, ,

Ini Jenis Buku Yang Kau Kena Faham, Sharnaaz!

Ada berbagai jenis buku dik.

 

1. Buku latihan. Yang kau kena beli untuk anak kau buat latihan cikgu kasi. Kulitnya dulu warna coklat. Dalamnya ada beberapa jenis. Ada yang petak besar. Ada yang petak kecil. Ada juga yang jalur-jalur.

2. Buku teks. Yang ini ada di sekolah sampailah ke universiti. Sekolah buku teksnya ada yang percuma. Ada kena bayar. Tak kiralah sekolah rendah atau menengah. Masa di universiti, kau kena beli dik. Yang kau photostate itu namanya kau copy tanpa izin. Dosa dik,

3. Masa di sekolah kau dah jumpa dah buku ini. Dipanggil majalah. Ada yang kau suka. Ada yang kau tak suka. Ujang, Gila-Gila, Motokar, Motorsikal, macam-macamlah. Ada juga edisi pertanian seperti Mangga. Kahkahkah.

4. Ada juga diberi nama novel. Macam-macam seleksi ada. Kisah anak-anak. Kisah sekolah, kisah cinta dan kisah ibu bapa. Semua orang suka baca. Sampai rasa nak jadi hero dan heroin dalam kisah itu.

5. Collective item. Aduh yang ini susah nak cerita. Ada buku yang dibuat sebagai hadiah untuk peminat. Contohnya masa Ning Baizura kahwin dulu. Beliau buat buku khas gambar kahwinnya untuk peminat. Itu namanya collective item. Samalah dengan buku Fattah Amin dan buku Hafiz Hamidon.

Collective item ini boleh juga jadi seperti baju, mug, key chain. Dan, ia juga boleh jadi seperti kalendar dan buku! Faham?

Kot kalau Sharnaaz atau sesiapa lagi nak buat, buat sahaja. Peminat akan suka. Yang tak minat, akan bising dan pertikai. Sebab mereka tak faham buku itu masuk dalam kategori apa.

Satu lagi kau kena ingat, collective item ini memang ya mahal dari harga biasa. Itu normal dik.

6. Buku Agama. Buku ini kau dah tahu dah. Langkah pun tak boleh. Kena buh atas macam Al-Quran. Tinggi rasa hormatnya kepada buku sebegini.

7. Buku terpakai. Kahkahkah. Buku yang kau dah baca 14 ratus kali kemudian kau nak jual. Hahaha.

8. Buku tak laku kau. Hahaha itu kau jawablah sendiri.

9. Buku pinjam. Biasanya buku ini akan buat pemiliknya marah-marah.

10. Buku ilmiah. Buku ini banyak keluar sebagai buku how-to. Maksudnya jika kau tak reti sesuatu perkara, kau baca jadi kau akan faham dan tahu.

11. Buku motivasi. Buku-buku ini untuk kau yang selalu mahukan semangat di dalam diri. Baik-baik dan selalu jadi bagus untuk bangunkan spirit di dalan diri kau.

Dan banyak lagilah!

Harapnya  kau fahamlah kenapa entri mengenali buku ini keluar. Kalau tak faham lagi tak tahulah. Aduhlah. Susahnya nak terangkan.

Semua pakat duk hentam buku itu teruk, kenapalah begitu begini. Aduh aduh aduh. Tolonglah faham. Ia bukan sekadar buku!

 

Khairul Hakimin Muhammad,
Menghargai buku.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jenis-Jenis Buku Dan Kesan Buku Itu Pada Diri Kita

Beza Rakyat Bertamadun Atau Tidak