in ,

Ini Sukatan Masak Nasi Lemak Dari Pemilik Gerai Paling Power di Negeri Sembilan

Pagi ni ada yang pm saya, tanyakan sukatan nak masak nasi lemak untuk 10 orang makan yang sebelum ni saya kongsikan sukatan untuk 30-60 orang makan. Ok. Ada dah dekat bawah tu.

Tapi tak nak lah nanti ada yang pm nak sukatan 5 orang makan pula. Yang tu pergi je beli dekat makcik yang jual nasi lemak bawah pokok dekat dengan rumah. Boleh makcik tu balik cepat. Hihihi.

Sukatan (10 orang makan)
1kg beras
1/2kg santan
1 liter air
1sudu garam

Sukatan (30-40 orang makan)
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam

Sukatan (55-60 orang makan)
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam

Daun pandan jangan lupa pula.

Bolehlah masak untuk Raya Haji ni.

InsyaAllah sebelum raya ni saya kongsikan masak sambal pula.

Fazniza Razali

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply
  1. Assalamualaikum puan.
    Boleh saya tahu beras apa yang puan guna untuk nasi lemak yang sedap ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Keunikan Budaya Dalam Sukan SEA

3 Kesilapan Bisnes Berkedai Yang Kau Kena Tahu