in ,

‘Gimli Glider’ Mengenang Pendaratan Paling Epik Air Canada 767

Semalam genap 4 tahun MH370 hilang dari radar. Jadinya hari ini Azratai nak ceritakan sebuah kisah aviasi. Untuk bagi tarikan awek-awek membaca, Azratai bagi tajuk.

HEROKU ABANG PILOT

Canada Air Flight 143 adalah penerbangan domestik penumpang dari Montreal ke Edmonton. 23 Julai 1983 ia membawa 61 penumpang beserta 8 krew. Model pesawat ialah Boeing 767. Ia di kemudi oleh Kapten Robert “Bob” Pearson berusia 48 tahun dengan rekod 15,000 jam penerbangan dan dibantu 1st Officer Maurice Kintel dengan 7000 jam rekod penerbangan. Masing-masing cukup berpengalaman dan terlatih. Namun begitu pengalaman mereka dengan pesawat Boeing 767 ini terhad kerana ia model boeing yang terbaharu di pasaran. Ianya dilengkapi pelbagai tambahan alatan elektronik terkini bagi mengurangkan penglibatan tenaga jurutera. Pesawat yang mereka terbangkan itu baru berkhidmat selama 150 jam.

Dalam keadaan cuaca yang tenang dan mereka baru separuh perjalanan. Pada altitud 41000 kaki tiba-tiba butang tekanan rendah sayap kiri menyala dan membunyikan tanda amaran berkali kali. Kapten menyangka ia hanyalah kerosakkan fuel pam. Sementelah itu juga tolok minyak elektronik pesawat rosak dan tidak berfungsi.

Tapi mereka masih 700 batu dari destinasi asal.

Tak sedap hati Kapten menghubungi menara kawalan dan meminta destinasi pendaratan yang terdekat untuk membuat pemeriksaan semula. Menara kawalan mengarahkan pesawat agar mendarat di lapangan Winnipeg, 75 batu lebih dekat dari Montreal. Usai meminta kebenaran mendarat enjin pada sayap kiri terus berhenti berfungsi. Samada kerosakkan pada fuel pam, kehabisan minyak atau berlaku kebocoran.

Tak mengapalah, sebagai juruterbang dia selalu berlatih simulator bagaimana untuk mendaratkan pesawat dengan menggunakan satu enjin. Kemudian tak semena mena butang minyak enjin sebelah sayap kanan juga berbunyi dan berkelip kelip. Pesawat itu kini kehilangan kedua-dua belah enjin pada altitud 26500 kaki.

Kapten menghubungi semula menara kawalan tempat mendarat paling dekat. Menara kawalan mengenalpasti dalam jarak 20 batu di Gimli terdapat sebuah markas tentera udara lama. Pada mulanya mereka mahu mendarat juga di Winnipeg kerana disana terdapat peralatan untuk pemeriksaan. Tapi setelah membuat kiraan kapten mendapati kapal terbang mereka tidak akan sempat sampai ke Winnipeg.

Pesawat mereka kini bagai kapal terbang kertas yang hanya menunggu detik untuk terhempas. Pesawat itu tidak terus menjunam tetapi semakin melayang rendah menuruni altidud.

Dalam mana-mana penerbangan pun terdapat dua perkara yang paling kritikal iaitu pada waktu berlepas dan waktu mendarat. Dan antara dua ini, waktu mendarat adalah yang paling berisiko. Dan mengikut sejarah tiada siapa juruterbang yang pernah mendaratkan pesawat boeing dengan kedua belah enjin tidak berfungsi. Dan ianya tiada dalam prosedur kecemasan dan tidak pernah dipraktikkan di simulator.

Di luar sangkaan kapten lagi. Apabila dia melihat dari udara. Landasan Gimli sebenarnya telah lama berubah menjadi sebuah litar untuk perlumbaan kereta drag. Di sekitarnya terdapat keluarga berpiknik dan berkhemah. Dek kerana tiada bunyi enjin dan pesawat boeing bukannya mempunyai hon maka mereka semua tidak mendengar pesawat boeing yang semakin mendekat.

Dalam keadaan cemas juruterbang mendapat ilham. Sebelum ini, Kapten Pearson cukup mahir dengan menerbangkan glider. Seperti kita maklum penerbangan dan pendaratan glider tidak memerlukan enjin. Sebaliknya menggunakan teknik manuver dan kemudi sayap yang tertentu yang dikenali sebagai side slide. Tapi itu pada pesawat kecil yang hanya boleh memuatkan seorang penumpang. Bayangkan dia mengaplikasikan teknik itu pada pesawat sebesar itu dengan muatan kargo dan 69 nyawa untuk didaratkan. Dengan teknik itu dia menyengetkan sedikit pesawat agar dapat masuk ke landasan. Pendaratan cara biasa memerlukan mereka membuat satu pusingan dan mereka tidak mempunyai altitud yang cukup untuk melakukan pusingan itu. Lalu cara ini digunakan.

Roda pesawat diturunkan. Disebabkan tarikan graviti. Kedua roda kanan dan kiri berjaya dikeluarkan. Namun roda ketiga iaitu di bahagian kepala pesawat gagal turun sepenuhnya. Yang lebih mencemaskan lagi terdapat dua budak didapati sedang berbasikal di landasan itu.

Sebaik sahaja pesawat mencecah bumi. Pearson membrek dengan kuat untuk memperlahankan pesawat lalu menyebabkan kedua tayar meletup dan tanpa tayar hadapan pesawat seakan tersungkur dan terheret badan sepanjang pendaratan. Geseran antara badan pesawat dan asphalt menghasilkan asap memenuhi kokpit dan kabin. Pilot tidak boleh berbuat apa selain hanya boleh mengemudi ke kanan atau kiri dan mengharapkan pesawat itu segera berhenti. Di takdirkan pesawat itu sempat berhenti sebelum mengenai budak berbasikal tersebut. Kapten, krew kabin dan penumpang semuanya terselamat.

Punca kejadian:

Hasil siasatan mendapati ketika peristiwa ini berlaku seluruh Kanada sedang bertukar dari sistem imperial kepada sistem metrik. Krew pengisi minyak telah tersalah mengira amaun minyak yang diperlukan. Boeing 767 pesawat terkini menggunakan sistem metrik kilogram/liters. Sedangkan mereka mengisi minyak dengan kadar kiraan Gallons/pound. Kesilapan kiraan ini memberi padah. Tak sampai separuh tangki pesawat diisi dengan bahanapi.

Dari 20,008 liter yang diperlukan hanya 4,917 liter sahaja yang di isi.

Pegawai penyiasat mengumpamakan seperti meletakkan 5 sudu minyak tambahan pada tangki kereta bersaiz sederhana.

Insiden ini kemudiannya di kenali sebagai ‘Gimli Glider’ di dunia aviasi.

Muhamad Khair

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ini Sebab Kenapa Bisnes Online Kau Makin Perlahan

Ini Sebab Kenapa Pentingnya Menulis