in ,

Ini Yang Berlaku Setiap 20 Minit Berlalu Di Seluruh Dunia

Kita sering mengatakan bahawa ‘masa itu pantas berlalu’. Sampaikan kita tak sempat untuk melakukan pelbagai perkara dalam masa 24 jam sehari. Tetapi sebenarnya, setiap minit yang berlalu itu berlaku pelbagai perkara yang kita tidak sedar. Di sini abang kongsikan 20 perkara yang berlaku setiap minit di seluruh dunia untuk maklumat bersama.

1. Hampir sejuta manusia tidak berjejak di atas bumi
Setiap minit, dianggarkan hampir 10,000 buah kapal terbang akan berterbangan di ruang udara seluruh dunia. Maknanya memang ramai manusia yang berada di antara langit di bumi setiap masa. Jadi bukanlah hanya hantu yang tidak jejakkan kakinya di bumi ya.

Gambar : sidomi.com

2. Lebih 65,000 tong minyak digunakan
Setiap tong minyak dianggarkan bersamaan dengan 159 liter minyak. Jadi dengan keseluruhan 65000 tong minyak tadi mampu mengisi 4 buah kolam renang bersaiz Olimpik. Banyak kan? Tapi jangan kau tuang pula minyak ke dalam kolam renang.

Gambar : MMEA

3. Lebih 40 buah senjata api dijual di Amerika Syarikat
Jika setiap minit, 40 buah senjata api dijual-beli, satu hari ianya boleh mencecah sehingga 57,600 buah senjata api. Itupun masih menuding jari pada negara lain yang lebih ganas?

Gambar : theOnion.com

4. 300,000 tan ais mencair di Antartika
Dengan suhu bumi yang semakin panas, glasier di kutub selatan, iaitu tempat paling sejuk di muka bumi mula mencair dengan kadar 3 kali lebih cepat berbanding 10 tahun yang lalu. Umpama sejumlah air yang bersamaan ketinggian Gunung Everest disimbah ke dalam laut pada setiap 2 tahun.

Gambar : Upost.info

5. Mcdonald’s jual 4500 biji burger
Walaupun pernah ada kempen boikot restoran ini di negara kita sebelum ini, semakin banyak juga cawangan baru dibuka. Bila perut kenyang, mulut pun diam.

Gambar : tumblr.com

6. 1,389 permintaan terhadap servis Uber
Tak mustahillah ramai yang dah mula berhenti kerja dan menjadi pemandu uber. Ianya salah satu bidang pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi.

Gambar : Hardware.com.br

7. Otak manusia mampu membaca sehingga 900 patah perkataan
Walaupun otak kita pantas, kita sahaja yang malas untuk membaca. Jangan salahkan otak.

Gambar : Solusi Super Sukses.com

8. 113 orang kanak-kanak dilahirkan di dalam kemiskinan
113 orang ini merupakan separuh dari jumlah kelahiran bayi baru seluruh dunia.

Gambar : My Metro

9. 116 orang berkahwin
Fakta yang menarik, tetapi yang tak menariknya hampir 58 orang juga yang bercerai setiap minit. Aduhai.

Gambar : nurilahi.blogspot.my

10. 18,055 pasangan bermula di aplikasi Tinder
Berita baik untuk yang masih bujang. Jangan memilih sangat. Muat turun cepat.

Gambar : Scoop.it

11. 12,054 gelen wain diminum
No komen. Elakkan minum minuman keras. Berdosa ya.

Gambar : Pixabay.com

12. Video berjumlah 400 jam dimuat naik ke Youtube
Youtube menjadi lubuk tumpuan dan carian video seluruh dunia. Teringat pada video klip PSY – Gangnam Style yang meletup dulu.

Gambar : YouTube

13. 7 artikel baharu dimasukkan ke dalam Wikipedia
Wikipedia antara salah satu sumber informasi yang terkenal seluruh dunia. Wikipedia dicipta oleh Jimmi Wales dan Larry Sanger.

Gambar : TheMerkle

14. 2,500 tan sampah dihasilkan
Ini tak kira lagi sampah sarap yang kau simpan dekat dalam stor rumah lagi ya.

Gambar : sahidinrplc.blogspot.my

15. 15,000 buah lagu dimuat turun dari iTunes
Tak perlu lagi beli cd-cd lagu. Tekan, muat turun dan dengar.

Gambar : Apple.com

16. 0.15 spesies haiwan atau tumbuhan pupus
Jumlah yang nampak kecil, tetapi ianya boleh menjadi lebih 200 jenis spesies yang pupus setiap hari.

Gambar : Fauna dan Flora

17. 2,709 buah telefon pintar dijual
Hidup masa kini, setiap orang mesti memiliki telefon pintar. Sampaikan budak belum bersekolah pun dah tahu gunakannya untuk melayan video ‘Didi and friends’.

Gambar : Dotkomsel

18. 4.2 juta video ditonton di snapchat
Snapchat adalah aplikasi di telefon pintar yang mana pengguna boleh saling berkirim video dan foto yang kemudiannya akan dipadam secara automatic selepas beberapa ketika. Mungkin di Malaysia masih belum begitu popular. Kalau tak, pasti dah cecah 10 juta video!

Gambar : Snapchat.com

19. Darah mengalir ke seluruh tubuh
Pengaliran darah berbeza mengikut setiap individu. Tetapi dianggarkan setiap orang memerlukan hanya 1 minit untuk darahnya mengalir ke seluruh anggota tubuh dan kembali ke jantung. Pantas.

Gambar : kestip.blogspot.my

20. 2.3 juta carian dilakukan di Google.
Tak percaya? Cuba ‘googling’ info ni betul atau tidak.

Gambar : Newsweek.com

Sekian. Terima kasih kerana membaca. Berguna juga otak tu untuk membaca.

Shairy Hanapiah
Suka fakta menarik

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Polo: #TeamKJ vs #TeamTMJ

Takoyaki Octopus Prime Paling Sedap!