,

Fakta Yang Kau Perlu Tahu Tentang Hospital Sultanah Aminah

Fakta tentang Hospital Sultanah Aminah yang patut hang tau walaupun hang tak tinggal di Johor.

1. Hospital ini asalnya dibina pada tahun 1882 di kaki bukit berhampiran dengan asrama jururawat pada ketika itu. Pada waktu itu hanya mempunyai 1 wad sahaja.

2. 1929, sebuah wad 22 bilik dibina untuk pegawai-pegawai bangsa Eropah dan pengurus-pengurus ladang yang dinamakan “Officers Wards”

3. Pembukaan Rasmi dijadualkan pada 29hb Mei 1941 oleh DYMM Sultan Ibrahim tetapi terpaksa dibatalkan upacara itu pada saat-saat akhir.

4. Pesakit kusta di asingkan di sebuah khemah khas yang di namakan Leper Segregation Camp yang terletak di Batu Tiga Jalan Skudai. Pesakit perempuan pula ditempatkan di ‘Leper Asylum’ di Singapura.

5. Oleh sebab keadaan semakin sesak, pada tahun 1938, terbinalah sebuah bangunan hospital yang baru di Daerah Johor Bahru. Bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan seperti Jabatan Bendahari, Mahkamah, Polis, Penjara, Ukur, Laut, Perubatan dan Keretapi telah terletak di Bukit Zahrah Johor Bahru. Bangunan berkenaan telah diperbaiki untuk dijadikan hospital. Bangunan ini boleh memuatkan sebanyak 250 buah katil dinamakan “Civil Hospital”.

6. Idea rekabentuk hospital ini diperolehi daripada sebuah hospital di Nanking, China

7. Dikenali dengan nama General Hospital Johor Bahru dan diketuai oleh seorang Principal Medical Officer (P.M.O). P.M.O yang pertama ialah Dr. James Patrick Andrew Wilson.

8. Mempunyai pakar bedah pertama dari keturunan Asia di Negeri Johor dan juga Malaya ketika itu iaitu Mr. Yeoh Bon Choon (sekarang Dato’).

9. Perkhidmatan yang diberikan di General Hospital Johor Bahru pada peringkat awal adalah Perubatan Am, Perbidanan ( Obstetric ) dan Rawatan Pesakit Luar.

10. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pihak pentadbiran hospital telah bersetuju menukar nama hospital sebagai Rumah Sakit Umum, Johor Bahru selaras dengan saranan kerajaan mengutamakan bahasa melayu.

11. Pada 1961 Penguasa Perubatan sepenuh masa telah dilantik dan Dr. H.K. Ray adalah Penguasa Perubatan sepenuh masa pertama.

12. Nama Rumah Sakit Umum Johor Bahru ditukat pada 1970 kepada Hospital Besar Johor Bahru yang diilhamkan oleh un Sardon Jubir yang merupakan Menteri Kesihatan Malaysia ketika itu.

13. Pada 1984, barulah nama Hospital Besar JB ditukar menjadi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru sempena nama bonda DYMM Sultan Johor ketika itu.

14. Sehingga sekarang, hospital ini mempunyai lebih 2,000 katil wad dan punya lebih 150 doktor pakar dalam bidang berbeza.

Hospital ni sememangnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan telah menjadi institusi sosial yang terpenting dalam memberikan perkhidmatan kesihatan dan rawatan terhadap masyarakat khususnya masyarakat Johor.

Semoga segala urusan berkenaan Hospital Sultanah Aminah berikutan kebakaran yang berlaku akan dipermudah oleh Tuhan.

 

Mustaqim Mustapa

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *