in ,

Isu Cambridge Analytica Dan Penyelesaian Oleh Mark Zuckerberg

Saya ingin berkongsi kemas kini mengenai situasi Cambridge Analytica – termasuk penyelesaian yang telah kami ambil dan langkah seterusnya untuk menangani isu ini.

Kami mempunyai tanggungjawab untuk melindungi data anda, dan jika kami tidak boleh, kami tidak akan berkhidmat lagi untuk anda. Saya berusaha memahami situasi yang sedang berlaku dan bagaimana untuk memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Berita baiknya ialah tindakan penting dalam mengelakkan hal ini daripada berlaku telahpun diambil sejak beberapa tahun yang lalu. Namun, kami juga membuat kesilapan dan kami perlu tingkatkan lagi usaha ini dan melakukannya dengan lebih baik.

Ini adalah garis masa peristiwa.

Pada tahun 2007, kami melancarkan Platform Facebook dengan visi bahawa lebih banyak aplikasi harus bersifat sosial. Kalendar yang boleh menunjukkan tarikh lahir rakan-rakan anda, peta yang boleh menunjukkan lokasi rakan-rakan anda dan buku alamat yang boleh memaparkan gambar mereka. Untuk melakukan ini, kami membolehkan orang ramai untuk log masuk ke aplikasi dan berkongsi siapa rakan mereka dan beberapa maklumat mengenainya.

Pada tahun 2013, seorang penyelidik Universiti Cambridge bernama Aleksandr Kogan mencipta aplikasi kuiz keperibadian. Kira-kira 300,000 orang yang memuat turun aplikasi ini dan berkongsi data mereka serta data rakan mereka. Dengan menggunakan platform kami, Kogan berjaya mengakses puluhan juta data rakan-rakan anda.

Pada tahun 2014, untuk mencegah aplikasi yang menyalahguna platform kami, kami telah umumkan untuk menukar seluruh platform secara mendadak dalam menghadkan aplikasi boleh mengakses data. Paling penting, aplikasi seperti Kogan tidak lagi boleh meminta data tentang rakan seseorang kecuali rakan-rakan mereka juga telah membenarkannya. Pemaju aplikasi juga diharuskan untuk mendapatkan kelulusan daripada kami terlebih dahulu sebelum mereka meminta data sensitif daripada pengguna. Tindakan ini akan menghalang mana-mana aplikasi seperti Kogan untuk dapat mengakses pelbagai data pada hari ini.

Pada tahun 2015, daripada wartawan di The Guardian, kami mendapati bahawa Kogan telah berkongsi data dari aplikasinya kepada Cambridge Analytica. Ini amat bertentangan dengan dasar kami iaitu pemaju berkongsi data tanpa kebenaran pengguna, jadi kami segera mengharamkan aplikasi Kogan dari platform kami, dan menuntut agar Kogan dan Cambridge Analytica secara rasmi memadam semua data yang diperolehi secara tidak wajar. Mereka memberikan sertifikasi ini.

Minggu lalu, kami mendapati melalui The Guardian, The New York Times dan Channel 4 yang Cambridge Analytica mungkin tidak memadamkan data seperti yang telah diperakui. Kami segera mengharamkan mereka menggunakan mana-mana servis kami. Cambridge Analytica mendakwa mereka telah memadam data berkenaan dan bersetuju untuk diaudit forensik oleh firma yang diupah oleh kami untuk mengesahkannya. Kami juga bekerjasama dengan pihak pengawal selia bagi menyiasat apa yang berlaku.

Ini melanggar kepercayaan antara Kogan, Cambridge Analytica dan Facebook. Perkara ini juga telah menghilangkan kepercayaan antara Facebook dan pengguna yang berkongsi data mereka dengan kami yang mengharapkan kami untuk melindunginya. Kami harus memperbetulkan keadaan ini.

Dalam kes ini, kami telahpun mengambil langkah-langkah penting beberapa tahun yang lalu untuk mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengakses maklumat pengguna. Tetapi ada lebih banyak yang perlu kami lakukan dan saya menggariskan langkah-langkah berikut di sini.

Pertama, kami akan menyiasat semua aplikasi yang mempunyai akses kepada sejumlah besar maklumat sebelum kami mengubah platform kami untuk mengurangkan akses data secara mendadak pada tahun 2014, dan kami akan menjalankan audit penuh terhadap mana-mana aplikasi dengan aktiviti mencurigakan. Mana-mana pemaju disekat dari platform kami jika tidak bersetuju dengan audit menyeluruh. Jika kami mendapati pemaju menyalahguna maklumat yang dikenal pasti adalah peribadi, kami akan menyekat dan memberitahu umum akan keburukan aplikasi tersebut. Itu termasuk data mereka yang disalahguna oleh Kogan.

Kedua, kami mengehadkan pemaju dalam mengakses data dengan lebih mendalam bagi menghalang penyalahgunaan yang lain. Contohnya, kami akan mengalih keluar/buang akses pemaju dari data anda jika anda tidak menggunakan aplikasi mereka dalam masa 3 bulan serta mengurangkan pemberian data anda semasa anda log masuk ke aplikasi, iaitu hanya gambar, nama dan alamat email sahaja. Kami mewajibkan pemaju untuk bukan sahaja mendapatkan kelulusan tetapi juga menandatangani kontrak dalam meminta sesiapa sahaja untuk mengakses pos atau data peribadi lain. Dan kami memiliki lebih banyak perubahan untuk dikongsi dalam beberapa hari akan datang.

Ketiga, kami ingin memastikan anda mengetahui aplikasi mana yang dibenarkan untuk anda mengakses data anda. Pada bulan seterusnya, kita akan menyediakan tool di bahagian atas News Feed berserta aplikasi yang pernah anda gunakan dan cara mudah untuk membatalkan aplikasi itu dari mengakses data anda. Sebenarnya, tool ini sudahpun ada dalam bahagian tetapan privacy anda, dan kini kami akan menyediakan tool ini di bahagian atas News Feed untuk memastikan pengguna boleh melihatnya.

Dalam langkah-langkah yang sudah diambil pada tahun 2014, kami percaya ini adalah langkah seterusnya bagi memastikan platform kami selamat.

Saya yang meneraju Facebook, dan pada akhirnya saya harus bertanggungjawab atas apa yang terjadi di platform kami. Saya serius melakukan apa yang diperlukan untuk melindungi komuniti kita. Walaupun hari ini tidak lagi berlaku isu khusus seperti yang melibatkan Cambridge Analytica kepada aplikasi baru, itu tidak mengubah apa yang telah pada masa lalu. Kami akan belajar dari pengalaman ini untuk mengukuhkan lagi platform kami dan menjadikan masyarakat kami lebih selamat untuk semua orang lebih maju ke hadapan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang terus mempercayai misi kami dan berusaha membina komuniti ini bersama-sama. Saya tahu ia mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan semua isu-isu ini, tetapi saya berjanji bahawa kami mengambil pengajaran melalui hal ini dan membina perkhidmatan yang lebih baik untuk jangka panjang.

Mark Zuckerberg

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Anak Malaysia Sudah Sampai Ke Litar MotoGP Dunia!

Ini Akta Perlindungan Jika Data Peribadi Kau Dijual