kang. Kahkah.

4. Buscopan.

Ini pun kau sediakan untuk sakit perut tadi. Untuk legakan perut memulas.

5. Loratadine.

Ubat ini untuk alahan dan selsema.

Terutama pergi negara yang sejuk. Badan kita kadang tak biasa, terus jadi selsema. Berair hidung. Makan ubat ni. Supaya tak jadi lagi teruk. Kalian nak berjalan kan? Mesti kena sihat dan bertenaga.

6. Paracetamol.

Yang ni semua orang tahu. Ubat demam dan tahan sakit. Makan kalau rasa mula badan tak sedap nak demam tu.

Ok. Ini semua yang aku bawa dalam beg.

Satu tips lagi yang biasa aku buat. Setiap jenis ubat ni bahagi kepada 2 set. 1 letak dalam bagasi besar tu. 1 set letak dalam beg sandang belakang.

Kadang kadang berlaku bagasi kita tertinggal kapal terbang, atau boleh jadi hilang, paling tidak kita ada bekal ubat sikit dalam beg kita.

Begitulah.

Selamat beramal. Huhu.

Firdaus Mokhtar,

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Macam Tak Percaya Ini Tanah Rancangan Felda

Taman Tema Cahaya Yang Boleh Kau Bawa Keluarga Tengok Lampu Menarik