in ,

Fungsi Kamera Huawei P20 Pro Yang Amat Canggih

Baru-baru ini Huawei telah melancarkan telefon canggih baharu P20 dan P20 Pro. P20 Pro direka dengan 1 kamera selfie dan 3 kamera belakang. Apa keperluan 3 kamera ni? Kenapa banyak sangat?

Kedua-dua P20 dan P20 Pro menampilkan kamera selfie 24MP, merupakan resolusi kamera yang tertinggi buat masa sekarang. Semakin tinggi resolusi kamera, semakin jelas hasil tangkapan sesuatu gambar.

Kamera selfie 24MP ini membolehkan kau selfie dalam satu situasi cahaya rendah kerana mempunyai ciri mengikat piksel yang mana berfungsi menggabungkan piksel supaya dapat meningkatkan kecerahan semasa kurang cahaya seperti waktu malam.

Apa itu piksel? Piksel adalah unsur atau representasi titik terkecil dalam sebuah gambar. Gabungan titik terkecil inilah yang menghasilkan sebuah gambar penuh.

Berhubung dengan resolusi kamera, lebih rendah saiznya, lebih jelas titik piksel kelihatan. Senang cerita, kalau kau guna kamera selfie bersaiz 5MP, gambar itu lebih kabur dan tak jelas berbanding kau guna kamera 24MP. Jadi, untuk kamera 24MP ini, sudah tentu jerawat kau lebih jelas kelihatan dalam gambar.

Kamera utama P20 Pro dengan resolusi 40MP berfungsi untuk RGB. RGB (Red, Green, Blue) adalah istilah pada sensor kamera yang didedikasikan untuk menangkap warna. Oleh itu, warna yang dihasilkan kelihatan lebih nyata dengan butiran yang memuaskan.

Kamera kedua 20MP berfungsi untuk gambar monokrom. Untuk lebih senang faham, imej monokrom adalah seperti gambar hitam putih atau kelabu. Kamera monokrom ini juga dicipta untuk anggaran mendalam bagi simulasi kesan bokeh dan imej yang di zoom atau imej dalam cahaya rendah masih mempunyai perincian halus dan tahap bunyi rendah.

Kamera 8MP pada P20 Pro ini dicipta untuk berfungsi sebagai telefoto. Fungsi telefoto adalah untuk menangkap gambar subjek dalam jarak yang jauh. Bukaan lensa dengan panjang fokus 80mm boleh mengambil gambar dengan lebih jelas dan kurang kabur. Boleh digunakan semasa di konsert dan kau terpaksa duduk di tempat paling hujung dewan.

Dengan gabungan kamera kedua dan kamera telefoto pada telefon ini, gambar yang dicrop masih lagi dalam keadaan cantik.

Untuk pengguna yang suka selfie atau minat dalam seni fotografi, mungkin triple camera ini adalah yang paling sesuai untuk kau.

APEMAZING

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kawasan Persempadanan Semula Pilihan Raya Baru

Pahlawan Melayu Pun Guna Senjata Api Canggih Lawan Penjajah Lah!