, ,

Eksklusif: Kronologi Kes Buku Manifesto Komunis di IIBF 2016

whatsapp-image-2016-10-04-at-7-57-10-pm

1hb Oktober.
10.00 pagi – saya keluar sarapan di hotel.

10.30 pagi – berjalan kaki menuju ke IIBF 2016 bertempat di Jakarta Convention Centre.

10.45 pagi – memasuki IIBF 2016 dan mencari buku-buku idaman hati.

12.00 tengah hari – Mut ajak pergi makan. Saya, Pak Yusof Gajah, Cikgu Zul dan Zamir ikut pergi makan di kantin JCC. Kami makan nasi, Zamir makan Indo Mi.

1.15 tengah hari – Kami berjalan masuk semula ke JCC. Tiba-tiba En. Khair memaklumkan yang ada buku dirampas oleh seseorang yang beruniform TNI. Sekitar beberapa minit, Zamir dibawa ke kantor Polis terdekat. En Nizam En Rozlan dan En Sakri ada bersama. Mut ikut dan saya ikut kemudian.

1.20 tengah hari – Zamir beri penerangan yang buku Manifesto Komunis ini memang ya mengisahkan tentang kekejaman komunis di beberapa negara. Isunya ialah pihak Thukul Cetak dan ITBM tidak tahu menahu yang negara tersebut melarang sebarang logo komunis dipapar di tempat umum.

Pihak TNI memberi amaran yang perkara ini tidak boleh dimuat naik ke mana-mana media kerana bimbang terjadi kemarahan penduduk Indonesia. Berulang kali mereka katakan yang tidak boleh maklumkan kepada media.

Pihak TNI dan Polis mengambil gambar semua buku, gambar ke 4-4 mereka ini. Dengan semua maklumat diambil dengan cukup terperinci termasuk alamat di Malaysia, alamat di Jakarta siap nombor bilik semua.

2.30 petang – Zamir, En Sakri, En Nizam dan En Rozlan dibawa ke Polda menaiki kereta polis, Mut mengikut menggunakan kenderaan lain. Saya dan Cikgu Zul tunggu di JCC. Jika semua pergi, takut semua kena tahan.

Untuk makluman kawan-kawan, tidak ada langsung interigasi individu. Malah tidak ada juga passport yang dirampas. Ia hanya diambil untun dibuat salinan sahaja. Mereka dan delegasi bersama IKAPI menanti berjam-jam tanpa tahu apa yang berlaku dan apa yang mereka perlukan.

4.00 petang – Mut memaklumkan yang mereka perlu dibawa ke Imigresen pula. Setakat petang itu, tiada dakwaan dibuat. Ibu Kartini (Presiden IKAPI) juga datang memberi sokongan dan memaklumkan yang delegasi Malaysia tidak tahu menahu tentang larangan penggunaan logo komunis tersebut di dalam negara Indonesia.

6.30 petang – Di imigresen, sekali lagi tidak ada passport yang dirampas.

Oleh kerana hari itu adalah sabtu, maka pejabat imigresen telah tutup. Mereka ditahan lagi di sana dan kemudian dibebaskan dengan syarat perlu lapor diri pada pagi isnin di Polda.

8.45 malam – Kesemua 4-4 rakan kami ini bergerak balik kerana TIDAK PUNYA SEBAB UNTUK DITAHAN selepas menempuh siasatan lebih 6 jam. Yang berlaku hanyalah mereka bekerjasama dengan polis untuk beri keterangan sahaja. Hanya Zamir yang sempat makan (itupun maggi) yang lain tidak makan. Kami makan bersama di sebuah restoran di Jakarta termasuk En Sakri, En Nizam dan En Rozlan.

11.00 malam – Selesai makan, kami berpisah dengan dua kereta berbeza. Geng ITBM balik dengan kenderaan mereka, kami naik teksi pulang ke hotel.

Di dalam teksi, Mut bercerita sama pak pemandu tentang kami ditangkap dan disiasat. Pak Pemandu bilang, di Indonesia memang banyak korupsi. Sikit-sikit mahu wang.

Sampai di Hotel, kami tidak terus naik. Kami minum Es Limau apa entah di kaki lima hotel. Berempat. Mut, Cikgu Zul, saya dan Zamir. Baru sahaja mahu sedut air sejuk sedap tersebut, masing-masing terkejut apabila terima link di WhatsApp yang wajah ke 4-4 tertuduh yang ditahan siang tadi sudah dalam website Detik.

Ada dua link Detik yang mengatakan pihak Malaysia membawa buku yang mengundang kemarahan orang Indonesia.

Kami jadi panic seketika. Kami di beri amaran oleh TNI dan Polis tidak boleh sebarkan cerita, tiba-tiba cerita itu tersebar sendiri. Entah siapa punya kerja.

Malam itu kami semua pulang ke hotel dalam ketakutan jugalah.

2hb Oktober.
12.00 tengah malam – kesemua rakan-rakan tidur di bilik saya. Kerana bimbang ditangkap tanpa sebab di bilik mereka.

12.30 malam – Habib rakan peguam kami di Indonesia sampai. Ketika itu En Sakri dan En Nizam bertemu dengan pihak Imigresen yang datang ke hotel. Passport En Sakri diambil.

2.00 pagi – Rakan kami di Malaysia berjaya menghubungi kedutaan.

11.00 pagi – saya kembali ke JCC dan lihat Mut, Zamir dan Cikgu Zul sudah ada di Pavilion Malaysia. Kami masing-masing bercerita tentang kerjasama dengan TNI dan Polis semalam. Forum Penerbitan Indie Nusantara berjalan seperti biasa jam 12.00 tengah hari.

12.00 tengah hari – Kami cerita tentang kebangkitan buku-buku indie yang sangat bagus di dalam pasaran sekarang.

1.00 tengah hari – forum habis dengan hanya 1 soalan sahaja yang ditanya oleh audien. Ibu Kartini gembira sekali.

3.00 petang – kami makan di Jakarta. Selepas makan, saya terus pulang ke Kuala Lumpur. Kisah buku Komunis masih belum selesai kerana passport En Sakri masih diambil tanpa sebab.

Sekitar 10 malam, Puan Hafizah dari Berita Harian membuat sesi live interview bersama En Sakri menerangkan kronologi sebenar kejadian ini. Terima kasih banyak Puan!

Esoknya, dikhabarkan passport En Sakri diberi semula selepas beberapa jam dan beliau terpaksa membeli lebih 2 tiket untuk pulang ke Malaysia. Jujurnya, En Sakri memang hero kami semua. Beliau berhadapan dengan semua perkara ini dengan sebaik dan sesabar mungkin.

Buku Manifesto Komunis punya kesalahan dari cetakan muka hadapan yang mempunyai logo sahaja. Itu sahaja. Jika buku tersebut tidak menggunakan logo itu, ia ok. Buku tersebut tidak mengagungkan komunis, ia jelas bercerita tentang kekejaman yang dilakukannya.

Pemain Media Sosial yang suka bermain api dan menyalahkan satu sama lain. Hakikatnya memang terdapat kesalahan iaitu tidak membuat kajian terlebih dahulu. Cumanya, kesemua yang terlibat sudah disiasat dan sudah pun menjalani kehidupan biasa.

Semua orang belajar dalam kisah ini. Hentikanlah spekulasi pelik-pelik sampai ke tahap dunia politik bagai. Kami ke sana hanya berfikir tentang buku. Itu sahaja.

Kami semua mengucapkan terima kasih kepada En Khair, ITBM yang cukup banyak memberi sokongan, En. Sakri, En. Nizam dan En. Rozlan yang terus menerus bersabar dalam siasatan berlangsung.

Tidak ada kaitan politik. Tidak ada juga mana-mana sebab untuk membawa buku-buku kepada peperangan.

Buku sepatutnya menjadikan kita berkawan-kawan. Salah faham perlu diperbaiki sebaiknya. Kita semua belajar dan berikan yang terbaik.

Terima kasih,

En. Khair ITBM
Semua Petugas ITBM,
Semua Para Penerbit mewakili Pavilion Malaysia
Ibu Kartini, IKAPI,
Semua Penulis yang hadir di IIBF 2016 dan memberi sokongan.

Jalan terus dan membacalah!
(Tolong sebarkan).
Khairul Hakimin Muhammad
Sudah-sudahlah.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *