in ,

Jangan Bimbang Janna Nick, Abang Ada

Aku betul-betul tak sangka seorang Janna Nick boleh menggegarkan bumi Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai perbalahan pandangan.

Ada yang menegakkan idea sendiri, ada yang boleh berkomunikasi dengan jelas dan ada pula yang mengambil kesempatan.

Aku mudah sahaja dan berpegang pada situasi Janna, beliau mungkin berada dalam keadaan tidak bersedia untuk menonton filem berkenaan dan dia pergi menonton secara tiba-tiba kerana diajak rakan.

Pandangan menonton filem ini sebenarnya boleh berubah-ubah. Hari ini kau rasa bosan atau menganggap sesebuah filem itu sebagai tidak memenuhi citarasa sehingga ke tahap kau menganggap filem itu sebagai teruk.

Namun apabila kau berada dalam keadaan lebih bersedia, melalui pengalaman penontonan yang lebih luas dan lebih mendalami hal-hal yang terkait maka kemungkinan besar filem-filem yang kau katakan bosan dan tidak bagus itu akan bertukar menjadi bagus dan membuatkan kau lebih menghargainya.

Namun pandangan yang aku maksudkan ini khas untuk filem-filem yang memiliki alami atau asas filem yang bagus dan bukannya filem-filem yang ternyata tidak berbaloi, sebagai contoh filem-filem seorang profesor filem di sebuah universiti bumiputera.

Jadi untuk Janna jangan bimbang dengan kecaman dan jangan takut untuk mengeluarkan pandangan. Ini ialah proses menuju kematangan dan kau tak boleh biarkan sahaja hal ini berlalu pergi kerana kau ada kesempatan terbaik untuk membaiki keadaan dan memberikan pandangan lebih bersedia tentang sesuatu filem yang wajar dihargai.

Ingat ini bukan soal citarasa atau keseronokan menonton sahaja, tetapi ia tentang proses penghargaan karya yang layak secara lebih bersedia. Jika tidak bagus kemukakan asas, jika bagus sudah tentu ada asasnya juga.

Daniyal Kadir

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ayuh Rakyat Malaysia. Kita Undi Sampai Berjaya!

Kahwin Sahaja Dulu!