in ,

Jangan Bagi Anak Anda iPad!

Gambar : FB Suhaili Mohd Zain

Dia anak syurga saya.

Posting pagi ini sangat panjang dan beremosi. Anda wajib sediakan tisu. Kerana untuk menaip tajuknya sahaja, air jernih mula bergenang di tubir mata.

Pagi ini Sally dapat berkongsi rasa dan ada banyak info yang didapati daripada warga titans ladies. Bila kita berada di dalam kelompok yang sama, bukan sama-sama mengeluh dan mengenang nasib tetapi sama-sama memberikan semangat antara satu sama lain untuk terus bangkit menjadi ibu hebat dan redha atas ketentuannya.

Saya tidak malu dan tidak pernah rasa kecewa dengan kehadirannya. Malah dia adalah penguat semangat saya. Adelina Khayra dilahirkan pada 9 tahun yang lalu. Kelahiran yang dinantikan dan memberikan sinar bahagia dalam hidup kami.

Hari pertama kelahirannya, kami dikejutkan dengan khabar daripada doktor mengatakan Adelina cacat kaki kanan. Waktu itu, luruh hati seorang ibu mendengarnya. Air mata mengalir bagaikan empangan pecah. Namun, semuanya qada’ dan qadar yang Allah tentukan. Setelah dibuat pemeriksaan, berita yang doktor sampaikan itu tidak benar. Sangat kecewa dengan doktor pada masa itu kerana menyampaikan berita yang diputuskan tanpa pemeriksaan lanjut. Kaki Adelina terlentok sebelah difahamkan kerana efek dari air ketuban yang sedikit dan baby cuba untuk menenggelamkan kakinya ke dalam air semasa berada di dalam perut ibu. Keadaan yang agak lama itu membuatkan kaki baby kekal lentok dalam jangkamasa yang lama apabila dilahirkan.

Alhamdulillah. Selepas lebih kurang 20 hari kelahiran, kakinya kelihatan normal. Adelina anak yang agak lambat proses perkembangannya. Bukan dari segi mental tetapi dari segi perbuatan dan pergerakan. Dia dapat berjalan pada usia 18 bulan. Merangkak semasa umur 5 bulan dan seterusnya 10 bulan dia mengesot sehingga umur 18 bulan. Tapi keadaan mengesot yang lama itu tidak pula memberikan tanda-tanda pelik dan saya sendiri tidak merasakan itu adalah sesuatu yang perlu dirisaukan. Beliau boleh bercakap dan mengenal huruf, nombor, warna dan sebagainya. Dia anak bijak. Dan sebagai ibubapa moden, seawal usianya setahun itu, kami sudah berikan dia ipad. Anak pertama katakan.

Kehidupannya dikelilingi dengan segala perkembangan arus kemodenan. Dia dapat menaip namanya sendiri seawal usia 2 tahun. Mula menggunakan komputer mama dan ipad. Semasa di dalam kereta dan juga di meja makan jika kami makan diluar, Adelina disogok dengan portable DVD player. Semua siri Little Einstein, cerita Barney dan pelbagai lagi siri learning video kami sogok dengan beranggapan anak akan bijak dan tidak pernah terfikir ada kemudaratannya. She is so smart bila dapat bercerita tentang cakerawala, proses kejadian manusia dan banyak lagi ilmu-ilmu yang kadang-kadang mama pun tak tahu. Fasih berbahasa Inggeris dan menolak bahasa Melayu. Dia dapat bercakap melayu dan lebih banyak vocab apabila sudah berada di darjah 1 pertengahan tahun.

Adelina dihantar tadika yang femes waktu itu. Asas English. Segala perkembangan adalah A. Tidak satu kelainan pun yang dilaporkan pada ibu bapa. Sally tidak pasti sama ada sekolah ingin menjaga prestasi atau semua berita yang indah sahaja dikhabarkan. Sebagai ibubapa muda yang tidak pernah ada pengalaman dan cetek ilmu perkembangan anak-anak ditambah lagi asyik sibuk bekerja, anak banyak habiskan masa bersama bibik (itu memang kebodohan dan kesalahan saya yang paling besar. Ampunkan aku Ya Allah), saya tidak pernah tahu kelainan pada diri Adelina. Seingat saya, ada 2 orang yang khabarkan tentang Adelina. Pada awalnya saya menolak. Anak saya tidak pelik. Anak saya normal. Agak sukar untuk mengakuinya.

Apabila diluar rumah, Adelina akan diberikan ipad. Sudah besar dia ada phone sendiri. Iphone diberikan untuk mudah dia main game, tengok youtube. Kami berikan supaya tidak mengganggu kami makan atau anak buat bising. (Bodohnya saya waktu itu). Anak fasih berbahasa Inggeris rasa bangga sedangkan dia sebenarnya hidup dalam dunianya. Lenggok bahasa pun seperti kartun watak dalam video yang ditonton. Apabila dia tidak dapat apa yang dia nak, behaviour dia berubah. Menangis tanpa boleh dipujuk. Menjerit dan tantrum. Dan pada waktu itu, saya akan marah, mencubit dan naik hantu. Saya pula yang hilang kawalan. Dan biasanya, jika Adelina buat perangai, saya akan terus balik dan tidak berlamaan di tempat itu. Akhirnya sesi keluar dan jalan-jalan terpaksa dicancel dan kami balik sahaja. Dan bila keluar next time, saya lebih selesa memberikan dia iphone sahaja. Aman hidup kami.

Apabila meningkat usia, masuk ke darjah 1, saya dan suami tidak yakin beliau boleh berdikari di sekolah. Hampir sebulan saya menjadi spy dan pengintip anak di sekolah. Adelina diawasi bibik sejak dari lahir. Segala-galanya dibuat oleh bibik. Even mandi, pakai baju, bersiap, makan dan segalanya. Ini juga adalah salah satu sebab kenapa dia tidak dapat berdikari. Sebelum dihantar ke sekolah Gurney, kami hendak masukkan dia ke satu sekolah lain. Tetapi tidak diterima kerana placement test yang diberikan tidak berjawab. Dia bukan tidak boleh menjawab soalan dan saya pasti soalan yang senang itu hanya boleh dijawab dalam beberapa minit sahaja. Tetapi bila dia tiada mood, tidak dalam suasana yang betul, dia reluctant untuk membuat apa yang disuruh.

Semasa orientasi darjah 1, saya memerhati kelakuannya di sekolah. Dan saya mula membandingkan anak saya dengan budak-budak darjah 1 lain. Memang banyak ketidaksamaannya. Adelina tidak boleh duduk satu tempat. Even dia tak boleh duduk berbaris. Dia merayau meninjau kawasan dan tanpa mengikut rules, dia naik ke stage dan turun sesuka hati. She cannot mix dan bersosial dengan anak-anak yang lain. Dia lebih suka bersendiri. Semasa itu ada satu perasaan aneh dalam diri saya. Dan saya mula sedar, anak saya tidak sama seperti dengan anak orang lain walaupun dia kelihatan normal. Baru saya tahu budak darjah 1 dah boleh bergosip dan bercerita. Tapi anak saya.. masih polos dan cerita tentang keseronokan bermain sahaja.

Seorang cikgu yang mempunyai anak Dyslexia merapati saya. Kami berkenalan. Dia mula bercerita akan perihal anaknya. Dan dia mula kaitkan dengan situasi Adelina. Akhirnya dia menasihati kami untuk membawa Adelina berjumpa doktor pakar. Pada hari yang sama, appointment dibuat. Dan seminggu selepas itu bermulalah sesi diagnose dan Operational Therapy. Adelina disahkan Mild Autism.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak dan symptom seperti anak saya cepat-cepat lah bertindak. Adelina mempunyai dunianya sendiri. Dia tidak pandai bersosial. Dia cepat bosan jika menumpukan pada satu benda sahaja. Berkawan pun hanya sekejap sahaja dan dia mula berada dalam dunianya. Tiada eye contact dan mata mula melilau jika bersemuka, bercakap sendiri dan tidak mengendahkan suasana sekeliling. Tidak boleh terlalu bising. Suka explore. Sebab itu jika ke rumah orang, dia akan explore satu rumah. Ini juga adalah salah satu sebab kenapa saya mengelak untuk bertandang ke rumah orang. Orang akan ingat kita tidak tahu menjaga anak, tapi anak saya berbeza. Saya paling risau jika dia berkenan dengan sesuatu di rumah orang. Kalau dulu saya selalu marah, cubit dan naik hantu, tetapi setelah tahu ilmu autism dan cara menanganinya, saya lebih banyak belajar cara untuk memujuk dan mententeramkannya. Kata doktor, otaknya berfikir cepat 4 tahun tapi tingkah lakunya bertindak seperti orang yang muda 4 tahun dari usia sebenarnya. Oh anak… walau apa jua keadaan kakak, mama sayang kakak dunia akhirat. She is my BIG WHY.

Jika mahu bercerita di sini, memang panjang lebar. Saya bukan nak buka aib, naik raih simpati atau apa. Cuma saya nak ibu bapa diluar sana peka terhadap perkembangan anak-anak. Jangan jadi macam saya. Saya sudah membuat kesilapan besar dalam hidup. Memang Adelina was born with Autism, tapi jika saya dapat kawal dari awal maybe ia cepat dapat diatasi. Doktor kata hanya masa menentukannya. Parents, hadkan gadget. Bagi gadget tidak memberi maksud kita mewah dan anak kita pandai. Ia lebih banyak memberikan keburukan. Hadkan masa. Adelina and Arissa memang diberikan gadget weekend sahaja. TV pun sama. Dan alhamdulillah mereka boleh ikut rules yang ditetapkan. Rumah kami tak ada astro. HyypTV ditonton semasa weekend sahaja. Bila gadget tiada, mereka sudah mula bermain dengan permainan dan mula bergurau senda adik beradik walaupun lebih banyak bergaduh dari berdamai.

Suasana sekarang yang agak kurang selamat membuatkan kita ibu bapa risau jika anak bermain di padang permainan seperti kita dulu-dulu. Anak-anak tidak terdedah dengan suasana luar. Pijak rumput, pasir dan tanah jarang sekali. Anak-anak saya banyak membesar di indoor playground. Gaya hidup juga menentukan corak anak-anak membesar. Masih banyak masa yang saya perlu lakukan dan perbaiki. Saya harap posting saya ini sedikit sebanyak dapat manfaat pada anda semua dan jadikanlah pengajaran. Jangan malu dan cepat menafikan. Jika anak anda speech delay, development delay, cepat2 bawa jumpa doktor. Kami masih meneruskan terapi untuk Adelina walaupun di hospital HKL, dia sudah lulus OT dan hanya follow up 6 bulan sekali. Private therapy masih diteruskan. Dia bersekolah di sekolah khas apabila cikgu di sekolah biasa tidak dapat fokus padanya. Dialah penguat semangat saya dan saya bangga dengan anak saya. Dan ayat yang sering dia ungkapkan adalah, “Kakak akan jaga mama sampai mama mati.”

Saya tidaklah banyak mengetahui ilmu Autism, tapi jika anda semua perlukan panduan, share apa yg anda rasa atau apa-apa info inshaAllah saya dapat kongsikan dengan anda. Kenali anak anda dan perubahan pada dirinya. Walaupun saya busy dengan bisnes, tapi saya sentiasa letakkan dalam hati kejayaan dan kemewahan ini adalah lebih bererti jika anak-anak juga sentiasa merasakan ibu mereka ada bersama dan masa-masa kami banyak habiskan bersama. Saya dah tolak jauh waktu sekarang adalah waktu kejar kejayaan. Kita korbankan beberapa tahun untuk kesenangan dikemudian hari. Itu pepatah dulu yang saya pegang. Tapi sekarang tidak lagi. Sebab saya tahu, masa membesar anak saya tidak dapat saya ulangi dan anak saya takkan berumur 9 tahun lagi di masa hadapan.


.
#shareJikaBermanfaat
#shareJikaSenasibDenganSaya
#IbuAnakAutism

Pn Sally.
Pengasas ELISS.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 50.000000%

Leave a Reply

Profesion Keguruan Pantang Ditegur?

Tentang Crowdfunding Yang Kau Perlu Tahu