in ,

Ini Sebab Kenapa Kau Masuk Penjara Lepas Bunuh Perompak

Sekarang, isu melindungi diri daripada perompak semakin hangat semula.

Tuan-tuan dan puan-puan, tolong lah baca sekejap. Saya tak tulis panjang pun.

Undang-undang Malaysia kata, sesiapa yang membunuh orang semata-mata untuk mempertahankan diri dan harta, dia takkan disabitkan kesalahan membunuh (rujuk Seksyen 96 dan 97 Kanun Keseksaan).

Dan kalau nak pertahankan diri, haruslah tidak terlalu melampaui dengan tindakan penyerang itu (Rujuk Seksyen 99 Kanun Keseksaan).

Oleh itu, Undang-Undang Malaysia beri kuasa pada kita untuk bunuh perompak demi mempertahankan diri, asalkan tak melampaui batas.

Jadi siapa kata Undang-Undang Malaysia lindungi penjenayah?

“Oh yeke? Jadi, apsal bila lepas pertahankan diri, orang tu didakwa kat mahkamah?”

Sebab, mahkamah nak tahu sama ada perompak tu benar-benar perompak atau tidak, dan tindakan membunuh itu ‘melampaui batas’ atau tidak.

“Alamak, dah tu kena bersopan santun la waktu pertahankan diri tu?”

Tidak, sayangku.

Dah kalau perompak tu serang anda pakai parang, dan satu-satunya cara nak halang adalah pukul dia dan bila anda pukul dia, dia bertambah agresif, lalu anda pukul pukul pukul sampai mati,

Anda tidak bersalah.

Asalkan, anda beritahu sejelas-jelasnya di mahkamah nanti tentang bertapa pentingnya anda membunuh perompak tersebut. Kata pada mahkamah, kalau tak bunuh, nyawa anda lebih terancam.

Yang melampaui batas tu adalah, perompak tu tak serang pun anda, malah dia lari apabila nampak anda. Lalu anda pun kejar dia, dan pukul dia sampai mati walaupun dia berkali-kali minta maaf.

Semua ini bukan nak mempertahankan perompak, tapi ia nak mempertahankan hak kita pada masa akan datang. Ya, hak kita, bukan hak perompak.

Saya bagi beberapa situasi.

Katakanlah undang-undang Malaysia senang-senang bagi semua orang boleh defend diri daripada perompak,

Suatu hari, bapa anda pergi ke kebun bawa parang untuk tebas hutan bersama rakannya. Rakan bapa anda dah lama dendam dengannya. Seperti yang dirancang, sedang berjalan, dia menikam perut bapa anda sampai mati.

Kemudian dia keluar hutan, report polis, dan beritahu polis bahawa dia terpaksa tikam bapa anda sebab bapa anda serang dia guna parang. Tujuan dia tikam sebab nak pertahankan diri.

Polis pun lepaskan dia.

Adil ke macam ni?

Satu lagi, suatu hari adik anda pergi ke rumah kawan dia. Kawan dia memang dendam dengan adik anda, jadi dia dapat hidu peluang terbaik.

Ketika adik anda nak masuk rumah, kawan dia tikam adik anda sampai mati. Bila polis datang, katanya dia tikam adik anda kerana nak mempertahankan diri sebab adik anda nak mencuri barang dalam rumah.

Polis pun lepaskan rakan adik anda.

Nampak tak? Kalau mempertahankan diri ni terlalu mudah nak diungkap, maka ramailah orang yang merancang nak membunuh, lepas dah bunuh, boleh claim dia hanya mempertahankan diri.

Itu sebab, salah atau tidak, seseorang yang pertahankan diri tu wajib didakwa di mahkamah. Sebab mahkamah nak tahu betul ke dia ni pertahankan diri? Betul ke yang dibunuh tu perompak?

Bukan sebab mahkamah ni kejam. Tapi, prosedur ni kalau tak buat, macam aku cakap tadi lah, ramailah orang yang senang-senang claim diri dia mempertahankan diri sedangkan dia saja-saja bunuh.

Jangan percaya bulat-bulat apa yang ditulis di akhbar dan media-media viral. Diorang selalu tulis, ‘didakwa ketika mempertahankan diri’ sedangkan benda tu tak terbukti lagi.

Kalau terbukti, syukur alhamdulillah. Tapi, kalau sebenarnya dia tipu?

“Kalau kita ikut Undang-Undang Islam, mesti prosedur nya lain. Itulah, ikut Undang-Undang Kafir lagi!”

Ya Tuhan.

Anda tahu atau tidak undang-undang Islam pun mempunyai prosedur yang sama?

Kalau kita baca Kanun Keseksaan Syariah Pakistan, Seksyen 100 telah menggariskan seseorang yang pertahankan diri mengikut kadar yang sesuai dengan tindakannya, tidak akan disabitkan kesalahan sepeti membunuh atau memukul.

Begitu juga Kanun Keseksaan Undang-Undang Syariah Brunei Darussalam, di dalam Seksyen 129 (a) mengatakan sesiapa yang membunuh ketika mempertahankan diri, takkan didakwa membunuh. Tapi di dalam 129 (b) kata, seseorang tu tak boleh melebihi had yang sesuai bagi mempertahankan diri.

Nampak tak, kedua-dua Undang-Undang Islam ni benarkan seseorang itu membunuh jika hendak mempertahankan diri, tapi syaratnya, perlu ikut ‘had’ dan ‘kadar’ nya.

Siapa-siapa claim diri dia membunuh untuk mempertahankan diri, dia tetap akan didakwa membunuh sehinggalah mahkamah berpuas hati dengan tindakan mempertahankan diri tersebut.

Tengok, undang-undang dia dengan undang-undang kita lebih kurang sama, padahal mereka gunakan 100% hukum Islam.

Bukan nak kata Undang-Undang Islam ni sama macam Undang-Undang British. Tidak.

Cuma nak highlight di sini, Undang-Undang Islam juga meletakkan limit mempertahankan diri ni, sama macam undang-undang kita di Malaysia.

Tujuan utama prosedur ini untuk menutup perkara yang kecil supaya tidak menjadi lebih besar. Islam sangat utamakan benda ni sampaikan jadi asas perundangan Islam.

Macam aku cakap tadi lah.

Kalau semua orang senang-senang boleh claim kata dia membunuh sebab mempertahankan diri, alamatnya, ramailah yang membunuh dengan sengaja, lepas tu gunakan alasan nak pertahankan diri.

Kali terakhir aku tulis pasal ni, ramai betul yang doakan supaya ada pencuri masuk rumah aku.

Pesan aku, doalah yang baik-baik saja untuk semua orang,terutamanya diri sendiri. Takut-takut bila kita doa benda jahat kat orang, doa tu melantun kat diri anda semula.

Konklusinya, membunuh sebab nak mempertahankan diri itu BOLEH, selagi tidak melampaui batas.

Bukan aku cakap, Islam yang cakap.

Mufarwa Farid

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Hancurkah Iran Di Tangan Trump?

“Tiada Sekolah Terawal Di Dunia, Melainkan Dari Rumah Sendiri.”