in ,

Dulunya Tukang Urut, Hari Ini Penyanyi Terkenal

Gambar : FB Khairul Hakimin Muhammad

Saya sampai sahaja di The Loaf NU Sentral, Encik Azmi dan Isterinya sudah ada di situ. Saya beri salam dan kami bersembang kenal-kenal dahulu. Pasangan ini rupanya sweet ya amat, saling bersiku bertepuk tampar apabila masing-masing mengusik sesama sendiri.

Saya berjumpa Encik Azmi hanya sekadar nak baiki medan media sosialnya sahaja. Beri sedikit tips tentang dunia penulisan yang beliau dan isteri suka. Keduanya ini merupakan manusia yang Tuhan beri bakat yang kita semua inginkan, iaitu bakat seni suara.

Selepas buat itu ini, setkan begitu begini, saya mula bertanya beberapa perkara tentang Encik Azmi, dari fenomena Romancinta yang berlegar sekitar 2-3 tahun lepas apabila Encik Azmi dan Caliph Buskers membuat persembahan di AJL29 bersama Mojo dan ianya memberi sentuhan hati kepada seluruh rakyat Malaysia.

Boleh kata terpegun dan terkagumnya mendengar vokal dan persembahan beliau itu sangat-sangat luar jangka.

Saya bercakap dengan beliau, “kita biasa terserempak, namun saya segan nak tegur,” Beliau ketawa. Lalu isterinya pula menjawab, “Encik Khairul ni, tahu tak Azmi ni tak boleh tidur sebab nak jumpa Encik Khairul, dia suka sangat,” hahaha. Kami ketawa. Saya pula yang tersipu-sipu. Rupa-rupanya kami saling mengikuti perkembangan masing-masing.

Encik Azmi ini merupakan peminat muzik dari zaman sekolahnya lagi. Namun disebabkan beliau bukan sesenang mana, makanya beliau hanya menanam minatnya itu sahaja sendiri sehinggalah salah seorang pakciknya memberi beliau hadiah keyboard dan di situ bermula sebuah perjalanan yang panjang.

Beliau tidak pernah mengambil kelas vocal secara pro. Yang beliau lakukan ialah apabila dapat mendengar mana-mana rancangan reality nyanyian, beliau akan telitikan komen-komen dari juri, dan dari situ beliau akan belajar bagaimana nak kuasai ilmu seni suara.

Sekitar tahun 2010 beliau datang ke Kuala Lumpur untuk bersama dengan Persatuan Orang Buta Malaysia mengambil kursus kemahiran. Di situ beliau sempat belajar teknik mengurut dan akhirnya Encik Azmi berjaya menjadi tukang urut beberapa tahun.

Sambil-sambil mengurut, Encik Azmi akan menyanyi di sekitar Kuala Lumpur. Menariknya persembahan pertamanya itu sudah mula mendapat perhatian. Itu sekadar 2 kali sebulan sahaja. sehinggalah beliau dijemput oleh Edry untuk menyertai AJL, dan secara total kehidupannya bersama Caliph Buskers berubah habis.

Katanya menyanyi di Sogo atau mana-mana area buskers yang mereka pilih adalah sebuah persembahan yang dibuat betul-betul. Beliau suka orang dapat duduk dan lihat persembahan mereka. Bukan sekadar lalu lalang. Itu adalah penghargaan besar kepada bakat-bakat mereka ini.

Saya kagum benar dengan semangat yang beliau ada. semasa kami buat setting di telefon, Encik Azmi meletakkan telefonnya di telinga kemudiannya mendengar arahan demi arahan telefon tersebut dan kemudian membuat tetapan semuanya menggunakan suara yang beliau dengarkan.

Kemudiannya apabila kami mendengar kisah beliau, tentang bakat, tentang usaha dan tentang teruslah gembira dengan apa yang sedang ada dan akan ada, saya jadi terdiam. Beberapa kali kami tiba-tiba sahaja jadi sepi semua tidak bercakap kerana apa yang keluar dari mulut Encik Azmi adalah sebuah mutiara yang perlu ada pada setiap manusia, iaitu sebuah bahagia.

Kami berpisah di situ selepas saling bercerita tentang kisah kami. Saya mohon izin mahu bercerita tentang beliau di wall saya dan beliau izinkan. Syukur. Demi Tuhan, yang saya bersyukur dapat berjumpa insan ini ialah usaha beliau untuk menguasai sesuatu ilmu.

Encik Azmi tidak menampakkan beliau tidak mampu apa-apa, saya yakin beliau boleh lakukan apa sahaja. Beliau jadikan kekurangan dalam dirinya itu sebuah kelebihan. Yang mana segala itu mengatasi apa sahaja kelemahan beliau dan akhirnya hari ini seluruh negara mengenalinya sebagai penyanyi yang sangat berbakat dan sangat memberi inspirasi kepada dunia seni suara.

Yang saya dapat belajar dari beliau ialah,

Pertama, semangat yang beliau ada. Lunturnya tidak, pudarnya pun tidak. Ia menyinari setiap hari dengan cahaya-cahaya entah datang dari mana-mana. Yakinnya beliau terhadap semangat itu adalah keyakinan penuh kepada Tuhan. yang di situlah keupayaan yang beliau ada untuk teruskan kehidupan seperti manusia biasa.

Ke-dua, belajar tanpa mengira di medan mana. Janji belajar. Saya lihat beliau memang sangat suka belajar. Beliau mengikuti tulisan saya dan boleh sebut itu ini begitu begini dan tahap ketelitian seperti ini bukan biasa-biasa. Ini orang yang sentiasa belajar dan belajar dan segala yang beliau ada itu adalah ruang besar yang masih boleh disumbat-sumbat untuk jadikan beliau lebih baik dari masa ke semasa.

Ke-tiga, berbahagia dengan apa yang ada. sepanjang kami bersembang, insan ini, isterinya dan pembantunya, ketawa memanjang. Ada sahaja momen-momen usik mengusik, malah punchline yang mereka buat di luar jangkaan saya. Kami siap berdekah-dekah di restoran tersebut. Iya kawan, bahagia adalah sebuah istimewa yang Tuhan beri kepada kita semua. dan itulah pemangkin kepada usaha, belajar dan juga semangat.

Teruskan menyanyi Encik Azmi Saat, terbaru dari beliau ialah ‘Kata Juang’, iya, teruskan berjuang! Kami sokong sentiasa. Terus berdiri bersama-sama kalian!

Mudah-mudahan dengan segala inspirasi yang diluahkan kepada kami, memberi balas dari Allah yang baik-baik kepada kalian juga.

Amin!

Khairul Hakimin Muhammad
Lamanya tak dapat momen begini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

13 Fakta Yang Tidak Diketahui Tentang Masjid Nabawi Yang Agung

Kau Perlu Sedar Kenapa Pentingnya Menjaga Alam Sekitar