in

Integriti Adalah Perkara Utama Dalam Sesebuah Perniagaan

Samsung yang merupakan nama yang besar di dalam bidang telefon mudah alih. Menerima sambutan yang hebat untuk model peranti mereka yang terbaru, Samsung Note 7.

Walau bagaimanapun, kita semua sedia maklum bahawa ada beberapa isu yang melibatkan Note 7 ini. Antaranya, baterinya mudah panas dan mengakibatkan badan dan skrin telefon tersebut terjejas. Isu ini semakin memuncak apabila telefon kepada salah seorang penggunanya meletup di dalam pesawat Southwest Airlines pada awal bulan lalu.

Samsung telah mengambil langkah yang berani dan bertanggungjawab dalam mengatasi masalah ini. Presiden Samsung Mobile, Koh Dong-Jin telah membuat sidang media untuk memohon maaf dan menundukkan kepalanya kepada semua pengguna di atas kesalahan dari pihaknya.

Selain itu, pihak Samsung juga telah menarik balik telefon tersebut di pasaran untuk digantikan ataupun dibaikpulih. Dianggarkan hampir 2.5 unit telah dipanggil balik untuk digantikan. Samsung dianggarkan akan kerugian hampir $3 billion di atas insiden ini.

Presiden Samsung telah berjanji untuk mencari punca kelemahan di peranti tersebut dan akan memastikan kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Beliau juga berikan jaminan yang Samsung akan buat yang terbaik untuk kembalikan kepercayaan pengguna terhadap produk mereka.

Walaupun kerugian yang ditanggung oleh pihak Samsung amat tinggi, tetapi bagi aku tindakan ‘berani’ dan ‘jujur’ oleh pihak Samsung ini amatlah dihargai dan dihormati.

Kesilapan dan kelemahan telah pun berlaku. Dengan nama yang besar dan memang dikenali ramai, Samsung telah memikul tanggungjawab tersebut dan membina INTERGRITI yang kuat kepada para penggunanya.

Jika sekarang mereka akan kerugian sehingga $3 billion, tidak mustahil dengan ‘intergriti’ yang telah dibina ini akan mendatangkan potensi beratus billion di masa akan datang.

Dalam kehidupan kita ini, bukan semuanya indah dan sempurna. Ada waktu kita betul dan juga salah. Yang penting, bagaimana kita berani pikul tanggungjawab tersebut dan atasinya agar ia tak berulang lagi.

 

Shairy Hanapiah

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Dari Umur 10 Tahun Aku Sudah Berdamping Dengan Artis

Jenis Pelaburan Yang Sedap Dan Menarik Selain Dari ASB Dan Hartanah