in ,

Ernie Zakri Penyanyi Gempak Dengan Pakej ‘Brain And Vocal’

Pasti ramai antara kita yang tertanya-tanya siapa Ernie Zakri yang baru sahaja memenangi Vokal Terbaik di AJL32 baru-baru ini bersama Syamel dalam lagu Aku Cinta. Ramai jugalah yang ternganga melihat gadis ini menarik suaranya di arena tersebut.
2 kali Ernie menarik suara, pertama sewaktu korus, kemudiannya membuat ala soprano dan hampir seluruh yang ada termasuk yang menonton di Television terpukau dengan suaranya.

Ini adalah 5 perkara paling menarik tentang diri si Ernie dan mengapa beliau ada kawalan yang sangat hebat sehingga Syamel sendiri terpaksa mengaku yang Ernie memberinya semangat dan kekuatan semasa menyanyi bersama-sama.


1. Beliau memiliki Diploma Muzik (Vokal) dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

2. Kemudian menyambung Ijazah di dalam Sarjana Muzik, Universiti Malaya.

3. Beliau juga merupakan anak saudara sepupu kepada Ziana Zain, malah ayahnya Zakri Ahmad merupakan salah seorang ahli band yang dinamakan sebagai Kilat. Malah dikatakan memang iya beliau berguru dengan Ibu saudaranya itu dalam bab penguasaan pentas dan kawalan pentas.

4. Memulakan karier nyanyian secara serius pada tahun 2011 dengan Album Sinaran.
5. Beliau juga merupakan juara Bintang RTM pada tahun 2009.

Jika sebelum ini ramai nak bising-bising tentang artis tiada kelayakan akademik, Ernie antara bukti penyanyi juga mempunyai ‘brain and vocal’. Tahniah Ernie dan Syamel dari kami di Apemazing. Anda nyata seorang penyanyi dan menyelamatkan telinga kami semua malam itu!

Apemazing

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 50.000000%

Leave a Reply

13 Februari: Hari Pahlawan Orang Patani

Sebelum Pendidikan Seks, Ajari Ini Dulu Kepada Anak Anda!