in ,

Fattah Amin dan Fazura Untuk Noob

Nur Fazura Binti Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Nur Fazura  merupakan pelakon, pengacara, model dan penyanyi. Lahir pada 27 September 1983 di Pekan, Pahang. Anak ketiga daripada empat beradik. Beliau merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

Fazura belakon dalam beberapa cerita antaranya Gol dan Gincu, Pisau Cukur, Datin Diaries, Ezora, Tahajud Cinta, Kisah Cinta, Hero Seorang Cinderella dan banyak lagi.

Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, Fazura telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular 2016, juga pengiktirafan di Festival Filem Malaysia ke-17 bagi kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Bicara Hati dan Festival Filem Malaysia ke-28 bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta di Cappadoccia.

Fazura juga jurucakap dan duta bagi pelbagai produk seperti Pantene, Colgate dan Lux.

Pada Jun 2016, Fazura melangkah ke dunia perniagaan dengan melancarkan jenama tudung bawalnya yang tersendiri, Doll Scarves di ekspo fesyen Muslimah terbesar Brunei, BIFEX 2016.

Dalam bidang nyanyian, nama Fazura mula meletup sebagai penyanyi apabila nyanyian duet bersama Estranged dengan lagu Hancur Aku menjadi bualan ramai. Lagu paling terbaru adalah lagu Bisa Apa.dan lagu Cinderella.

Fazura dikatakan bercinta dengan pemenang Singapore Idol Musim 2, Hady Mirza pada awal 2007. Kemudian pada tahun 2013 pula, khabar angin mengatakan yang Fazura menjalin hubungan dengan pelakon, Shaheizy Sam. Seterusnya, Fazura dihangatkan dengan gosip bercinta dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ). Akhirnya, digosipkan dengan Fattah Amin.

Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Bin Mohd Amin merupakan salah seorang pelakon dan penyanyi lelaki di Malaysia ini. Lahir pada 14 September 1990 di Setiawangsa, KL. Fattah merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2012/13 dan telah terpilih sebagai pemenang.

Fattah mula menempah nama sebagai pelakon kegemaran ramai apabila telah memegang watak utama dalam siri drama popular Suri Hati Mr.Pilot.

Fattah merupakan duta bagi produk SAFI Men, Oppo dan Maydan.

Mempunyai sebuah café di Kota Damansara yang diberi nama Stalkers Café. Café ini menyediakan pelbagai makanan western.

Pada Februari 2017, telah berlangsung pelancaran buku himpunan kata-katanya yang diberi judul 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin. Bagi cetakan pertama buku tersebut, sebanyak 5000 naskah habis dijual dalam masa 10 hari. Buku tersebut telah dinobatkan sebagai buku paling popular tahun ini.

Pernah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Anugerah MeleTOP 2017 (AME2017) dan banyak lagi.

Gosip antara Fazura dan Fattah Amin mula diperkatakan sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella. Kini, dihangatkan lagi dengan berita pertunangan mereka dan akhirnya tular mengenai perkahwinan mereka pada malam semalam.

Jadi, tahniah diucapkan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Tiga Belas Hari Mengenal Iran Yang Kontroversi : Bahagian Tujuh

Pengabdi Setan Anti-Agama?