, ,

Filem-Filem Buruk 2016

Di Amerika Syarikat selain daripada Anugerah Akademi atau Oscar, mereka juga memiliki anugerah tersendiri untuk dikurniakan kepada filem-filem terburuk yang dihasilkan sepanjang tahun.

Anugerah ini dikenali sebagai Golden Raspberry Awards atau lebih mudah dipanggil Razzie Awards. Majlis anugerah ini kebiasannya diadakan sehari sebelum majlis Anugerah Akademi diadakan.

Majlis Razzie Awards yang pertama telah diadakan pada 31 Mac 1981 dan filem Can’t Stop The Music telah menjadi filem pertama yang menerima Razzie Awards untuk kategori Filem Terburuk.

Selain Filem terburuk, Razzie Awards turut mempertandingkan sembilan kategori lain termasuk Pelakon Lelaki Terburuk, Pelakon Wanita Terburuk, Pelakon Pembantu Lelaki Terburuk, Pelakon Pembantu Wanita Terburuk, Kombo Di Skrin Terburuk, Lakon Layar Terburuk, Pengarah Terburuk, Prekuel, Sekuel Terburuk dan The Razzie Redeemer Award yang dianugerahkan kepada pemenang-pemenang lalu, tetapi berjaya membikin atau terlibat di dalam filem-filem yang mendapat pujian, anugerah ini seperti penebus dosa.

Pada tahun ini Razzie Awards memasuki usia 37 dan mari kita saksikan 6 filem yang mendapat pencalonan untuk filem terburuk bagi edisi kali ini!

Batman v Superman: Dawn of Justice (2016) merupakan filem adiwira berasaskan kepada komik terbitan DC. Filem ini diarahkan oleh Zack Snyder. Walaupun menampilkan pelakon-pelakon berkualiti seperti Ben Affleck, Amy Adams dan Jesse Eisenberg serta mencapai kutipan USD873 juta, namun filem ini tetap salah sebuah filem terburuk tahun lalu.

Drity Grandpa (2016) merupakan sebuah filem komedi arahan Dan Mazer dan menampilkan Robert De Niro serta Zac Efron. Bagaimana De Niro boleh bersetuju untuk berlakon di dalam filem ini pun kita tidak tahu (cari makan barangkali). Filem ini menerima kritikan teruk, tetapi berjaya di box-office dengan kutipan keseluruhan USD100 juta.

Gods of Egypt (2016) merupakan sebuah filem fantasi arahan Alex Proyas mengenai kisah-kisah tipikal yang selalu kita tonton tentang Mesir di zaman purba. Filem ini dihasilkan dengan bajet sekitar USD140 juta namun hanya mampu mengaut kutipan USD150 juta sahaja.

Hillary’s America: The Secret History of the Democratic Party (2016) merupakan sebuah filem dokumentari politik yang memberi tumpuan kepada pencalonan Hillary Clinton sebagai Presiden Amerika Syarikat dan turut menyentuh mengenai sejarah Parti Demokrat. Filem ini diarahkan oleh Dinesh D’Souza dan Bruce Schooley.

Namun begitu, filem ini jelas merupakan satu serangan peribadi ke atas Hillary dan Parti Demokrat secara keseluruhan. Filem ini dilihat ramai pengkritik sebagai sesuatu yang paranoid dan tidak berdiri sebagai sebuah filem dokumentari yang baik.

Independence Day: Resurgence (2016) merupakan sebuah filem sains fiksyen arahan Roland Emmerich. Filem ini merupakan sekuel Independence Day yang dihasilkan pada tahun 1996. Walaupun dianggap sebagai filem terburuk, namun filem ini berjaya di box office dengan kutipan USD390 juta.

Zoolander 2 (2016) merupakan sebuah filem komedi arahan Ben Stiller dan merupakan sekuel kepada filem dengan tajuk yang sama pada 2001. Filem ini menampilkan Stiller, Owen Wilson, Will Ferrell, Penélope Cruz and Kristen Wiig. Filem yang dihasilkan dengan kos USD50 juta ini hanya mampu mengutip USD56 juta sahaja dan sudah tentu salah sebuah filem teruk tahun 2016.

Daniyal Kadir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Move On Lah Proton

Hibahkan Duit ASNB Anda Walaupun Dalam Tu Ada RM5 Sahaja