in ,

Inilah Cara Pemilihan Yang di-Pertuan Agong Dibuat

Kita kat Malaysia tak mengamalkan sistem Raja Mutlak, tapi sistem Raja Berpelembagaan yang dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong. YDPA akan bersemayam selama satu penggal (5 tahun).

Dari malam tadi lagi, sudah trending daripada masyarakat Kelantan yang sudah mengucap tahniah antara satu sama lain kerana Sultan kesayangan depa diuar-uarkan sebagai YDP Agong hari ini

Disebabkan aku ni dulu dapat A1 dalam SPM Sejarah, dan pernah menjadi Cikgu subjek tu di sekolah rendah, benda-benda macam ni memang menarik perhatian aku. Jadi kita study sikit macam mana YDPA ni dipilih.

Menurut laman web rasmi Majlis Raja-Raja, Baginda dipilih oleh menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.

Kalau ikut biasa dulu bermula dengan YDPA Pertama, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Kesembilan.

Selepas itu senarai baru digunapakai. Kekananan tu dah disusun semula. Sekarang pemilihan berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Kalau nak tahu macam mana rupa jadual kekananan ni, bolehlah rujuk laman web rasmi Majlis Raja-Raja.

Jadi lepas ni kalau ada orang tanya macam mana pemilihan YDPA, bolehlah jawab.

 

Zulhilmi Daud

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Daulat Tuanku!

Beli Rumah Atas Tangan Susah Juga Rupanya