in ,

Fundamental Bitcoin Yang Tak Semua Orang Faham

Dengan kejatuhan mendadak majoriti cryptocurrency minggu lepas, kau boleh nampak ada satu pihak yang bersorak dengan gah melaung ‘aku dah kata dah’. Satu belah lagi kau ada pihak yang buntu, sedih, kecewa tak lena tidur tiap malam.

Sebagai seorang yg dah melalui zaman tersontot dulu, YA! Perit lagi memedihkan menjalani hari-hari macam ni.

Tak. Bukan itu yg aku nak cerita. Tak kisah belah mana pun kau berada, yang penting adalah untuk kau faham apakebenda bitcoin ni. Aku yakin ramai yang invest tanpa faham pun satu apa. Janji untung.

Jadi biar aku terangkan secara asas apa yang dikatakan ‘berharga’ sangat bitcoin ni.

*segala terma teknikal aku ubah kepada terma yang lebih mudah faham*

Kau bayangkan teknologi blockchain (teknologi yg diguna pakai bitcoin) ni umpama satu helai kertas. Kau akan rekod apa jua catatan transaksi atas kertas tu dan simpan untuk rujukan. Sama lah macam kau buat spreadsheet. Betul?

Cuma apa yg blockchain ni buat adalah ‘decentralization’. Instead of kau tulis atas kertas dan simpan sendiri, sekarang ni kau tulis atas kertas sendiri, tapi semua orang akan sahkan apa yang kau tulis dan diorg akan buat satu copy untuk diorg simpan.

Ya. Inilah kerja ‘mining’ yang diorg dok beli graphic card satu gudang tu. Kerjanya adalah mengesahkan transaksi yang kau buat, dan simpan satu copy untuk diorg. In return, dapatlah ‘komisen’ sikit buat kerja2 tu.

Jadi aku explain 2 karakter utama yang ada pada bitcoin (blockchain) ni.

1. Decentralization

Apabila kertas tadi di-duplicate sebanyak sistem bitcoin sedia ada, bukan mudah untuk sesiapa cuba ‘menipu’ rekod transaksi. Nak ubah 1 transaksi, kena ubah kesemua kertas yang dikongsi. Kalau ada 1 juta miners, 1 juta kertas lah yg perlu kau ubah untuk ‘tipu’ rekod yang dikongsi tu.

Berbanding kalau kau sekadar ada 2-3 copy, senang senang ada orang boleh ubah rekod tu. Tak ada siapa yang control kertas rekod tu, sebagaimana bank mengawal wang fiat.

2. Anonymity

Berbanding pembukaan akaun bank, yang memerlukan kau untuk beratur isi borang, bagi IC, ambil cap jari bagai, bitcoin tak perlu semua tu.

Ini membuatkan bitcoin dikatakan digunakan untuk aktiviti2 gelap yg tak sah. Sebab proses untuk cari pemilik bitcoin tak semudah dapatkan maklumat pemilik bank akaun.

Sekarang, kalau Bitcoin ni boleh buang orang tengah (bank), kenapa aku secara peribadi TAK PERCAYA dengan Bitcoin sebagai the next currency?

1. Tempoh Transaksi

Disebabkan sistem pengesahan blockchain yang perlu melalui ‘miners’, purata transaksi adalah sekitar 10-30 minit, bergantung kepada berapa kita sanggup bayar ‘fee’.

Yang mana kalau kau pakai interbank, serta merta boleh siap. Kad debit? Serta merta.

2. Caj Transaksi

Ini adalah antara benda yang paling rumit untuk dikira. Berbanding dengan bank yang kenakan ‘flat rate’, tidak. Bitcoin mengenakan caj ‘Fee per Bite’. Formulanya rumit, guna app apa2 aje lah lagi mudah.

Kalau kau jenis nak instant transfer pun berkira, tak payah berangan lah nak pakai bitcoin.

3. Kos Operasi

Berapa kos beli 1 graphic card untuk mining? Mahu sampai RM20k. Berapa pula kos operasi untuk graphic card tu? Udah lah maximum setting, nak kena pasang aircond pula elak overheating.

Dan semestinya, ‘miners’ belanja semua ni dan mengharapkan return. Kalau setakat RM1/transaksi macam MEPS tu, memg tak berbaloilah kos diorg. Miners adalah tulang belakang Bitcoin. Tak ada miners,tak ada lah bitcoin.

Ironinya, dalam gerakan menghapuskan orang tengah iaini bank, Bitcoin tak satu perkara pun berjaya buat lebih baik daripada bank (melainkan decentralization).

Transaksi bank adalah serta merta. Caj transaksi bank adalah sangat rendah dan ‘flat rate’. Dan yang paling menarik, Bitcoin menelan kos berpuluh ribu untuk seorang miner dan bank hanya perlukan beberapa orang akauntan untuk buat semua kerja tu.

Dan pendapat aku, ‘decentralization’ bukanlah sentiasa sesuatu yang baik.

We always need someone to lead.
We always need someone to decide.
We always need someone to control.
We always need someone to be blamed.

Dan Bitcoin tak ada semua tu.

*posting ini hanya berfokus kepada bitcoin dan bukan cryptocurrency yang lain*

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Elon Musk Ajar Cara Cross-Marketing Tahap Dewa Dengan Pelancaran SpaceX Falcon Heavy

War And Peace: Adaptasi Sastera Russia Yang Wajar Ditonton