in ,

Jakel Ostia Bangi Kini Dibuka!

Selepas Shah Alam, Seremban, kini Jakel membuka sebuah lagi cawangan besar di Bandar Baru Bangi. Lokasi kali ini betul-betul mendekatkan jarak penduduk dan masyarakat Putrajaya, Cuberjaya, Kajang, Nilai dan Bandar Baru Bangi sendiri kepada seleksi kain pasang, tudung, karpet serta pilihan fabrik isi rumah.

Berlokasi di Ostia Bangi, betul-betul bersebelahan dengan Plaza Tol Bangi. Suka untuk kami di Apemazing maklumkan yang Jakel dan Ariani yang baru dibuka ini semestinya menjadi pusat fabrik terkini yang digilai peminatnya.

Lokasinya strategik, keluasannya adalah dua kali ganda dari Jakel Shah Alam dan lebih menarik lagi ianya penuh dengan promosi dan seleksi fabrik terbaru.

Kata Datuk Haji Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, ramai yang merasakan ekonomi kita berada dalam keadaan sukar. Namun, hakikatnya ialah GDP negara menaik ke 5.8% dan orang semakin ramai berbelanja.

Oleh sebab itu, pembukaan di Bandar Baru Bangi adalah sebuah usaha untuk memudahkan pelanggan Jakel dan Ariani mendapatkan koleksi kesukaan mereka di sini.

Untuk tahun ini, katanya lagi akan menambah seleksi warna pastel, warna biru dan ‘strong’ dengan rekaan border dan Turkish akan menjadikan para peminat dunia fabrik lebih nampak muda, segar dan bergaya.

Dato Sri Siti Nurhaliza pula menyifatkan pertumbuhan Jakel dan Ariani yang cukup pesat sekarang memberi kelapangan dan keluasan rezeki buat masyarakat setempat.

Ia memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di situ dan semestinya menjadi hub kemudahan bagi mereka yang ingin membeli produk Jakel dan Ariani dengan lebih dekat lagi.

Bersama dengan beliau semasa hari pembukaan ini ialah Nabil Ahmad, Dee, dan Datin Farah.

Penduduk sekitar Bangi, Putrajaya, Kajang dan Cyberjaya, boleh nikmati tudung percuma sebanyak 3,000 helai bermula 25hb Januari hingga 27hb Januari ini di sini.

Lekas datang, Jakel Ostia Bangi.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Penyelesaian Gaya Ajinomoto!

5 Jenama Automotif Malaysia Tahun 2017