in ,

Hidung Hilang Kerana Resdung

Gambar : https://www.youtube.com/watch?v=tt1Kk6RBtIk

Sinus @ resdung (panggilan orang kampung) memang cukup menyeksakan. Rengsa semacam. Dan bayangkan saya dah hidapinya lebih 10 tahun dah. Gejala pertama dimulai sebagai flu, pantang sejuk sikit sahaja ia akan menyerang. Lepas tu hidung mula tersumbat, rasa macam ada batu dalam hidung dan mula rasa mencucuk-cucuk di pipi dan dahi.

Pada awalnya makan ubat sinus biasa, atau panadol saja pun boleh buat kita lega. Tapi lama kelamaan badan akan jadi kalih dan kesihatan makin memburuk. Kadang-kadang sampai tak boleh tidur, kena tinggikan bantal untuk stabilkan pernafasan. Selalu sangat apabila bangun pagi hari, saya merasa macam tidak tidur sama sekali. Dah tentulah esoknya di pejabat, kita mudah lemah gemalai nak buat kerja sebab semalaman tak tidur, kan?

Ada pula yang rasa sakit di pipi merebak ke dahi, dan bahagian atas kepala. Kalau hidung tersumbat, kita perlu bernafas dengan membuka mulut luas-luas, untuk ambil nyawa. Tapi bangun esoknya dengan kerongkong sangat kering dan sakit gila, kering.

Selain itu, nak menikmati makanan pun dah kurang best. Ini kerana indera bau boleh jadi hilang. Jadi, redah sajalah. Bau minyak wangi pun kau tak boleh nak ambil nikmat dia sebab hidung sumbat. Macam mana tu?

Kita biar dan berpikir bahawa gejala akan hilang dalam seminggu dua. Namun, ketika gejala terus ada, dan kemampuan saya untuk bekerja terbatas, saya mula rasa sangat tidak best, badan selalu lemah, tenaga hilang melayang.

Kesakitan saya mencapai puncaknya apabila sinus saya sudah menyebabkan ada rebakan ke bahagian paru-paru pada Julai lalu dan ditahan dalam wad, 4 hari. Ada jangkitan dah kat paru-paru saya, kata doktor. Hasil konsultasi dengan pakar ENT, saya melakukan pemeriksaan endoskopi hidung. Masa ni barulah dapat tengok, bukaan sinus saya agak besar dan bengkak, ada yang tersumbat. Sarat barat lorong dalam hidung tu. Bengkak, bengkok semua nampak jelas. Hidung yang basah dek kerana banyak lendir lendir itu sendiri kita tengok memang tak selesa sungguh. Ngeri!

Hasil Scan Tomografi Komputer (CT scan) juga menunjukkan bahawa saya memiliki sinus frontal. Juga ada bahagian otak yang dipanggil Empty Sella. (Pasrah jelah. Nak tahu apa tu Empty Sella, sila google. Huhuhu)

8 September 2017, hari Jumaat saya serah diri kepada doktor untuk operation. Lima jam saya di bilik pembedahan dan pada pukul 7 petang, selepas sedar saya bagaikan hilang hidung. Kesan bius membuatkan saya seperti tidak lagi terasa apa-apa dah. “Doktor, mana hidung saya? Mana hidung saya?”

Sakit ke? Sakitlah juga sehari dua tu. Kita pulak sejenis manja menangis kededek lah jugak. Tapi, dua minggu kemudian, sakit, gangguan di tengkorak dan ketidakmampuan untuk membau telah sembuh. Sejak itu, saya telah menikmati malam yang sangat tenang dan damai saat tidur. Esok bangun pagi, rasa bertenaga dan takda lagi lemau lemau tu. Baru rasa nikmat tidur yang sebenarnya.

Pembedahan sinus minimal-invasif endoskopik ini meskipun agak mahal, tetapi dapat mempercepat pemulihan kita. Dengan munculnya penemuan teknologi baru seperti batang endoskopi Hopkin, kita sebenarnya boleh selesai masalah itu dengan mudah.

Ada yang tanya berapa harga pembedahan? Murah jer, RM25,000. Hehehehe! Apa? Ya sekitar itulah. Saya nasib baik sebab Utusan bayar. Sayang Utusan Melayu (M) Berhad muah muah muah, sepanjang hidup terhutang budi.

Yang mana ada insurans tu, buatlah. Rugi kalau tak buang masalah sinus ni sebab ia sangat menganggu hidup kita. Saya pula rasa seperti ‘mati hidup semula’ kerana selepas rawatan ini, Allah berikan saya kesihatan yang berganda baiknya. Emosi pun agak stabil sebab dah jarang sakit.

Bayangkan begini. Sebelum ini, setiap minggu saya biasanya akan demam sekurang kurangnya sekali. Setiap pagi, layan bersin sekitar setengah jam dulu baru boleh layan benda lain. Wajib! Tetapi sejak saya buat operation pada Ogos, sampai Disember ni Allah SWT bagi baru sekali saya demam (tu pun sebab kena hujan).

Apa yang berubah? Adalah sikit terutama bab suara. Dulu suara saya agak sengau, ala-ala berat kalau bercakap (macam orang lepas menangis selalunya), tapi sekarang pitching tu jadi lebih sharp. Ala-ala guruh dan petir kalau bercakap, jadi tambah kuat dan nyaring kedengaran. Anak saya cakap “Mungkin inilah suara Mommy yang sebenar. Dulu tu lemak lemak sikit sebab ada benda lain.” Hahahaha! Mungkin.

Nasihat untuk kawan-kawan, terutamanya yang kaki seafood, kaki budu sambal belacan macam saya ni, jangan dibiarkan.
Jumpa pakar dan selesaikan masalah anda segera. Dan kemudian, hiduplah sebagai orang yang baharu. Sangat berbeza. Sekarang saya makan udang sekilo pun, takda apa apa dah. Best! Makan budu pun dah tak seriau lagi. Nasib baik tak buat kuah je.

Ni hari ke-tiga selepas pembedahan, saya masih memerlukan bantuan pernafasan. Tapi taklah nampak macam sakit sangat kan. Sebab semuanya hanya berlaku di dalam tu. Hidung korang takkan dibelah sikit pun kat luar. Itu style dulu dulu kot. Hihi!
Hari ke tiga dah boleh pose dah aih walaupun masih menahan sakit kat dalam hidung. Kita kan ala ala model, hidup tak tenang tanpa posing. Aihhhh! Masa ni darah kat dalam masih banyak,luka jahitan masih ada, banyak boleh nampak kalau teropong kat cermin. Darah pulak berketul-ketul sekali kau hembus. Nak hembus bukan boleh main gembus jer. Kena pakai air khas yang doktor sediakan.

Tengku Khalidah Tengku Bidin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Celakanya Jerat Zionis Menjajah Baitulmaqdis

“Luqman, Tarik Abah Ke Syurga Juga Ya!”