in ,

Hibahkan Duit ASNB Anda Walaupun Dalam Tu Ada RM5 Sahaja

Hari ni Sally nak kongsi info yang Sally baca di website ASNB. Kalau kita nak masuk dan baca memang jaranglah orang ke website itu. Jadinya, Sally copy paste kat sini. Sally pun baru sahaja baca. Semoga bermanfaat pada kita semua.

Jika ada simpanan melebihi RM1000, eloklah kita melakukan HIBAH AMANAH ni. Supaya jika berlaku sebarang kematian, sangat memudahkan urusan pengambilan duit kita walaupun RM1000 untuk kegunaan suami/isteri dan anak anak yang ditinggalkan daripada duit tu freeze dalam jangka masa lama dan melalui berbagai-bagai prosedur pengeluaran. Sekurang-kurangnya dapatlah dimanfaatkan untukĀ anak anak kita. Bila berbicara pasal peninggalan harta ni rasa mati tu macam sekejap lagi je. Bersedia dulu. Kerja keras siang malam untuk keluarga dan anak-anak sudah pasti kematian kita, kita mahu yang terbaik dan tidak menyusahkan sesiapa.

Hibahkan harta harta yang ada. Amboi, macam banyak sangat harta. Sedikit atau banyak soal kedua. Yang penting, harta yang ada sampai pada orang yang sepatutnya. Ramai yang banyak harta tapi tak namakan pada pewaris. Akhirnya, harta tersangkut lama tak boleh nak agihkan. Lagi lagi yang tak ada anak lelaki macam Sally ni. Complicated jadinya. Sedih dengar cerita harta harta yang direbut saudara mara. Nama pun harta. Terus bertukar wajah wajah manusia. huhuhu

Jom baca pasal HIBAH AMANAH ni. Sharing is caring.

Hibah Amanah

Apakah yang dimaksudkan dengan Hibah Amanah?
Hibah Amanah adalah gabungan konsep Hibah dan Amanah. Ia adalah pemberian baki pelaburan tabung unit amanah ASNB (Harta Hibah) oleh pemegang unit (Pemberi Hibah) atas dasar kasih sayang pada masa hayat Pemberi Hibah berdasarkan terma dan syarat dalam Surat Ikatan Hibah Amanah. Tuntutan pembayaran Harta Hibah kepada Penerima Hibah dilakukan selepas kematian Pemberi Hibah.

Apakah yang dimaksudkan dengan Harta Hibah?
Harta Hibah adalah tabung unit amanah ASNB yang dihibahkan oleh Pemberi Hibah pada masa hayat melalui Surat Ikatan Hibah Amanah:

Tabung mestilah dihibahkan kesemua unit atau 100% kepada Penerima Hibah
Baki unit pelaburan dalam setiap tabung yang dihibahkan mestilah berjumlah 1,000 unit dan ke atas

Mengapa ASNB tidak mengadakan sistem penamaan yang lebih mudah seperti KWSP dan Tabung Haji?
Berdasarkan undang-undang Malaysia, unit amanah dikategorikan sebagai harta persendirian seperti saham-saham syarikat. Oleh yang demikian, pewarisan unit amanah adalah tertakluk kepada undang-undang probet dan pentadbiran di mana pentadbir atau wasi yang dilantik oleh mahkamah sahaja yang boleh menuntut harta si mati. Berbeza dengan KWSP dan Tabung Haji, di mana kedua-dua organisasi ini ditubuhkan di bawah akta masing-masing yang mempunyai peruntukan khusus membenarkan ‘penamaan’ dilakukan.

Mengapa ASNB memilih Hibah Amanah sebagai kaedah alternatif kepada kaedah sedia ada?
Tanpa kaedah alternatif dan instrumen perancangan harta pusaka seperti Hibah Amanah, proses pengagihan harta adalah rumit dan memakan masa yang panjang. Keadaan akan bertambah rumit sekiranya terdapat tuntutan bertindih dan tiada persefahaman antara waris. Melalui Hibah Amanah, ianya boleh membantu para pemegang unit merancang agihan pelaburan unit amanah kepada Penerima Hibah yang dinamakan dengan lebih cepat setelah pemegang unit meninggal dunia.

Hibah Amanah ini adalah berlandaskan hukum Syariah dan ianya boleh meliputi kesemua pelaburan di dalam tabung unit amanah ASNB. Hukum Faraidh masih menjadi tunggak pembahagian harta orang Islam. Oleh yang demikian, pemegang unit dinasihatkan untuk berlaku adil dalam membuat pembahagian Harta Hibah.

Bolehkah Penerima Hibah berumur 18 tahun ke bawah menerima Harta Hibah?
Ya, boleh. Pemberi Hibah perlu melantik Penjaga Sah bagi penerima hibah yang berumur 18 tahun ke bawah. Penjaga mestilah di kalangan:

-ibu atau bapa
-datuk atau nenek
-abang atau kakak
-penjaga berdaftar yang dibenarkan oleh ASNB

Permohonan
Di manakah permohonan Hibah Amanah boleh dibuat?
Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan ASNB.

Apakah yang perlu dilakukan jika berminat untuk melakukan Hibah Amanah?
Lengkapkan dokumen berikut dan bayar yuran pendaftaran:

Borang PH1A dan PH1A(A)
Surat Kuasa Wakil

Adakah Penerima Hibah perlu mengesahkan persetujuan pembahagian hibah ini?
Ya, Ijab dan Qabul (sighah) adalah wajib. Maka perlu ada persetujuan pemberian dan penerimaan oleh kedua-dua pihak dan kedua-dua pihak mestilah menandatangan dokumen yang berkenaan.

Pembatalan Hibah Amanah

Bolehkah saya membatalkan Hibah Amanah saya?
Berdasarkan hukum Syariah, Hibah Amanah tidak boleh dibatalkan kecuali hibah kepada anak kandung dan cucu kandung.

Dalam info PEMBATALAN HIBAH AMANAH ni ramai yang agak keliru. Dan ramai juga yang mengajukan soalan pada Sally. Macam Sally ni pakar ASNB pulak kan. Antara soalannya adalah:

Jika kita namakan atas nama suami. Tetiba jodoh tak panjang. Nauzubillah. Macam mana? Sebab Hibah Amanah tak boleh dibatalkan kecuali pada anak dan cucu.

Pada pendapat Sally, senang sahaja. Kita jangan fokus kepada masalah. Fokus pada solusinya. Dalam konteks ini, jika kita letak atas nama suami:

1) Jika kita bercerai sebelum mati, nama tak boleh tukar. Tapi kita boleh ambil duit semua keluarkan dr ASB tu. Sebab hibah akan efektif selepas kematian. Boleh tutup akaun dan buka akaun lain atau invest kat tempat lain. Kita kan hidup lagi. Ambil je duit tu.

2) Kalau kita mati, suami boleh ambil duit dan uruskan anak-anak kita. Daripada tak letak nama, duit tu freeze dalam tu. Makan tahun jugak le nak setel. Tu pun ikut faraid. Klu kita mati, suami ok ler . Kalau suami mati?

3) Kalau kita mati, suami ambik duit dan kahwin lain? Jawapan dia, Bolehlah puan-puan jadi hantu dan datang cekik suami puan-puan. hahahaa

Nak info lebih lagi pasal Hibah Amanah ni, anda boleh ke website ASNB atau ke kaunter ASNB.

Sharing is caring.

Suhaili Mohd Zain

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Filem-Filem Buruk 2016

Jaga-Jaga Hari Gaji!