, ,

Filem-Filem Awal Aziz M. Osman. (Bukan Azizan Osman Tau)

Salah seorang pengarah filem Malaysia yang berpengaruh dalam era 1990an ialah Aziz M. Osman. Beliau menghasilkan filem-filem dengan nilai unik dan membawa dimensi baru kepada penceritaan filem di Malaysia.

Hari ini kita akan meninjau di antara lima filem terawal beliau yang disifatkan sebagai berpengaruh dan menarik untuk diperkatakan.

 

14516483_10205531813454818_6998386632699130884_n
Fenomena, 1990

Filem Fenomena mula ditayangkan di seluruh negara pada 31 Mei 1990 dan filem ini merupakan filem pertama arahan Aziz M. Osman.

Filem ini menampilkan M.Nasir dan Ramona Rahman sebagai pelakon utama, dibantu oleh Amy Search dan turut membuat kemunculan di dalam filem ini ialah anggota kumpulan Search yang lain.Filem ini mengisahkan seorang penggembaran wanita British yang lahir di Malaysia. Dia kembali ke Terengganu negeri yang menjadi tempatnya menghabiskan zaman kanak-kanak. Filem ini sarat dengan hal-hal spiritual dan nilai-nilai Melayu.

Judul asal filem ini ialah Isabella, yang juga nama watak lakonan Ramona dan merupakan lagu kegilaan ramai nyanyian Search pada waktu itu. Namun begitu, tajuk berkenaan terpaksa ditukar ke Fenomena kerana pada tahun yang sama turut muncul filem Isabella yang merupakan usaha sama Malaysia-Indonesia dan turut menampilkan Amy Search sebagai pelakon utama.

Fenomena meraih banyak anugerah semasa Festival Filem Malaysia Ke-9 (1991) dan anugerah yang dimenangi adalah seperti berikut:

Skor Muzik Terbaik – M. Nasir
Lagu Tema Terbaik – M. Nasir
Jurukamera Terbaik – Badaruddin Azmi
Penataan Bunyi Terbaik – Musa Idris
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Noramarina Zulkifli
Anugerah Khas Juri – Filem Box-Office

Filem ini juga popular dengan lagu Istana Menanti nyanyian Rahim Maarof.

XX Ray, 1992
XX Ray, 1992

Filem XX-Ray menemui penonton pada 24 Disember 1992 dan filem ini dilihat sebagai di antara filem terpenting untuk Aziz kerana beliau mengangkat genre fantasi di Malaysia ke tahap yang lebih baik.


Filem ini menampilkan Aziz, Faizal Hussein, Nor Aliah Lee dan Sharmaine Farouk sebagai pelakon utama. Filem ini turut dibantu Ibrahim Pendek, Edika Yusof, Shaharuddin Thamby dan Ebby Yus.

Filem ini mengisahkan Amir lakonan Aziz yang begitu obses dengan angkasa lepas dan dia kemudiannya mencipta sebuah helmet yang menggunakan kuasa tahi bintang. Helmet berkenaan membuatkan sesiapa yang memakainya mampu melihat menembusi apa sahaja. Namun, kesan sampingan helmet berkenaan membuatkan Amir menjadi halimunan.Filem ini memenangi beberapa anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-10 (1992) seperti berikut:

Skor Muzik Terbaik – Azman Abu Hassan
Pengarah Harapan – Aziz M. Osman
Anugerah Khas Juri – Penggunaan teknik kesan khas

14523017_10205531822175036_8479812308912792395_n
Femina, 1994

Filem Femina ditayangkan di panggung seluruh negara pada 13 Mac 1994 dan filem ini membawakan tema feminisme di Malaysia. Pemaparan semangat wanita dalam mempertahankan hak dan kewajaran menjadi isu utama yang dibentangkan. Amat menarik untuk melihat pengarah lelaki membikin filem tentang feminisme.

Filem ini menampilkan Eman Manan, Erma Fatima dan Susan Lankaster sebagai barisan pelakon utama.

Semasa Festival Filem Malaysia Ke-11 (1994) filem ini memenangi beberapa anugerah seperti berikut:

Pelakon Wanita Terbaik – Erma Fatima
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Susan Lankester
Penataan Seni Terbaik – Aziz M. Osman
Suntingan Terbaik – Aziz M. Osman
Skor Muzik Terbaik – Adnan Abu Hassan

14492469_10205531846215637_2697065254796465027_n
Fantasi, 1994

Filem Fantasi ditayangkan kepada penonton di Malaysia pada 13 Mac 1994, serentak dengan sebuah lagi filem Aziz sebelum ini, Femina.

Filem Fantasi diselubungi kontroversi berpanjangan dan itu menyebabkan filem ini ditangguhkan tayangannya. Judul asal filem ini ialah Fantasia dan versi asalnya telah diharamkan tayangan pada tahun 1991. Antara sebab utama filem ini diharamkan kerana dikatakan membawa pengaruh tahyul yang keterlaluan.

Pengharaman filem ini ditarik balik pada tahun 1994 selepas proses suntingan semula dan penjenamaan tajuk.

Filem ini berkisar tentang dendam zaman purba di antara mangsa dan pengamal ilmu syaitan. Dendam ini berlarutan dari zaman ke zaman sehingga ke dunia moden.

Antara babak kontroversi yang ditapis di dalam filem ini termasuk dialog sumpahan Nora dan Dara, penjelasan Kana tentang asal usul Ratu Silbi, adegan roh Dara memasuki jasad Nora dan pertemuan Nora dan Rahmat dengan roh Dara.

Selain itu, unsur-unsur nama watak yang diterbalikkan turut menarik perhatian seperti Silbi (iblis), Kana (anak), Natiahs (shaitan).

Filem ini memenangi Anugerah Khas Juri – Solekan Watak Terbaik semasa Festival Filem Malaysia Ke-11 (1994).

14520467_10205531852095784_8574879875007538627_n
Baginda, 1997

Baginda ditayangkan pada tahun 1997 dan memiliki kekuatan kerana membawakan filem guru dan Malaysia kurang membikin filem yang memberikan inspirasi seperti ini. Baginda membawakan sukan dan guru sebagai gabungan untuk memberikan kita kisah yang menarik untuk ditonton.

Filem ini menampilkan Jalil Hamid, Azean Irdawaty dan Jalaluddin Hassan sebagai watak utama dan filem ini mengisahkan kecekalan guru dalam membangunkan sekolah dan pelajarnya yang kelihatan mundur dan tidak bersemangat.

Seorang guru yang terbaik, sebuah kolej termundur. Satu tanggungjawab, seratus satu masalah!

Di Festival Filem Malaysia Ke-13 (1997) Jalil Hamid memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Manakala ketika di Anugerah Skrin Ke-3 (1998) filem ini memenangi anugerah seperti berikut:

Filem Terbaik
Pengarah Terbaik – Aziz M. Osman
Pelakon Wanita Terbaik – Azean Irdawaty

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *