in ,

Dua Kali Tiga Betul, Tiga Kali Dua Salah?

Sebab isu darab-darab (x) ini naik. Dua kali lima betul, lima kali dua salah dan sebagainya. Pada pandangan aku, mana-mana pendaraban pun tak salah. Berkenaan isu matematik darab-darab yang baru naik ini, aku dapat penjelasan sebenarnya sekolah nak ajar budak teknik kumpulan x bilangan macam panjang x lebar.

Tapi salah ke kalau terbalik? Bilangan x kumpulan atau lebar x panjang? Tentulah tak salah.

Jadi soalan matematik itu tak minta hasil pun, diorang minta ayat matematik. Jadi, sama ada bilangan x kumpulan ataupun kumpulan x bilangan.

Secara sejagatnya, dua-dua ayat matematik tak salah sebab hasilnya sama. Tapi mungkin sebab piawaian tertentu, mereka nak budak gunakan saja kumpulan x bilangan.

Macam kita guna unit kilogram, second, celcius. Sedangkan di Amerika, mereka guna pound bagi berat, miles bagi jarak dan farenheit bagi suhu.

Salah kalau Amerika guna lain, kita guna lain? Tentulah tak salah. Tapi sebab piawaian.

Cuma penjelasan aku dapat, cikgu pun akan ajar juga budak itu bahawa 2×5 = 5×2. Cuma, mereka nak tetapkan budak itu kalau kira, kira kumpulan dulu baru kali dengan bilangan. Bukannya salah kalau buat terbalik. Cuma nak tetapkan piawaian. Dalam fizik pun untuk unit tenaga, tak salah pun aku nak guna Joule.Second. Tapi piawaian selalu letakkan electronvolt.

Macam panjang x lebar juga. Kita beli barang kat kedai, bila kita minta papan 2×5, automatik orang faham 2m itu panjang dan 5m itu lebar. Orang takkan fikir terbalik

Sebab piawaiannya begitu. Mungkin nak melatih supaya mengikut piawaian dalam masa yang sama faham konsep. Sebelum sistem antarabangsa dibangunkan ketika Revolusi Perancis, satu dunia tidak mempunyai sistem yang sejagat. Piawaian berat dan piawaian panjang semua tak sama.

Lebar bagi negara India dan lebar negara China tak sama. Berat bagi negara Itali dan berat bagi negara England tak sama. Setiap negara dan wilayah tidak mempunyai piawaian tertentu untuk menentukan benda ini.

Malah, sistem nombor pun tiada piawaian. Sistem nombor India, China, Eropah, dan Arab semua tak sama. Cuma, waktu Zaman Pertengahan, sistem nombor di Eropah, iaitu nombor Roman telah digantikan dengan sistem Arab-Hindu.

Maka, masa itu hampir separuh dunia menggunakan sistem nombor Arab-Hindu. Jadi, sistem nombor sudah mula ada piawaian.

Cuma sistem ukuran saja masih belum tetap. Ramai sarjana macam John Wilkins contohnya cuba untuk menetapkan piawaian bagi ukuran berat, panjang, kelajuan, masa dan lain-lain untuk memudahkan urusan manusia.

Tapi usaha-usaha mereka gagal. Malah, di Perancis saja dah mempunyai pelbagai piawaian unit ukuran berbeza-beza. Pada tahun 1789, malapetaka berlaku akibat daripada tiada piawaian ukuran unit ini.

Masa berlaku Revolusi Perancis, ia bukan saja nak tumbangkan kuasa monarki, tapi nak ubah masyarakat secara keseluruhan. Sistem kalendar nak tukar, sistem ekonomi nak tukar, sistem sosial nak tukar. Macam-macam nak tukar. Bukan main-main.

Jadi, sistem unit ini pun mereka nak buat piawaian sebab terlalu banyak unit ukuran yang menyerabutkan urusan ekonomi dan kewangan negara.

Akademi Sains mengadakan mesyuarat untuk reformasi sistem unit ini. Piawaian lama merujuk pihak autoriti ataupun tradisi tertentu untuk menentukan unit ukuran. Jadi, Akademi Sains ini nak gunakan matematik dan alam sebagai piawaian unit. Inilah dia sistem metrik.

Contohnya, mereka ambil ukuran satu meter sama dengan jarak cahaya bergerak dalam vakum dalam tempoh 1/299792458 saat. Satu saat pula sama dengan tempoh caesium-133 atom bergerak dari satu tingkat hingga ke tingkat dasar sebanyak 9192631770 kali.

Masa Revolusi Perancis, benda ini penting dari sudut politik juga. Dengan adanya piawaian unit, ahli politk tak dapat manipulasi ukuran sesuka hati mereka untuk mendapatkan keuntungan dan menindas rakyat.

Masa proses nak adaptasi unit baru ini, ia tak mudah apabila rakyat pun belum dapat adaptasi dengan baik. Bila mereka guna unit baru yang Akademi Sains bawa, mereka juga terguna unit-unit lama.

Masa ini cuma Perancis saja nak tetapkan piawaian supaya memudahkan urusan mereka. Sewaktu pemerintahan Napoleon, unit baru ini (sistem metrik) telah merebak ke seluruh Eropah.

Akhirnya, masa itu mereka sedar pentingnya untuk tetapkan piawaian unit apabila Era Perdagangan Antarabangsa mula berkembang.

Sewaktu Zaman Penjajahan, sistem metrik berkembang ke seluruh dunia. Masa itu cuma U.K saja tak nak guna. Mereka nak guna sistem lama. Tapi lama-lama mereka transform.

Tapi mereka lambat transform sebab Amerika yang dulunya koloni Britain, masih mengamalkan sistem imperial (sistem lama UK) bagi unit mereka sehingga kini.

Kini, cuma tiga buah negara saja yang tak amalkan sistem meterik, iaitu Amerika Syarikat, Liberia dan Myanmar.

Jadi, apa kepentingan piawaian unit ini?

Masa tahun 1999, NASA ada hantar satelit ke orbit Marikh. Projek ini bernilai 200 juta dollar. Tapi satelit itu terhempas ke Marikh.

Pasal apa?

Sebab berlaku ralat masa nak tukar unit. Kekeliruan berlaku antara unit metrik dan unit imperial. Nampak tak? Rugi berjuta dollar hanya sebab silap tukar unit.

Tapi nak beritahu juga, piawaian unit bagi unit imperial dan unit metrik tentulah tak sama. Manalah sama 1 KG dengan 1 pound. Tak samalah juga 1 darjah celcius dan 1 darjah farenheit.

Bagi kosong untuk budak itu tak patut kot. Dapat separuh pun okey. Sebab dia faham konsep darab.

Zamir Mohyedin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Segera Tukar Nama Laut Kita Kepada Laut Malaysia Raya

Menangis Kerana Babi