in

Eksklusif: Mengapa Dato’ Siti Nurhaliza Dipilih Sebagai Duta Vivo 5?

Minggu lalu saya berkesempatan melihat sendiri bagaimana kesayangan Malaysia ini beraksi di pentas bersama dengan para peminatnya yang sanggup hadir menggunakan 5 buah bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Lipis, Pahang.

Apa yang menarik minat saya tentang beliau ialah bagaimana ikon yang seorang ini dikenali dalam dunia nyanyian seantero Tanah Melayu, dilantik menjadi duta bagi telefon mudah alih Vivo.

Vivo 5 yang dipaparkan di mana-mana poster dan kain rentang di seluruh negara mempunyai kamera hadapan lebih 20mp dan menjadikan gambar yang diambil secara swafoto nampak lebih jelas, menarik dan hebat.

Semasa penyampaian hadiah, beberapa kali mereka yang menang ini mahu berswafoto dengan Dato’ Siti, walaupun pengacara majlis berkali-kali memohon kerjasama dari para peminat, seperti biasa Dato’ Siti tetap melayan mereka dengan senyuman paling manis di dunia.

Ini antara yang saya belajar dari beliau tentang swafoto:

 

  1. Jika berswafoto secara berkumpulan, jarak yang memegang telefon perlu sekurang-kurangnya 1 meter dihadapan berbanding mereka yang berkumpul di belakang. Dengan telefon Vivo, wajah Dato’ Siti yang berdiri di belakang tetap nampak jelas dan menawan.

 

  1. Yang seronoknya, ada kalanya Dato’ Siti sendiri yang memegang telefon. Katanya “Okeh biar saya yang buat”. Ini membuktikan yang Dato’ Siti sangat hebat dalam mengambil gambar secara swafoto. Dan kawan, semua gambar yang beliau ambil, bapaklah cantiknya!

 

  1. Sewaktu kami bersoseh-soseh dengan para wartawan melihat keletah Dato’ Siti melayan para peminat berswafoto, salah seorang wartawan mengatakan yang Dato’ Siti antara yang sangat hebat mengambil ‘angle’ apabila berswafoto. Kami pun laju-laju membuka insta CTDK. Kahkahkah. Betul, Cuma kalian lihat sekarang juga, beliau cukup bijak memposisikan wajah, postur badan malah kedudukan telefon yang beliau pegang dengan sempurna!

 

  1. Dato’ Siti juga berswafoto dengan pilihan warna yang sesuai dengannya. Kalian lihatlah bagaimana beliau bijak mengambil gambar sendiri apabila memadankan pakaian dengan cuaca. Haaaa, ini yang kalian tentu tidak perasan, kan? Cuba lihat betul-betul apabila beliau berswafoto di bawah matahari dan pada waktu malam, kedudukan wajah Dato’ Siti berbeza-beza. Dan, semua gambar itu tetap cantik dan menampakkan keanggunan beliau.

 

  1. Akhir sekali, jika kalian perasan, ada antara gambar swafoto Dato Siti diambil secara swafoto namun gambar itu tidak kelihatan seperti berswafoto. Aha! Caranya ialah Dato’ Siti melaraskan kamera dan memastikan tangan beliau dan kedudukan badan tidak dapat dikesan oleh mata kita semua. Maka jadilah seperti bukan gambar swafoto. Power tak? Jika kau tak percaya, kau bukalah insta beliau!

 

Mungkin inilah punca mengapa Dato’ Siti diambil menjadi duta. Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza kerana berjaya setanding dengan para artis dunia yang menjadi duta Vivo seperti Ranver Singh (India) dan Stephen Curry (Filipina).

 

Oh ya, juga tahniah kerana berjaya menjayakan “Moh Balik Lepih” sebagai destinasi seterusnya program peminat SitiZoners! Ia sungguh mengagumkan. Tahniah!

 

Video Dato Siti Nurhaliza bersama Vivo di sini:

 

Khairul Hakimin Muhammad 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Hilang 3 Anak Kerana Telefon Bimbit. Kau Wajib Tonton Video Ini

Kuala Lumpur – Hatyai Dengan Bajet RM500? Tak Ada Masalah