in ,

Ini Cara A. Samad Said Didik Anak

Gambar : FB Helmy Samad

Teringat peristiwa semasa saya bersekolah dahulu

1. Kes pertama saya kena “public caning” atas kesalahan bergaduh dengan pelajar VI di atas padang semasa perlawanan bolasepak. Saya pelajar La Salle PJ. Bapak yang terima surat dari sekolah, senyum sahaja. Malam itu saya dipanggil Bapak. Dia tanya, “sakit?” Saya angguk. Selepas itu dia cerita tentang hukuman-hukuman yang diterimanya semasa sekolah. Ia adalah satu masa kualiti bila seorang bapa dan anak duduk berbual tentang pengalaman hidup.

2. Kes kedua, seorang sahabat Bapak datang ke rumah mengadu dia nampak saya hisap rokok di “bus stand” SS15 selepas subuh. Bapak mengangguk saja dan tukar subjek. Sahabat Bapak tidak puas hati dan ulang aduan sama. Bapak kata, “Baiklah. Aku dengar kali pertama…” begitulah yang saya dengar sebab ruang tamu dengan ruang tonton tv dekat dan saya “gabra” waktu itu. Selepas sahabat Bapak pulang, dia ajak saya keluar minum. Di restoran mamak kami menikmati masa kualiti dengan cerita-cerita pengalaman masing-masing.

Begitulah Bapak. Dia tidak pernah merotan atau memukul anaknya. Kasih sayang, ilmu (dia banyak belikan kami buku-buku) dan saya kira doa memanusiakan kami. Terima kasih Bapak.

Helmy Samad

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Total votes: 5

Upvotes: 4

Upvotes percentage: 80.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 20.000000%

Leave a Reply

Sebenarnya, Cikgu Azizan Tidak Disaman Pun

Fakta Ini Hanya Ada Di Masjid Nabawi Sahaja