in ,

Diari Jemaah Haji 2017 – Hari Pertama

Menjelajah

 

Cabaran pertama yang para jemaah haji perlu bersedia dari segi mental dan fizikal adalah perjalanan hari pertama. Ianya boleh jadi perjalanan paling panjang dalam sejarah hidup kita.

Saya jadikan jadual saya sebagai contoh rujukan tuan-tuan.

Sebelum pergi, elok ambil additional shot seperti flu shot, it helps.

Pada hari kejadian, selepas subuh sudah mula bertolak ke Kelana Jaya untuk menyelesaikan urusan pendaftaran. Lapor diri saya jam 11, digalakkan tiba di sana 2-3 jam lebih awal untuk urusan pendaftaran.

Urusan pendaftaran dan taklimat biasanya akan mengambil beberapa jam. Pastikan tuan – tuan sudah bersarapan kerana makan tengahari tidak disediakan. Di Kelana Jaya ada tempat makan, tapi elok sudah sedia makan di rumah atau di tempat lain, sebab suasana agak sesak.

Elok bawa tikar sendiri sebab tempat duduk adalah sangat limited. Parking juga susah, jadi elok naik Grab/Uber/teksi.

Kalau yang terus ke Mekah, kita akan terus berihram dari rumah (bagai lelaki). Boleh pakai Tshirt di dalam sementara menunggu tempat Miqat (tempat bermula niat dan rukun ihram) di Qarnul Manazil (kira – kira sejam sebelum touchdown di keddah). Kalau yang dari Madinah, miqatnya adalah di Bir Ali, berhampiran Madinah.

Secara totalnya perjalanan dari rumah saya ke hotel di Mekah mengambil masa lebih 30 jam.

Kena banyak bersabar. Memang banyak perkara yang boleh kacau emosi, tapi ingat itu adalah sebahagian dari cabaran haji.

Stay hidrated. Banyakkan minum air. Bawa banyak makanan ringan seperti coklat untuk snacking. Sebab masa makn dah tak menentu. Bawa gula gula hacks especially yang ada selsema. Ini untuk beri kelegaan semasa dalam kapal terbang.

Kita akan ada banyak masa menunggu. Setiap pergerakan akan ambil masa beberapa jam. Jangan dibiarkan kosong kerana syaitan akan ganggu emosi kita. Isi dengan berzikir, istighfar, bacaan Alquran, baca buku ataupun berkenalan dengan jemaah lain. Ataupun tidur. Perjalanan lama, jadi kena pandai cari masa tidur sendiri.

Memang tak selesa, rasa rimas, rasa melekik, rasa mengantuk, tapi sabarlah. Hanya untuk beberapa ketika.

Sampai semalam ada yang kerjakan haji tamattu’. Ada yang memilih Ifrad. Dua – dua tidak salah dan menepati hadith. Saya sendiri memilih tamattu’ kerana memang berniat untuk membayar dam (sekirar RM 400 lebih – harga seekor kambing) untuk tujuan sedekah, dan dapat bersalin ihram seketika dapat memberikan sedikit kelegaan psikologi.

Alrite itu sahaja, for first day – travelling day. Saya akan update lagi insya Allah.

Dijemput para alumni Haji untuk kongsikan pengalaman juga bagi panduan rakan – rakan kita yang akan menyusul di masa hadapan

Azmil Abrar

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Cekiklah Leher Kami, Ulat Tiket!

Hari Isnin Kita Cuti!