in ,

Inilah Filem Pertama Di Dunia, Abang Idham

Tahukah anda, filem pertama di dunia dikeluarkan pada tahun 1888?

Atau lebih tepat, filem ini merupakan filem tertua yang direkodkan, kerana terdapat kemungkinan ada movie lain yang terhasil cuma yang ini sahaja dapat diselamatkan.

Filem ini bertajuk Roundhay Garden Scene dan ianya hanya berdurasi 2 saat sahaja. Ya, 2 saat sahaja dan ianya tanpa suara!

Waktu itu, teknologi filem teramat asing, bahkan, kamera pertama yang dicipta oleh Nicéphore Niépce (1816) tidak berkembang banyak walaupun ianya hampir seabad dicipta.

Maka, filem Roundhay Garden Scene ini adalah antara ciptaan teknologi yang amat hebat pada waktu tersebut.

Mengikut buku Guiness World Record, Roundhay Garden Scene merupakan filem pertama yang dihasilkan, dan ianya dirakam oleh pencipta yang berasal dari Perancis iaitu Louis Le Prince.

Walaupun Le Prince ini berasal dari negara Perancis, tetapi video ini dirakam di Utara England di tempat yang bernama Oakwood Grange di Roundhay, Leeds. Kalau ikut cerita anak si Le Prince ni, filem ini dirakam pada 14 Oktober 1888.

Dan yang bestnya, filem ini dirakam di rumah ‘pelakon utama filem’ iaitu Adolphe Le Prince (anak Le Prince), Sarah Whitley, Joseph Whitley dan Annie Hartley. Kedua-dua Whitley merupakan bapak dan mak mertua Le Prince. Antara fakta menarik: Sarah Whitley ni meninggal 10 hari lepas filem ini direkodkan.

 

Kalau perhatikan dalam filem ini, Adolphe adalah lelaki ber-suit memakai topi yang berjalan. Sarah dan Joseph adalah lelaki dan perempuan tua yang berada di sebelah kanan, dan Annie adalah perempuan yang di tengah-tengah.

Filem asal dihasilkan dengan 12 frame satu saat. Namun, pada tahun 1930, Muzium Sains Negara England bersama Syarikat Kodak, telah ‘mencuci’ filem ini semula dan ‘melajukan’ lagi filem ini sehingga ia ditayangkan 24 frame sesaat.

Ini bermakna, filem asal sebenarnya bukan berdurasi 3 saat,tetapi 6-8 saat. Video yang kita tonton sekarang adalah video yang sudah dicuci oleh Muzium Sais England. Lebih laju dan lebih smooth.

Oh ya, Le Prince rakam filem ni guna apa?

Louis Le Prince menggunakan kamera ciptaannya sendiri iaitu Le Prince Single-Lens Combi Camera-Projector. Ketika anaknya Adolphe bagi rakaman filem Louis kepada Muzium Negara England, dia memang bagi by hand kamera yang ayah dia rakam 50 tahun sebelum tu. Ia merupakan kamera pertama yang merakam pergerakan manusia di dunia ini.

Filem Louis Le Prince tidak terhenti itu sahaja. Beliau juga merakam filem keduanya iaitu Traffic Crossing Leeds Bridge juga dirakam sekitar Oktober 1888. Dan selepas itu, beliau merakam filem Man Walking Around A Corner, juga pada tahun tersebut.

Filem Roundhay Garden Scene ini ditayangkan buat kali pertama di Kilang Whitley di Leeds tetapi tidak pernah ditayangkan secara umum.

Sesungguhnya, Louis Le France merupakan pelopor utama dunia perfileman, namun namanya sangat lambat melonjak kerana dia hilang pada 16 Septrmber 1890 di Amerika Syarikat, ketika dia menghadiri konvensyen inovasi yang dibarisi oleh Thomas Edison dan yang lain.

Ya, dia hilang. Lenyap. Tak tahu pergi mana.

Ketika itu, dia bersiap nak pulang ke Leeds (UK) untok patenkan kamera terbaru ciptaannya (yang lagi mantap daripada kamera sebelum ni). Sebelum dia balik UK, cadangnya nak lepak kat kampung dia iaitu di Perancis. Kawan-kawan dia siap lambai dia dah masa pergi.

Selepas 3 hari, patutnya dia dah jejakkan kaki di bumi Perancis. Namun, dia takda. Ahli keluarga dia minta polis cari dia, tapi tak jumpa-jumpa. Malah bagasi yang dia bawak dalam train tu pun tak ada! Saksi-saksi di dalam train mengatakan tidak ada apa-apa perkara ganjil berlaku di dalam train dan mereka pun tak perasan si Louis ni ada ke tidak sepanjang 3 hari perjalanan tu.

Bertahun juga ahli keluarga dia mencari, namun takda tanda-tanda yang Louis akan muncul kembali. Louis meninggalkan seorang balu (yang kemudiannya meninggal dunia setahun selepas kehilangannya) dan seorang anak lelaki iaitu Adolphe, si pelakon utama filem Roundhay Garden Scene.

Namun… Ya.. Ada namunnya. Polis Perancis menemui tengkorak mayat lelaki bersama bagasi yang berisi sebuah kamera antik di dalam salah satu sungai di Perancis. Ia dijumpai pada tahun 1990.. Mak aih.. 100 tahun lepas tu baru dijumpai. Itu pun takda pengesahan saintifik yang mengatakan tengkorak itu adalah Louis Le Prince.

Untok pengetahuan semua, Thomas Edison si pencipta mentol pernah mencuba untok claim hasil kerja Le Prince adalah dia yang punya.

Apalagi, berang la si Adolphe kerana si Thomas Edison ni nak curi hasil kerja bapak dia.

Thomas Edison bawak kes ni ke mahkamah melawan Adolphe. Dia claim kamera filem tu dia yang cipta dan takda bukti yang kata Le Prince yang cipta sebab ia tak dipatenkan. Haaa. Kat sini ada teori konspirasi mengatakan Thomas Edison adalah dalang utama kehilangan Le Prince sebab Le Prince balik England memang sebab nak patenkan inovasi kamera dia. Tiba-tiba lepas mati, Thomas Edison dan-dan je claim ciptaan Le Prince.

Keputusan mahkamah memihak kepada Thomas Edison. Ini bermakna Adolphe takda hak ke atas filem-filem bapak dia. Tetapi Adolphe buat rayuan di mahkamah rayuan dan akhirnya kamera itu berpihak semula hak miliknya kepada Louis Le Prince.

Bayangkan, kalaulah Adolphe tak melawan, mungkin hari ini Thomas Edison lah yang pencipta pertama kamera filem, bukannya Louis Le Prince. Si celaka Thomas Edison ni memang terkenal dengan sikap mencuri idea contohnya mencuri idea Nikola Tesla yang mencipta desain motor dalam kereta dan mesin, malah claim yang kata dialah yang cipta benda tu.

Entah-entah lampu mentol tu pun bukan dia yang cipta. Dah macam ada satu negara pulak main claim-claim ni.

Apa pun, video Roundhay Garden Scene ini perlu kita kagumi kerana di dalam zaman yang amat mustahil untok merakam sesuatu yang bergerak, tetapi ada seorang lelaki telah melakukkannya.

Terima kasih diucapkan kepada Louis Le Prince, tanpa beliau, mungkin tahun 2017 ini kita menonton cerita viral melalui wayang kulit sahaja.

Mufarwa Farid

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Alexander Graham Bell Bukanlah Pencipta Telefon

Syaitan Badut Yang Sebenar