in ,

Ini Sebab Kenapa Pentingnya Menulis

Google image: Manuskrip JK Rowling Dan jurnal Oprah Winfrey.

Oprah Winfrey dan tulisan tangannya. Dia menulis jurnal bermula dari zaman anak kecil sehinggalah sekarang. Pernah menulis tentang dirinya didera secara seksual oleh saudara terdekat yang kesedihan ini diluahkan dalam jurnalnya.

Kemudian, Oprah mengatakan jurnal yang paling diingatinya ialah tulisan yang ditulis tatkala mengisi masa lompong ketika menjalani penggambaran filem The Color Purple, filem lakonannya yang masih diingati penggemar filem sampai sekarang.

Dia menulis betapa bersyukurnya terpilih mendukung watak Sophie kerana novel Alice Walker The Color Purple ialah novel kegemarannya, dan berada bersama sutradara Steven Spielberg, Whoopi Goldberg satu momen yang tidak dipercayainya tetapi jadi nyata.

Blog Lily Haslina Nasir ( foto tulisan A. Samad Said).

Tulisan tangan sasterawan negara A. Samad Said. Autograf yang ditulis kepada seorang penulis juga. Amatilah lengkungan tulisannya yang tersendiri. Ada sesiapa yang pernah memperoleh autograf tulisan daripada sasterawan kita ini. Buku Che Moon menampalkan cerita di facebooknya yang dia terkesima dan terkejut apabila sasterawan ini menegurnya ketika dia di Kinokuniya. Boleh baca tak apa yang tertulis pada autograf ini?

Ah, jika saya ada satu jam berbual dengannya. Akan saya tanya banyak perkara.

Tulisan tangan penulis Harry Porter. JK Rowling. Kecil-kecil saiznya, tidak berbunga – bunga. Sangat mengasyikkan apabila membacanya. Tidak selentik tulisan tangan Oprah Winfrey yang terpengaruh dengan ‘cursive writing’. Inilah tulisan tangan orang paling kaya yang pernah miskin teruk dahulu dan sekarang dunia membaca buku-bukunya.

Akaun instagram penulis Sri Rahayu Yusop

Tulisan tangan penulis sayembara yang dihormati kalangan penulis (mungkin ramai yang tidak kenal tetapi dunia sastera Malaysia sangat mengenalinya) Dia menang dalam setiap sayembara penulisan yang disertainya. Sri Rahayu. Bimasakti Menari, Warisnya Kalau, Empunya Kalbu, Odisi Tanah Kencana antara yang menang sayembara penulisan.

Dia menulis dalam buku jurnal kecil – kecil. Saya pernah berkursus dengan penulis ini dan saya kagum dengan etika kerjanya.

Perhatikan. Dia berfikir dalam bahasa Inggeris, dalam jurnalnya. Ini tidak menghairankan, dia seorang guru bahasa Inggeris di sekolah menengah. Dia meluahkan ekspresi dalam bahasa Inggeris tetapi menulis novelnya dalam bahasa Melayu.

Kajiannya sangat ekstensif. Lok pada keris boleh dijadikan sumber novelnya. Sungguh pun profiliknya beliau, sentiasa merendah diri.

Melihat dia memegang pen dan buku hitamnya, menulis dan menulis tanpa mempedulikan sesiapa, memang buat saya cemburu.

blog http://pckokak.blogspot.com/2014/01/sudirman-lagu-anak-desa-lp-1980.html ( Kulit album Sudirman)

ArtKis yang serba boleh dan sangat saya kagumi. Kecerdasannya dalam pelbagai bidang mengagumkan. Seorang artis lulusan undang-undang yang menyanyi dan menghiburkan manusia merentas semua kaum di Malaysia tetapi adalah seorang yang suka melukis dan menulis.

Kolumnya dalam majalah hiburan sekitar tahun 90 an sentiasa menjadi tumpuan.Inilah kulit albumnya (kaset album) yang memuatkan kesemua lirik lagu nyanyiannya yang ditulis tangan sendiri malah memuatkan lukisannya sendiri. Sehingga sekarang tiada siapa boleh menandingi kehebatan Sudirman. Lagu kegemaran saya yang sentiasa mengharukan: Hujan.

Mengapakah kita perlu menulis?

1. Menulis itu menajamkan pemikiran kita.

Apabila kita menulis ia satu kaedah membenarkan akal fikiran kita berfikir sekali sementara kita menulis. Ia membantu kita mensintesis maklumat, imbas balik, membuat analisis, sumbangsaran terhadap apa yang mahu kita tuliskan.

2. Dapat menilai dan memuhasabah diri.

Dengan menulis kita akan mempelajari lebih banyak tentang diri kita. Dengan merekodkan apa yang ada dalam pemikiran kita, kita berupaya mempelajari cara kita berfikir, cara kita berniat, cara kita menjalani hidup dan lama-kelamaan kita akan mula ‘bercakap’ dengan diri dalaman kita. Ini adalah salah satu sebab mengapa manusia menulis jurnal. Kita mulai berdamai dengan diri dalaman kita dan berkomunikasi dengan lebih baik.

3. Membuat refleksi kehidupan dengan menulis.

Apabila kita banyak menulis, barulah kita sedar tentang proses pemikiran kita. Membaca tentang kejayaan atau kegagalan kita atau menyedari kelemahan dalam proses membuat keputusan dalam hidup kita.

Kita menulis untuk mengekspresikan apa yang terkandung dalam kotak pemikiran. Kita memetik kata-kata orang lain tentang bagaimana untuk bersabar atau tips untuk merenung hidup. Dengan menulis kita belajar untuk ‘let go’ .

Sudah terlalu banyak kajian menunjukkan bahawa kebanyakan orang yang berjaya sebenarnya adalah orang yang rajin menulis.

Saya tidak nyatakan secara spesifik usahawan atau orang bisnes jutawan tetapi bahkan juga orang-orang biasa yang rutinnya menulis akan memberikan satu nilai tambah ke dalam diri mereka.

Foto akhir sekali, ialah tulisan tangan saya. Saya dapat menghasilkan buku saya kerana selama ini saya menulis jurnal dan blog selama belasan tahun. Menyimpan kenangan dan akhirnya berjaya dibukukan dalam buku saya Cikgu Kampung.

Tulislah, menulislah kisah hidupmu kawan. Teruslah menulis.

“1000 komentar yang kita buat di dunia maya, tidak akan membuat kita naik pangkat menjadi penulis buku. Mulailah menulis buku, jangan habiskan waktu jadi komentator, mulailah jadi pelaku.” TERE LIYE

Jika tiada siapa membacanya sekarang, satu hari nanti pasti ada yang menghargainya. Namun, tulislah sesuatu yang bermanfaat. Walaupun sekecil kebaikan dan ilmu.

Shahidan Shuib

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

‘Gimli Glider’ Mengenang Pendaratan Paling Epik Air Canada 767

Kau Perlu Tonton Filem KL Special Force Yang Maha Dashsyat Ini!