in ,

India Negara Yang Super Duper Mundur, Jadi?

Pada 1947, British memutuskan untuk meninggalkan India. Namun sebelum berangkat pulang, mereka menambahkan lagi garam ke dalam luka. Empayar British India yang telah lama dijajah itu dipecah-pecahkan menjadi India dan Pakistan. Ketika inilah terjadinya Perang Indo-Pakistan, atau dikenali juga sebagai Perang Kashmir Pertama.

Pada masa ini, tidak ada siapa pun yang akan sangka dalam hanya beberapa dekad, syarikat-syarikat dari India mampu membeli dan mengambil alih jenama-jenama hebat British seperti Jaguar, Range Rover, atau jenama teh yang sangat terkenal, Tetley.

Bila kita tonton atau dengar tentang India, perkara yang selalu kita bayangkan adalah sebuah negara yang sangat mundur. Rakyatnya hidup daif, korup, tidak terurus dan miskin. Apa yang media tidak tunjuk dan cuba sembunyikan daripada kita adalah India sebuah negara yang harmoni dan sangat membangun.

Salah satu jenama gergasi dari India adalah Tata Group, yang beroperasi di seluruh dunia. Pada 2007, syarikat India ini membeli dan mengambil alih Corus yang salah satu kilangnya beroperasi di UK. Menawarkan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat British.

Sehinggalah awal tahun 2016, Tata Steels UK merancang untuk melepaskan pegangan mereka ke atas Corus selepas 9 tahun mengambil alih. Para pekerja kilang besi melancarkan mogok kerana risau kehilangan sumber pendapatan. Petisyen diadakan untuk mendesak Perdana Menteri Britian ketika itu, David Cameroon untuk campur tangan. Perkara ini dianggap serius sehinggakan dibahaskan di Parlimen.

Hanya dalam beberapa dekad selepas merdeka, India sudah menunjukkan kepada dunia apa yang mereka mampu buat. Semuanya dilakukan dalam persaingan ekonomi yang adil tanpa perlu pun untuk menjajah mana-mana negara, seperti yang dilakukan oleh British.

Hari ini, bukan sahaja Tata Group sahaja yang menjadi perhatian. Banyak lagi jenama dari India yang mula kukuh bertapak bukan sahaja di UK, malahan di serata dunia.

India tidak melakukan semua ini untuk membalas dendam ke atas dosa yang telah dilakukan oleh British terhadap mereka. Mereka hanya melakukan apa yang mereka mampu buat, bukanlah cuma yoga, Ayuverda atau sektor IT semata-mata. India yang sememangnya terkenal dengan spiritual, juga adalah pakar dalam perniagaan.

Ekonomi India sudah berada dalam momentum yang tepat, dan mereka cuma baru bermula. Namun dunia sudah merasakan kesannya. Mereka sudah mengatasi China sebagai negara paling pesat membangun sektor ekonominya.

Apakah sumber ekonomi utama bagi India?

India adalah hub sektor IT terbesar di dunia, memegang sehingga 67% daripada pasaran yang berjumlah 124 hingga 130 bilion Dolar Amerika. India di tangga ketiga dunia dalam ekosistem dunia start-up dan sudah menghasilkan lebih 4200 start-up.

India tidak ketinggalan dalam dunia Sains dan Teknologi. Mereka merupakan antara negara di dunia yang mempunyai kuasa Nuklear. Juga di tangga ketiga sebagai destinasi paling menarik untuk pelaburan dalam teknologi. Indian Space and Research Organization (ISRO), telah menbangunkan Sistem Navigasi dah sudah pun melancarkan satelit ke angkasa.

Maknanya, India kini sudah mempunyai sistem GPS mereka sendiri. Malahan, India membantu negara-negara lain sepeti Singapura, Jerman serta UK untuk melancarkan satelit masing-masing.

Sektor Farmaseutikal di India adalah yang ketiga terbesar di dunia daripada jumlah pengeluaran. Mereka juga adalah pengeluar terbesar generic drugs di dunia.

Rata-rata daripada kita juga tidak tahu bahawa 95% berlian di dunia ini dipotong, digilap, dan diproses di India. Paling menarik, semua ini hanya beroperasi di sebuah pekan kecil bernama Surat.

India juga pantas menjadi hub terbesar bagi sektor kesihatan sama ada moden atau spiritual. Mereka sudah membina hospital baru yang sangat moden dan lengkap. Kita perlu tahu bahawa kos pembedahan di India adalah 10 kali ganda lebih murah berbanding yang ditawarkan di Amerika Syarikat atau di Eropah Barat.

India adalah pilihan utama bagi rawatan semula jadi, pembedahan jantung, pembedahan kosmetik, atau kesihatan pergigian yang kebanyakannya langsung tidak dilindungi Insurans di rata-rata negara.

India juga sedang merangka bandar masa depan yang sangat besar dan meluas. Mereka menjangkakan 100 Smart City akan siap dibina di serata India. Dalam projek ini, lebih 500 juta rumah kediaman dijangka siap di bandar-bandar seluruh negara. Majoriti rakyat India masih tinggal di kampung. Mereka sedang bersiap sedia untuk migrasi rakyat ke bandar yang terbesar dalam sejarah India.

Infrastruktur di India juga sangat pesat membangun. Anda tahu, mereka mempunyai rangkaian 250 kilometer kereta api Metro? Tidak cukup dengan itu, India bakal menambah lagi beberap ratus kilometer. Menjadikannya rangkaian paling panjang di dunia. Kereta api peluru yang menghubungkan antara bandar di seluruh negara juga sedang giat dibina.

Terdapat banyak jenama terkenal otomobil dari serata dunia yang sedang meluaskan pasaran mereka ke India. Namun, jenama-jenama nasional kekal teguh di bumi sendiri. Daripada jenama premium seperti Jaguar dan Range Rover sehinggalah kepada kereta paling murah iaitu Tata Nano, India menawarkan hampir kesemua segmen. Kita pasti terkejut melihat betapa panjangnya senarai jenama otomobil di India; Mahindra, Hero, Ashok Leyland, Bajaj, TVS, Escorts dan banyak lagi.

India adalah pengeluar, pengeksport dan pengguna rempah ratus terbesar di dunia. Kita pun kenal dengan mangga dari India, ataupun beras Basmathi mereka yang berkualiti.

Sektor-sektor lain dia India pun sangat menarik untuk dibincangkan. Industri simen mereka adalah yang kedua terbesar di dunia. Malahan, India semakin maju dalam bidang biotekologi, penerbangan, Bank dan Insurans, perfileman serta media dan hiburan. Mereka juga merupakan pengeksport terbesar tekstil seperti sutera, Pashmina dan produk daripada kulit.

Selain itu, berapa ramai antara kita yang tahu antara jenama terkenal di dunia sama ada kepunyaan India ataupun berasal dari sana?

Sundar Pichai, CEO di Google berasal dari India. Beliau adalah bekas pelajar Insitut Teknologi India. Satya Nadella, CEO di Microsoft berkelulusan dari Insitut Teknologi Mannipal India. CEO kepada Adobe Systems, Santaru Narayen juga berasal dari India. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada beberapa nama yang sudah mencipta sejarah.

Jadi di mana pun kita berada di dunia ini, apa pun bidang kita lakukan, kita mesti tahu yang suatu hari nanti, pasti akan ada urusan dengan India. Ini tidak dapat dielakkan kerana India sangat pantas meletakkan dirinya sebagai kuasa ekonomi dunia.

Kita perlu cepat buka mata kerana masa depan dunia sebenarnya tertumpu ke negara Asia Selatan itu. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini – India bukanlah hanya sebuah negara membangun.

Zulhilmi Daud

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Cara Nabi Berinteraksi Dengan Anak Kecil

Resepi Nasi Kabsah Yang Kau Suka Sangat