in ,

Elon Musk Ajar Cara Cross-Marketing Tahap Dewa Dengan Pelancaran SpaceX Falcon Heavy

Elon Musk bercita-cita membina dunia baru di Planet Merah. Cita-cita ini pada mulanya mendapat kritikan dan tidak cost-effective kerana sudah tentu ianya sangat mahal dan sangat sukar dihadam oleh minda logik manusia.

Untuk melancarkan roket ke Marikh menggunakan teknologi sedia ada merupakan satu cabaran besar. Bayangkan, untuk melancarkan misi ke space sahaja pun dah menelan belanja USD 50 juta. Ini belum lagi dikira roket yang digunakan tidak boleh digunakan semula. Kemudian Elon Musk mempunyai idea gila, iaitu mencipta roket yang boleh pergi dan balik berkali-kali. Sekurang-kurangnya roket yang mahal boleh diguna pakai berkali-kali dan mencapai ROI pantas.

Ujikaji untuk membina roket tersebut menemui banyak kegagalan dan menelan kos yang sangat besar. Sehingga SpaceX tidak ada lagi bajet untuk melancarkan eksperimen menguji roket.

Namun, kebijaksanaan Elon Musk sangat terserlah, apabila dia memilih untuk menonjolkan dirinya sebagai ‘manusia masa depan’ dengan cara membina kredibiliti diri sendiri dengan menaikkan jenama-jenama teknologi yang dibinanya (Tesla, Boring Company, etc) semata-mata untuk mendapatkan keyakinan dari pelabur dan kemudiannya menarik minat pelabur untuk melabur di SpaceX. (Strateginya lebih murah dari membuat eksperimen roket. Langkah penjimatan)

Strateginya berjaya apabila NASA memberi peruntukkan USD 1 billion untuk meneruskan R&D gila SpaceX. Ditambah lagi dengan pelaburan berpuluh billion USD dari pelabur. Akhirnya beliau berjaya membuktikan hipotesisnya dimana, tak mustahil roket yang terpakai boleh diguna semula. Malah boleh digunakan berkali-kali. Ia juga telah membuka mata ramai saintis dan hartawan dimana idea membina dunia baru tidak mustahil. Jambatan dan kenderaan ke sana sudah menjadi murah dengan adanya SpaceX! Nilai SpaceX kini adalah USD398 billion.

Kebijaksanaan seorang engineer + usahawan + marketer terserlah dengan kisah ini.

Hari ini peluang Elon Musk berterima kasih kepada team Tesla (syarikat kereta masa depan) dengan memberi hadiah yang sangat ternilai. Iaitu dengan cara menghantar Tesla Roadster ke space.Dengan cara percuma! Kos semua ditanggung oleh SpaceX. (Tesla telah menjadi ‘vehicle’ penting untuk Elon Musk menonjolkan dirinya)

Kepakaran ini digelar Holy Marketing Skills oleh sesetengah pengamal bidang pemasaran. Menggunakan kekreatifan untuk mendapatkan impak tinggi dengan kos yang murah.

Dengan pelancaran FalconHeavy yang menjadi tontonan masyarakat dunia, ditambah lagi rekod-rekod dunia yang dipecahkan, sudah tentu misi ini diingati dan menjadi buah mulut dunia untuk beratus tahun! Tesla tak perlu lagi membelanjakan duit pelabur mereka dalam marketing lagi jika mereka mahu. Berapa billion telah dijimatkan agaknya. Dan berapa kali ganda tempahan untuk kereta Tesla bakal masuk untuk hari ini.

Tahniah Elon Musk, SpaceX dan Tesla! Banyak buku-buku marketing dan silibus pembelajaran di universiti terpaksa menambah topik Omni-Channel Marketing dan Cross-Marketing dalam silibus mereka.

Untuk pakar ekonomi juga, ada ilmu baru untuk kita semua. Iaitu cara menggunakan bajet R&D untuk menanggung kos Creative Marketing.

 

Yang terpukau,
Elon Syahir Musk

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Prinsip Berkongsi Di Media Sosial

Fundamental Bitcoin Yang Tak Semua Orang Faham