,

Ini ‘Surat’ PM Kanada untuk umat Islam sempena Aidiladha

fb_img_1473742005296

Pada hari ini Muslim di Kanada dan di seluruh dunia akan berkumpul untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang menjadi tanda penting tamatnya musim menunaikan ibadah Haji.

Aidiladha ialah peluang untuk memohon doa, meraih keampunan dan bergembira dalam keraian. Keluarga dan sahabat-handai akan berkumpul bersama-sama untuk mengerjakan solat sunat di pagi hari raya, berkongsi pelbagai juadah, bertukar-tukar hadiah dan ucapan salam. Ini semua dilakukan sebagai mengenang pengajaran di sebalik ibadah korban dan mengambil berat mereka yang kurang bernasib baik.

Pada hari yang seperti ini membuatkan kita teringat kembali nilai-nilai yang menyatukan warga Kanada – keamanan, persefahaman, kekeluargaan dan persahabatan.

Hari ini juga merupakan peluang untuk kita semua mengiktiraf sumbangan masyakarat Muslim kita yang selama ini mencorakkan negara kita saban hari. Tanpa mengira kepercayaan, kebudayaan atau negara, kita perlu sentiasa mengingati bahawa kepelbagaian ialah kekuatan utama Kanada.

Bagi pihak keluarga saya, Sophie dan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Kanada dan di seluruh dunia. Ucapan tahniah ditujukan kepada yang berjaya menunaikan ibadah Haji pada tahun ini. Eid Mubarak!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

6 Comments

Leave a Reply
  1. Bila kita lihat begini betapa orang berlain agama juga melihat murni agama dan ibadah di dalam Islam.
    .
    Betapa sumbangan setiap jelata tanpa beza warna dan agama dihargai beliau.
    .
    Tonggak luhur dan susila harmoni masyarakat dijaga bersama.
    .
    Demikian juga walau Islam agama rasmi juga wajar beri ruang untuk sama mengasihani saudara lain walau berlain agama.
    .
    Jaga adab dan hati mereka juga wajar untuk kita sama satukan hati dan negara. Moga ia bawa dakwah secara tidak langsung bahawa Islam ini agama buat semua tanpa sempadan harta atau bangsa.
    .
    Bukankah itu erti pengorbanan dan juga yang kita laksana ketika tunaikan rukun ke lima. Haji yang bawa sama semua yang hadir, serba putih berpusu-pusu ikhlas tunduk kepada yang Esa.
    .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *