in ,

Ini Akta Perlindungan Jika Data Peribadi Kau Dijual

Undang-undang utama di Malaysia yang melindungi data peribadi warga adalah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (popular dengan akronim inggeris PDPA).

Data peribadi menurut PDPA termasuklah apa-apa maklumat yang boleh membawa kepada pengecaman (identification) mana-mana orang. Dan PDPA turut membezakan data sensitif iaitu:

1. Keadaan kesihatan mental dan fizikal
2. Pandangan politik
3. Kepercayaan agama (atau apa-apa kepercayaan yang seumpamanya)
4. Kesalahan atau pertuduhan di bawah mana-mana undang-undang
(Seksyen 4, PDPA)

Berdasarkan Seksyen 40(1) PDPA, adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak untuk menggunakan data peribadi sensitif mana-mana orang tanpa kebenaran nyata (direct consent) di mana Seksyen 40 (3) memperuntukkan denda sebanyak RM200,000 serta penjara selama dua tahun (atau kedua-duanya).

Sekiranya mana-mana pihak mahu menggunakan data peribadi mana-mana orang, maka kebenaran nyata haruslah diperolehi dan pada bila-bila masa sahaja kebenaran tersebut boleh ditarik balik.
(Seksyen 38, PDPA)

Walau bagaimanapun bagi kes Cambridge Analytics (CA), ini bukan sekadar masalah syarikat yang menyalahgunakan data peribadi sensitif tanpa kebenaran nyata dari orang ramai.

Berdasarkan kronologi yang disediakan oleh pihak Facebook, segala data yang dikumpul CA telah diperolehi secara salah dan arahan untuk memadamkan data-data berkenaan juga telah dilanggar (walaupun mereka mendakwa telah memadam). Data-data ini pada mulanya telah dikumpul oleh Aleksandr Kogan menerusi sebuah perisian dan beliau kemudiannya menjual data-data tersebut kepada CA.

Isu yang melibatkan CA bukanlah sekadar kebocoran maklumat peribadi sensitif. Jika ia sekadar itu maka kita sudah lali dengan kes-kes pembocoran dan penjualan data peribadi sensitif (rujuk pendedahan Lowyat) dan secara umumnya rakyat Malaysia juga masih tidak cukup sensitif dengan pendedahan data maklumat sensitif.

Berdasarkan pendedahan oleh Channel 4, CA mendakwa mereka terlibat di dalam mempengaruhi keputusan pilihanraya di beberapa negara termasuklah Malaysia, Brazil, India dan Kenya dengan menggunakan pelbagai taktik seperti fitnah dan honey trap. Sejauh mana keterlibatan CA di dalam pilihanraya di Malaysia seharusnya disiasat dan didedahkan kepada umum.

Di Nigeria pihak CA dituduh bekerjasama dengan individu yang dipercayai merupakan penggodam Israel untuk mencari “kompromat” maklumat yang boleh menjejaskan reputasi pemimpin pembangkang ketika itu, Muhammadu Buhari. Bersembunyi di sebalik public relation exercise, CA didakwa terkibat lebih dalam bagi membantu menjatuhkan pihak pembangkang dengan pelbagai taktik kotor. Dan CA juga dikatakan dilantik oleh pihak ketiga, seorang bilionair yang tidak mahu berlaku pertukaran polisi apabila kerajaan bertukar.

Bagi orang awam pula apa yang perlu dibuat adalah elakkan dari menggunakan perisian bodoh seperti permainan teka umur, teka personaliti dan sebagainya. Menerusi perisian sebeginilah Alekasndr Kogan berjaya mengumpul sebanyak mungkin data peribadi dari pengguna yang mungkin naif. Dan diparahkan lagi oleh sistem jaringan Facebook akhirnya data dari berjuta-juta pengguna berjaya dikumpul. Sekiranya anda pernah menggunakan perisian sebegini maka padamkan kebenaran menerusi tetapan privacy Facebook.

Data peribadi bukan lagi sekadar untuk budak-budak menulis dan bertukar biodata. Ia sudah menjadi barang dagangan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Isu Cambridge Analytica Dan Penyelesaian Oleh Mark Zuckerberg

Aplikasi Touch ‘n Go: Tak Perlu Lagi Beratur Di Lorong Tambah Nilai