in ,

Hadapi Pengakhiran Monsun, Like A Bos

Bermula dari 27 Mac ini, berlakulah fasa peralihan Monsun Timur Laut. Jadi, sepanjang akhir Mac hingga minggu pertama Mei akan berlaku angin ribut berkelajuan rendah dari pelbagai arah di kawasan negeri pesisir pantai.

Dijangka berlaku hujan lebat, ribut petir dan angin kencang pada sebelah petang dan awal malam yang mungkin akan menjejaskan negeri-negeri di pantai barat dan bahagian tengah semenanjung, serta pantai barat Sabah dan Sarawak. Pertembungan angin yang bertiup bertukar arah dari Timur Laut ke Barat Daya inilah yang menyebabkan berlaku angin kencang, ribut petir dan hujan lebat. Tetapi tempoh hujan hanya berlaku secara singkat iaitu antara satu hingga dua jam.

Walaupun sekejap, tetapi masih boleh menyebabkan kejadian yang tak diingini seperti banjir kilat, jadi kita harus bersedia.

Bersedia sebelum hujan:

  1. Sediakan payung dalam kenderaan. Untuk yang membawa motosikal, jangan lupa bawa baju hujan supaya kau boleh bawa motor dengan jayanya.
  2. Bawa pakaian tebal supaya tak kesejukan dalam pejabat. Cuaca sejuk boleh menyebabkan kau demam. Kalau demam kena MC, tak boleh nak kerja.
  3. Bersedia untuk sebarang kemungkinan yang tak diingini seperti banjir kilat. Sila simpan dokumen penting di tempat yang selamat.
  4. Simpan bekalan makanan dan ubat yang secukupnya.
  5. Jangan lupa bersedia dengan sumber tenaga yang secukupnya seperti powerbank. Kalau-kalau bekalan eletrik terputus, gunalah powerbank itu sebagai torchlight atau caj telefon bimbit kau jika habis bateri. Senang untuk berhubung dengan bantuan luar.
  6. Jangan berada di kawasan lapang ketika ribut petir dan elak dari meletak kenderaan di kawasan banyak pokok tinggi dan papan tanda yang dikhuatiri boleh tumbang akibat angin kencang dan ribut petir.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati serta peka dengan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh jabatan melalui laman web Jabatan Meteorologi, aplikasi telefon pintar myCuaca,  dan aplikasi RakanMET.

Apemazing

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kalau Kau Sebar Berita Tidak Benar, Ini Mungkin Hukuman Yang Akan Dikenakan

Kawasan Persempadanan Semula Pilihan Raya Baru