Eksklusif: Bagaimana Sindiket Pelacuran Mula Bertapak Di Kuala Lumpur

Latar belakang tentang bagaimana bermulanya sejarah rumah rumah pelacuran di Kuala Lumpur masih kabur walaupun pada ketika Kapitan Cina yang ketiga, Yap Ah Loy menerajui pemerintahan, memang terdapat rekod bertulis tentang kewujudan pusat pelacuran di sekitar selatan Kuala Lumpur. Jika Kapitan Cina yang pertama dan kedua sebelum Yap Ah Loy sudahpun menjadi towkay yang kaya, anggaplah bahawa telah wujud industri pelacuran berskala kecil.

Sewaktu kedatangan awal kelompok pelombong cina ke Kuala Lumpur, keadaan rumah, kedai menjual arak, tempat perjudian dan rumah pelacuran hanyalah perniagaan fizikal beratapkan rumbia. Frank Swettenham sendiri pernah menyatakan bahawa beliau tidak suka akan keadaan kawasan tersebut kerana kotor dan tidak selamat.

Kita mulakan cerita tentang kegiatan pelacuran di Kuala Lumpur setelah tamatnya perang Klang pada tahun 1873, lombong lombong timah di Kuala Lumpur rosak teruk atau musnah disebabkan oleh peperangan. Kuala Lumpur berjaya dibangunkan semula oleh Yap Ah Loy sebelum harga timah naik dengan mendadak pada tahun 1878 dan ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur terus berkembang. Perlu diingatkan tentang kedudukan pemilik pemilik lombong pada waktu itu bahawa mereka adalah orang golongan atasan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan anak anak buah mereka yang baru datang untuk menjalani kehidupan di tempat baru. Jadi, dengan ribuan pekerja lombong yang kebanyakkannya ialah lelaki, ini bermakna adalah sukar untuk melampiaskan nafsu mereka yang membuak buak.

Setelah penat seharian bekerja di lombong sekitar Kuala Lumpur, sumber hiburan pada waktu itu hanyalah perjudian, menghisap candu, meminum arak dan melanggani pelacur, dimana nisbah lelaki dan wanitanya adalah 10 lelaki 1 wanita.

Tahun 1886, atap rembia bertukar menjadi batu-bata. Jalan-jalan di kawasan itu telah dilebar dan diperbaharui dengan sistem perparitan yang lebih elok sehinggakan Weld melaporkan kepada London bahawa Kuala Lumpur sekarang ialah pekan Cina dan Melayu yang tercantik di Malaya dengan kedai kedai yang sudah dicat dengan pelbagai ukiran. Sewaktu program pembangunan semula masuk pada kemuncaknya, Kuala Lumpur mempunyai 15 kilang bata dan 6 kilang batu kapur untuk menggalakkan permintaan selaras dengan bekalan, manakala pemilik harta dikehendaki membina semula jalan sebagai blok.

 

Peta Lokasi Rumah Pelacuran Di Kuala Lumpur Sekitar Tahun 1930-an
Peta Lokasi Rumah Pelacuran Di Kuala Lumpur Sekitar Tahun 1930-an

 

Pada tahun 1900 sehinggalah pada tahun 1927, pelacuran dan pembinaan rumah-rumah pelacuran dibenarkan beroperasi dengan bebasnya tanpa sebarang sekatan

Tetapi keadaan rumah pelacuran ketika itu juga masih daif. Pegawai perubatan melaporkan bahawa rumah-rumah yang penuh dengan najis dan kotoran yang tidak mampu dicuci di bilik di mana wanita miskin itu tinggal adalah lebih buruk daripada kandang babi dan lampu digunakan sepanjang hari kerana terlalu gelap.

“Didapati bahawa kehidupan di rumah pelacuran tiada bezanya dengan kehidupan masyarakat miskin bandar dan juga seperti kehidupan di rumah-rumah kongsi buruh yang padat, tidak bersih serta ruang udara yang terhad. Menurut Hare, Secretary for the Chinese Affairs di Federated Malay States, sejak pemansuhan sistem pendaftaran pelacur dibawah Contagious Disease Ordinance, keadaan rumah pelacuran begitu daif khususnya dari segi kebersihan. Situasi ini dilihat berlaku di rumah pelacuran Cina di KL. Pegawai Kesihatan KL, Dr. Thornley, menggambarkan keadaan rumah pelacuran tersebut sebagai gelap dan berbau busuk terutama dibahagian sinki dan dapur disamping terdapatnya kedai menghisap candu, kedai makan dan kedai tilik nasib di bahagian bawah rumah pelacuran tersebut.

Begitu juga dengan kegiatan pelacuran. Sebagai menggantikan pemerintahan Yap Ah Loy, sesuatu yang pihak British tidak dapat elakkan ialah terpaksa memejam sebelah mata tentang rumah-rumah pelacuran pada waktu ini. Terdapat 300 pelacur di rumah pelacuran kepunyaan Yap Ah Loy sahaja. Apabila pegawai kesihatan membuat pemeriksaan, mereka menutup premis lama yang musnah dan perempuan berpindah ke rumah-rumah batu di High Street.

Kebanyakkan rumah pelacuran dibina berdekatan dengan gereja kecil dan di padang golf. Namun ia kemudiannya di tutup dan diubah ke kawasan Petaling Street pada tahun 1902 bagi tujuan penyusunan semula lokasi rumah-rumah pelacuran. Dalam perkembangan yang lain, bantahan turut timbul berkaitan dengan penempatan rumah pelacuran di High Street dan Sultan Street berhampiran Victoria Institution oleh pihak polis dan Pegawai Pelindung Orang Cina. Bantahan ini dibuat setelah melihat kepada ketidakbersihan rumah-rumah pelacuran ini selain wujudnya pergaduhan dan bunyi bising disekitar kawasan tersebut.

Diantara tahun 1927 sehingga 1930 sebelum semua rumah pelacuran tidak dibenarkan beroperasi, hanya rumah pelacuran yang “high class” sahaja yang dibenarkan beroperasi!

 

Bruce Tokey Kambing

Leave a Reply