in ,

English Kau Boleh Power Kalau Ikut Cara Ni

Gambar : FB Ahmad Firdaus

“English?! Ek… Aku tak reti la cakap orang putih!”

Jangan begitu dik. Walaupun Bahasa Melayu adalah Bahasa ibunda dan bahasa rasmi Malaysia, tak boleh dinafikan kepentingan Bahasa Inggeris.

Abang dulu pun bukan bagus sangat berbahasa Inggeris. Tapi abang cuba. Perlahan-perlahan. Kalau diikutkan, abang boleh fail subjek Bahasa Inggeris.

Noun.
Verb.
Pronoun.

Abang bukannya reti sangat nak susun ikut sususan bahasa semua tu. Meh abang kongsi tips untuk menguasai bahasa abang ni bukan guru Bahasa Inggeris terlatih, tapi MUET & IELTS punya markah boleh tahan la.

1. Baca. Baca. Baca.

Jangan baca Ujang. Jangan baca Crayon Sin Chan. Tapi baca akhbar Inggeris. Belek setiap muka surat. Mulakan dengan memahami headline. Jika tak tahu maksud ayat, buka kamus dwibahasa.

Lihat bagaimana ayat disusun. Perhatikan bila is & are digunakan. Bezakan was & were. Lama kelamaan, ia akan menjadi second nature. Apabila menulis karangan tak payah fikirkan pun mengenai past & present tense. Automatik keluar ayat.

2. “A word a day” book.

Simpan satu buku kecil. Setiap hari, cuba cari satu perkataan yang adik tak faham. Tulis dalam buku kecil dan cari maksud perkataan dan bagaimana ia digunakan dalam suatu ayat.

3. Tonton drama atau filem.

Ya. Lagi banyak tonton filem, lagi banyak boleh belajar. Tetapi jangan tengok siri Sayangku Kapten Mukhris atau Misiku Sado pula. Tonton filem Inggeris. Dalam iFlix, pasangkan setting ‘English subtitle’. Pada asalnya, agak sukar untuk tangkap dialog, tetapi lama kelamaan, akan jadi biasa.

4. Hayati lirik lagu.

Jangan pakai nyanyi sahaja, tetapi tak faham maksud lirik. Jadi macam Despacito pula. Dah ulang nyanyi Bahasa Spanish berpuluh kali, baru sedar maksud lagu lain daripada yang disangka. Hayati maksud lagu & ayat dalam lirik. Contoh yang baik seperti lagu Beauty and The Beast.

“Tale as old as time,
Tune as old as song,
Bittersweet and strange,
Findingyou can change,
Learning you were wrong”

Ayat yang digunakan sangat puitis dan cantik.

5. Praktis. Praktis. Praktis.

Jangan risaukan sangat jika sebutan tak betul. Lantakkan orang nak kutuk. Mula sedikit-sedikit. Tak perlu slang dan accent gedik macam King Coco. Accent Malaysian English pun dah dipopularkan oleh Dato Michelle Yeoh. Jadi jangan bimbang.

Cari rakan – rakan yang nak berubah dan praktikkan bersama mereka. Beri masa 6 bulan. InsyaAllah, akan nampak perbezaan dalam kebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Boleh kan? Abang bukan apa. Kadang-kadang tu rasa bimbang dengan netizen muda-muda ni. Hanya kerana ada sesuatu maklumat itu ditulis dalam Bahasa Inggeris, terus tak mahu baca dan letakkan komen.

“Bahasa Inggeris lah. Sorry la, saya tak reti. Boleh tolong explain?”

Jangan malas.
Perubahan di tangan anda.

DrĀ Ahmad Firdaus
Baru dapat aura jumpa cikgu English

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Selepas Ini Tiada Lagi Hanger Bersepah!

3 Fikiran Negatif Ini Patut Kau Buang Ke Sungai Berdekatan