in ,

Gunakan Maskara Anda Hingga Ke Titisan Yang Terakhir

Woman applying mascara on eyelashes

Semalam kemas-kemas beg makeup baru lah perasan ada lebih 8 bekas mascara dalam beg makeup. Patutlah abang tajam selalu tanya balik betul ke dah habis? Have you checked? Hari tu abang kemas nampak banyak je lagi. Well, memang Kak Etty ni mak nenek sikit. Beli simpan pastu lupa beli lagi. Haa begitu lah spesisnya.

Mascara ni jenis makhluk yang baru je pakai beberapa kali mula la kering. Kalau tak pakai pun kering juga. End up semua kena masuk tong sampah. Mascara kalau kering, bila kita guna kat bulu mata mula la bergumpal gumpal bulu mata kita. Jadinya memang tak syok la macam tu. Makeup nampak sememeh.

Sebelum Kak Etty decide nak lempar 8 mascara tu dalam tong sampah. Kak Etty buat la sikit research. Alhamdulillah, mascara mascara tu masih dapat diselamatkan dengan jayanya.

Excited punya pasal Kak Etty terus terpanggil untuk share benda ni dengan semua. Jadi anda pun share lah juga supaya orang lain pun dapat manfaat

 

Bahan bahan yang perlu adalah:
– Cerek Elektrik untuk masak air panas
– Air secukup rasa asal muat cerek elektrik. Lebih dari tu boleh buat masak maggi
– Bekas dadih kecil
– Bekas tapau nasi
– Mascara yang kering. Pastikan kering ye kalau mascara yang dah habis memang buat macam mana pun tak ada nya bertambah balik.

– Lupa nak ambil gambar, tisu paper pun sediakan juga ye

 

 

Langkah 1:


Masukkan air secukupnya dalam cerek elektrik dan masak air tu. Pastikan suis on ye. Kalau tak sampai subuh esok pun air tu tak mendidih.

 

 

Langkah 2:


Lepas air dah mendidih, masukkan air dalam bekas dadih dan rendamkan berus mascara. Make sure bulu mascara tu terendam sepenuhnya

 

 

Langkah 3:


Goyang goyang berus mascara dalam air panas tu. Goyang lama-lama sampai puas hati. Bila berus dah nampak macam bersih, boleh berhenti goyang.

 

 

Langkah 4:
Gunakan tisu paper warna putih untuk keringkan berus mascara yang direndam tadi. Kenapa warna putih? Sebab tisu paper Kak Etty warna putih.

 

 

Langkah 5:
Tutup balik bekas mascara tu. Pastikan tutup rapat-rapat ketat-ketat ye. Kali ni isi air mendidih tu dalam bekas makan yang besar sikit. Pastikan tinggi air tu cukup untuk merendamkan mascara sepenuhnya. Masukkan tube mascara dalam bekas tu. Tekan tube tu supaya terendam sepenuhnya. Guna sudu boleh nak guna jari pun boleh. Ikut suka.

Tempoh rendaman tu boleh sampai 5 minit bergantung pada tahap kesabaran masing masing.

 

 

Langkah 6:
Rasa rasa dah puas, keluarkan mascara tu dari air. Tube mascara tu memang panas la sebab rendam dalam air panas kan jadi berhati-hati. Kalau melecur tanggung sendiri ye. Buka penutup mascara tu gelek gelek sikit berus tu dalam bekas.

 

 

Sekarang tengoklah sendiri perbezaannya. Mascara jadi cair balik. Berus mascara pun bersih. Tak la membazir asyik beli mascara baru.

 

Okay selamat mencuba.

 

 

Etty Garib

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kau Tahu Macam Mana Nak Perah Jus Paling Sedap Di Dunia?

Main Facebook Pun Boleh Masuk Penjara