,

Filem Hindustan Bukan Setakat Ada Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Amir Khan Je Ye Adik-Adik Sekalian

Shah Rukh Khan, Salman Khan, Aamir Khan, Arjun Rampal, Hrithik Roshan, John Abraham dan Akshay Kumar. Siapa yang tidak kenal dengan nama-nama ini. Mereka ialah wajah-wajah utama dunia Bollywood. Mereka juga mudah mendapat tempat kerana wajah yang tampan dan kacak.

Hari ini aku ingin berkongsi perihal lima pelakon Bollywood yang tidak bergantung kepada ketampanan wajah, tetapi bakat lakonan yang hebat, malah lebih hebat berbanding nama-nama kacak yang tersenarai seperti di atas.

14441156_10205503949838245_5047881951432493537_n

1. Nawazuddin Siddiqui

Beliau tampil hebat dalam beberapa buah filem arahan Anurag Kashyap seperti Black Friday, Gangs of Wasseypur dan Raman Raghav 2.0. Lakonan beliau dalam Patang pernah menerima pujian oleh pengkritik filem tersohor dunia, Roger Ebert semasa filem berkenaan ditayangkan di Festival Filem Berlin 2012.

Lakonan beliau dalam filem arahan Ashim Ahluwalia berjudul Miss Lovely menerima tepukan gemuruh semasa ditayangkan di Festival Filem Cannes 2012 dan di Cannes 2016 lakonan beliau di dalam Raman Raghav 2.0 pula menerima standing ovation.

14449760_10205503962798569_8991090217189234810_n

2. Irrfan Khan

Beliau sentiasa tampil baik dalam setiap watak yang diberikan dan mempunyai karakter terkawal dan membuatkan lakonannya nampak asli dan datang dari dirinya sendiri. Di antara filem-filem beliau yang termasuk dalam senarai wajib tonton ialah Haasil, Life in a… Metro, Paan Singh Tomar, The Lunchbox, Haider, Qissa, Piku dan Talvar.

Lebih menarik Irrfan tampil dalam beberapa filem antarabangsa seperti The Darjeeling Limited, Slumdog Millionaire, The Amazing Spider-Man, Life of Pi, Jurassic World dan yang terbaru Inferno di samping Tom Hanks.

14463132_10205503963598589_4370497762958748943_n

3. Nana Patekar

Pelakon senior yang mewarnai dunia perfileman India seawal tahun 1978 lagi. Beliau telah melakonkan pelbagai karakter yang membuktikan keupayaannya sebagai pelakon hebat.

Sepanjang aktif dalam dunia lakonan, beliau telah memenangi dua anugerah pelakon lelaki terbaik dan satu anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik di anugerah perfileman paling utama di India, National Film Award masing-masing menerusi filem Parinda, Krantiveer dan Agni Sakshi.

14380093_10205503966198654_350947753685704172_o

4. Atul Kulkarni

Beliau disifatkan sebagai pelakon serba boleh kerana mampu berlakon dalam filem pelbagai bahasa di India termasuk filem Hindi, Kannada, Tamil, Marathi, Telugu dan Malayalam.

Sudah tentu apabila bercakap tentang beliau, kita tidak akan melupakan lakonan mantapnya dalam filem Hey Ram dan Chandni Bar sehingga beliau dianugerahkan pelakon pembantu lelaki terbaik untuk kedua-dua filem berkenaan di National Film Award.

14435333_10205503967158678_2070732497443065022_o

5. Om Puri

Seorang lagi pelakon senior di India yang telah mewarnai dunia filem sejak dari tahun 1972. Kualiti lakonan beliau turut menarik beberapa produksi filem antarabangsa untuk menggunakan khidmatnya.

Om Puri pernah muncul di dalam filem Gandhi arahan Richard Attenborough, City of Joy bergandingan dengan Patrick Swayze dan Charlie Wilson’s War di samping Tom Hanks dan The Hundred-Foot Journey bersama-sama Helen Mirren.

Om Puri pernah menerima anugerah pelakon lelaki terbaik di National Film Award menerusi filem Arohan dan Ardh Satya. Beliau juga bertuah kerana pernah berlakon dalam salah sebuah filem arahan pembikin filem berpengaruh di India, Satyajit Ray berjudul Sadgati.

 

Daniyal Kadir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan Malu Baca Artikel Ini Jika Mahukan Anak.

Nak Beri Hutang Kepada Rakan? Fikirkan Semula