in

“Ingatan Buat Kaki Rakam, Kaki Share Dan Kaki Komen Rumah Tangga Orang, Tunggulah Saat Kau Pula.”

Gambar Hiasan

Saya tak pernah berani untuk cerita tentang perkahwinan kami begitu begini. Ini privasi yang paling saya jaga.Hari ini, kisah kahwin yang agama kata kena uar-uarkan, kita gunakan tiket tersebut untuk menjaja-jaja dengan beriya-iya.

Kemudian, kita juga kata yang agama cakap apabila bercerai, pun kena maklum supaya ia tidak jadi fitnah melata. Lalu kita pun gunakan tiket itu untuk menghebah segalanya dengan perincian yang cukup memalukan.

Anak-anak lihat sahaja.

Kau bayang, Facebook kau penuh dengan timeline cerita begitu.

10-15 tahun lagi anak kau pun ada akaun Facebook. Lalu satu hari anak kau tanya,

“Mama, masa mama muda-muda dulu kenapa mama suka share cerita buruk orang dekat FB?”

Dan kau mahu jawab apa? Tampar muka anak kau? Ya kau akan lakukannya kerana bagi kau itu tiket untuk kau katakan anak kau kurang ajar dengan kau.

Kadang-kadang, perkara privasi memang kena privasi. Yang suka rakam, suka sebar dan suka komen, berhati-hatilah. Masih sempat untuk delete dan kembali berbuat baik.

Hidup ini roda sahaja. Hari ini kau buat aib kepada orang. Kau tunggu saat Tuhan bayar kepada kau semula.

Kau kena ingat, perbuatan mengaibkan orang tak pernah mengajar. Ia memalukan dan menjatuhkan maruah ke lembah yang paling dalam. Jika kau rasa ia beri kau kepuasan. Maka eloklah kau bersiap sedia untuk kau juga dipijak-pijak dengan kemarahan Tuhan selepas itu.

Khairul Hakimin Muhammad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Konsumerisme Adalah Setan Yang Ada Di Mana-Mana

“Kau Tengok, Brader Ini Sanggup Kerja Di Pizza Hut Demi Ibu Ayah.”