in ,

Empat Ikon Penerima Anugerah Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

Gambar : https://www.nst.com.my

Semalam merupakan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Kebawah duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mua’dzam Shah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat kepada para penerima sempena Sambutan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Antara yang menerima anugerah ini ialah artis-artis tanah air yang dianggap layak.

1) Siti Nurhaliza
Mendapat anugerah darjat kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri.

2) Eizlan Yusuf
Nama sebenar Datuk Idris Md. Yusuf, turut menerima anugerah (SSAP).

3) Jovian Mandagie
Merupakam pereka fesyen terkenal dan Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn. Bhd. menerima anugerah Darjat Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP).

4) Adi Putra
Nama sebenar Mohamed Hadi Putra Halim, merupakan pelakon tanah air, juga merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society menerima anugerah Darjat Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk.

Tahniah buat semua penerima anugerah.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Makan Untuk Kenyang, Bukan Untuk Sedap

Lemang To’Ki Kembali Dibuka