in ,

Enam Sebab Kenapa Kau Perlu Sokong McGregor

Gambar: Business Insider

Kenapa aku tetap sokong Conor McGregor, seorang bekas tukang paip dari Dublin, walaupun aku yakin 99.9% dia akan kalah di tangan Floyd Mayweather?

• Sebab dia seorang yang berjiwa besar.

Anak pemandu teksi yang mulanya bekerja sebagai tukang paip dan pernah menerima duit subsidi. Cikgu dia pernah kata, dia ni mempunyai kebijaksanaan seorang peguam. Tapi disebabkan jiwa liar rempit, dia tak mahu sambung belajar. Itu pun dia berhenti kerja tukang paip sebab tak suka. Dia tak mahu akur dengan acuan masyarakat bahawa kita mesti bekerja, tak kira suka atau tidak. Dia nak kejar impian dan minat nak jadi seorang ‘MMA fighter’.

• Sebab dia tak mudah berpuas hati dengan satu tahap kejayaan saja.

Dia ‘MMA fighter’ pertama yang pegang dua tali pinggang juara kategori UFC pada masa yang sama. Dia pernah kalahkan Jose Aldo dengan ‘Knock Out punch’ tak sampai 30 saat pusingan pertama. Dah bungkus dua kategori MMA, kenapa tak cuba tinju pula kan?

• Sebab keberanian dia untuk keluar dari zon selesa.

Dia juara dua kategori di UFC. Selesa betul tu. Pertahankan kejuaraan, menang mudah, masuk poket $1-3 juta setiap kali perlawanan. Tapi kenapa dia cari nahas mencabar seorang juara tinju, antara yang terhebat dalam sejarah? Tak pernah kalah 49 perlawanan pula tu. Tinju bukan ‘forte’ dia. Peraturan dan teknik jauh berbeza, sampaikan saiz sarung tangan pun asing bagi dia. Tapi dia jalan terus, yakin dan berlatih. Sebab mungkin di zon selesa dia tu dah tak ada cabaran. Takkan nak jadi juara UFC sampai tiga kategori pula.

• Sebab kreativiti dia dalam PR, bisnes dan promosi.

Daripada segi gaya percakapan, fesyen, media sosial, semua menjurus kepada ‘building hype’ saja. Laman web dan media sosial bukan saja sukan dan MMA, tapi laman ‘hype’ dan ‘trend’ seperti Hypebeast dan Highsnobiety berbulan-bulan, hampir setiap hari muat naik cerita tentang perlawanan ni. Padahal kita dah boleh agak, banyak mana sangat ‘camp’ McGregor boleh bentuk dan siap sediakan dia dalam masa singkat.

Dia kalah, tapi nama dia jadi sebutan. Siapa yang dulu tak kenal McGregor pun tiba-tiba kenal. Lepas ni jual apa pun laku. ‘PR stunt like a champ’. Dan perlawanan ni lebih kepada perlawanan hiburan, jadi jualan tiket, PPV dan hasil pertaruhan tu nombor satu. Bukan sebab title sangat pun. ‘It’s all about the money’. Bukan dia orang berdua saja buat duit, pub-pub kat Melbourne hari ni full house!

• Sebab semangat dia untuk mencabar dan berdepan dengan sesuatu yang jauh lebih ‘besar’ dari diri dia.

Jelas Mayweather bukan lawan dia. Jelas dia dah mula pancit pada setiap minit kedua setiap pusingan. Tapi lagi sekali, dia jalan terus. Pusingan kelima dan seterusnya, nampak dia dah penat. Sampai perlawanan terpaksa dihentikan. Siap marah bila perlawanan dihentikan sebab dia nak kalah KO bukan TKO. Nak kalah dengan ‘pride’. Lawan sampai tumbang! Tapi secara peribadi, aku rasa dia boleh pergi lagi. Banyak perlawanan yang dah nazak pun masih diteruskan sebab masih mampu berdiri. Tapi mungkin ada faktor keselamatan yang diambil kira.

• Sebab sokong ‘underdog’ ni lebih seronok.

Nak sokong Mayweather yang masuk pakai topeng mesin rumput tu? Pergi mampus. Nampak sangat dia sengaja hulur leher untuk bagi ‘foul’ sebab McGregor kerap tersasul pergi ‘hammer’ belakang kepala. Dia punya taktik nak tarik perlawanan bagi penat tu aku malas cakap lah.

Semangat ‘nothing to lose’ Conor McGregor tu lain macam. Dan akhir sekali, erti sebuah kemenangan tu sangat subjektif.

Fadzli Fauzi

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

Leave a Reply

Kau Mungkin Terkejut Bila Tahu Lagu-Lagu Ini Sebenarnya Lagu Cover

Cekiklah Leher Kami, Ulat Tiket!