in ,

iPhone Cikgu Hilang? Find My iPhone Kan Ada

Gambar : Youtube

Aku tahu masih ramai lagi pengguna iPhone masih belum reti dan tak tahu menggunakan fungsi Find My iPhone. Disebabkan ramai malu bertanya dan aku tak nak jadi isu baru-baru ini berulang, anda ikut langkah-langkah yang diberikan.

Find My iPhone” merupakan satu aplikasi yang ditawarkan oleh Apple dalam usaha membantu pengguna untuk mencari dan mendapatkan kembali telefon pintar dan tablet yang menggunakan perisian IOS yang hilang. Ia akan berfungsi apabila akaun apple ID didaftarkan ke iCloud. Aplikasi “Find My iPhone” ini memerlukan sambungan internet sama ada melalui WiFi ataupun talian selular untuk ia berfungsi.

Cara-cara penggunaan Find My iPhone.

1. Pergi ke laman icloud.com dan login menggunakan iCloud account anda.

Ini untuk di komputer kau cari laman iCloud.com
Ini untuk fon kau download la di Apple Apps store.

2. Pilih dan klik ‘Find iPhone’ pada menu utama dan kemudian klik pada ‘All Devices’ pada bahagian atas browser.

3. Pilih iPhone anda untuk mengetahui kedudukan semasa. Anda juga boleh zoom in untuk melihat lebih jelas dan mengetahui keberadaan iPhone tu.

4. Terdapat beberapa fungsi mode yang anda boleh guna pada aplikasi ini. Antaranya,

Play sound – membuatkan handphone anda berdering kuat.

Lost mode – masukkan no telefon. No telefon akan terpapar pada screen iPhone anda.

Erase – Anda boleh memadamkan data yang ada pada handphone anda dan mode menyokong activation Locked dimana iPhone anda akan memadam dan tidak boleh diaktifkan semula melainkan memasukkan kembali kata laluan AppleID yang asal.

Oh ya Find My iPhone akan berkesan jika telefon itu masih On, kalau off tidak berkesan dan hanya akan hantar lokasi terakhir sahaja. Untuk Android anda boleh guna Android devices manager. Lepas ini tak payah tuduh-tuduh orang jika tiada bukti kalau telefon hilang, ikut langkah-langkah aku beri tu sudah.

Salman Sazali 
Tech geek anda.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 50.000000%

Leave a Reply

Wartawan Jenayah Berprofil Tinggi Bukan Sekadar Menulis Berita

Salam Takziah Kepada Keluarga Aina Nabihah