in ,

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Gambar : FB Azam Shah

Be Zam bukan nak tunjuk handal. Cuma nak bagi kau orang lebih faham dengan term atau istilah dalam kita berjual beli. Harapan Be Zam, kau orang share lah info basic yang Be Zam tulis berjela ni. Rajin-rajinlah baca semoga kau orang menjadi player yang berilmu dan tak mudah dilipat.

Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain.

Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas.

Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton+50 poly.

3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon.

3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku.

Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo.
Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor.

Camo – Celoreng

Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher.

Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an.

Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga.

Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Double stich – Jahitan berkembar pada lengan dan bawah. Biasa pada baju 90-an hingga kini.

Tag – Label pada pakaian.

Kelamu / Kelambu – Baju yang nipis akibat tempoh masa dan kesan pakai owner asal. Biasanya t-shirt 3 kain atau 2 kain bisa jadi kelambu.

Skrin – Gambar,corak atau lukisan pada depan baju.

Backprint – Gambar belakang. Biasanya tour shirt.

Fake – Palsu, tiruan.

Repro – Keluaran semula pattern lama. Original! Ramai silap faham mereka kata repro itu fake. Orang kita yang bingai pi letak istilah RePro atas item fake.

Deadstock – Item lama condition seperti baru.

NOS – New old stock. Barang lama yang tak pernah dibuka, diguna dan dibasuh.

Kepala kain / Seldvage – Seluar jeans, jaket, chambray yang mempunyai garisan putih atau garisan merah pada hujung kain.

Takek – Berbentuk seperti garisan yang timbul tepi seluar belah luar. Berbentuk rail keretapi. Biasa ada pada seluar kepala kain.

BIN – Buy It Now

Target – Harga yang diinginkan seller.

Keras cokeng – Harga yg tinggi untuk item tersebut.

Merecik – Item tu sempurna dan cantik.

Galas / Kenyang – Seller berjaya menjual sesuatu atau banyak item pada harga tinggi.

Joybidder / Joybuyer – Pembida atau pembeli yang dah deal tapi tidak bankin atau menyepi.

Joyseller – Penjual yang post barang jualan tapi close jualan pada rakan sendiri.Tujuan sebenar nak show off.

Lipak / Scammer – Penjual yang tidak pos barang setelah buyer bankin.
(hati-hati)

Newbi / Kubis – Orang baru main bundle.

Sifu / Otai / King – Merujuk orang lama yang berpetahuan tinggi dalam sesuatu item dan seiring dengan item item keras yang dia miliki.

Wor / Dewa / Kutai – Mereka yang memiliki item-item rare dan mahal.

PM – Najib & Kakmah berpisah tiada.

Sadakollohul azim .

Azam Shah

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Pengabdi Setan Anti-Agama?

Sejarah Bangsa Bugis Yang Kau Perlu Tahu