in ,

Diari Jemaah Haji 2017 – Bahagian Kedua

Ini gambar saya sedang tidur di luar khemah di Mina diambil oleh rakan sekhemah saya.

Ruang yang ada adalah di sebelah tong sampah berpusat. Dan ianya terletak di pintu masuk ke penempatan kami. Sebagai light sleeper saya terjaga beberapa kali bila ada yang berjalan dengan kuat atau bercakap – cakap. Bau sampah tak payah cakaplah. Dengan debu, sejuk malam lagi.

Khemah kami terlalu penuh sehingga memaksa sebahagian dari kami untuk volunteer tidur di luar. Walaupun telah tidur bahu ke bahu, masih lagi tidak muat. Khemah yang biasanya memuatkan 12-14 orang telah menjadi 18 orang. Sebagai jemaah paling muda dalam khemah saya, selayaknya saya mendahulukan para seniors yang lebih memerlukan.

Rasa nak merungut? Of course ada.
Rasa geram. Tak dapat saya nafikan.

Sampai terlintas di kepala saya, “Apa masalah Tabung Haji ni? Tak kira betul – betul ke? Aku ni dahlah tengah sakit kaki, sakit badan, macam macam sakit, kena tidur luar lagi.” Bengang, geram, marah, kecewa semua ada.

Bukan saya sorang, tetapi beberapa jemaah lain di khemah yang sama turut kena tidur luar. Cuma saya lihat jemaah muda banyak mengalah.

Tapi saya istighfar dan berusaha membuat fact finding sendiri kenapa benda ini boleh berlaku, dan saya mendapati beberapa perkara:

1) Penempatan di Mina bukan diuruskan Tabung Haji, tetapi oleh organisasi The Establishment of Motawifs of South East Asia Pilgrims yang dikenali secara mudah sebagai Muasasah Asia Tenggara.

http://www.haj.gov.sa/…/…/ArbabAlTawaif/pages/southeast.aspx

2) Kuota Haji Malaysia 2013 – 2016 adalah 22,230 orang setahun.

3) Namun tahun ini, atas hubungan yang makin erat antara Kerajaan Saudi dan Malaysia, pada mulanya kuota ditambah kepada 30,200 asalnya.

http://www.astroawani.com/…/kuota-haji-malaysia-tahun-ini-d…

Justeru, persiapan adalah diusahakan Tabung Haji dan Muasassah Asia Tenggara untuk memenuhi jemaah berjumlah 30,200 orang.

4) Pada saat akhir, Raja Salman berkenan untuk memberi kuota tambahan untuk mengerjakan haji dan sejumlah 12,000 tempat lagi diberikan pada Malaysia menjadikan total 42,200. Pertambahan sebanyak 19,920 tempat! Hampir 100 peratus dari kuota tahun – tahun sebelumnya!

http://www.mstar.com.my/…/berita-se…/2017/09/01/jemaah-msia/

Peningkatan mengejut ini, membolehkan Tabung Haji untuk mengeluarkan surat tawaran haji tambahan. Penerbangan akhir yang dijadualkan pada asalnya 24 Ogos menjadi 28 Ogos. Cuma adjustment sukar dibuat di Arafah, Muzdalifah dan Mina kerana faktor tempat. Jemaah makin bertambah, tetapi ruang kawasan itu sangat terhad kerana kawasannya telah ditetapkan syariah. Dan dalam masa suntuk, tak banyak adjustment boleh dibuat. Kebanyakan kami di dalam trip KT80 ini baru menerima surat beberapa hari sebelum terbang.

Dan antara penerima manfaat dari pertambahan kuota saat akhir ini adalah saya sendiri. Kalau tidak kerana pertambahan ini, mungkin saya juga tidak akan menerima panggilan haji tahun ini.

Ianya membuat saya terduduk sejenak. Saya akan berada di Tanah Suci selama 40 hari. Ketidakselesaan ini hanyalah untuk tempoh sekitar 5-6 hari, selebihnya 30 lebih hari saya ditempatkan dengan selesa di hotel.

Ketiadaan tempat tidur di malam hari ini juga saya gunakan dengan berjalan – jalan sekitar Mina bagi mengisi masa menunggu Subuh. Masya Allah, begitu ramai jemaah negara lain yang tidur bergelimpangan di tepi – tepi jalan raya. Kalau mereka boleh cekal, kenapa saya nak merungut.

Kalau diberi pilihan sebelum saya datang ke sini, 6 hari dengan tidur tidak selesa, dan bilik airnya yang punya panjang beratur, atau diberi peluang untuk mengerjakan haji, saya tetap akan jawab, saya akan tahan 6 hari tu, dan berilah saya peluang menunaikan haji. Belum pasti lagi tahun – tahun akan datang, saya akan diberi peluang. Dan saya percaya itu juga akan jadi jawapan ramai rakan – rakan saya, terutamanya yang belum pernah mengerjakan haji.

Saya juga percaya bahawa ini ada hikmahnya. Dan saya yakin Allah akan turut menilai kesukaran yang dihadapi ini.

Dan saya yakin bahawa pertambahan kuota saat akhir ini juga mengejutkan Tabung Haji, dan saya yakin bahawa mereka akan lebih well prepare in future.

Terima Kasih Tabung Haji kerana masih sudi menerima kami saat akhir dan cuba sedaya upaya, atas keterhadan yang ada untuk accommodate kami.

Terima Kasih Muassasah Asia Tenggara kerana kerap berusaha mencari jalan menyediakan.

Terima Kasih Kerajaan Arab Saudi di atas kesudian memberikan kuota tambahan.

Kepada rakan – rakan jamaah, sama – sama kita ambil positif, dan bertekad serta berusaha untuk memabrurkan haji ini. Kesukaran adalah rencah yang memaniskan ibadah ini. Insya Allah satu hari nanti, kita akan lihat kebelakang dan tersenyum dengan fasa yang sedang dilalui sekarang.

Pohon doa semua agar urusan haji kami dimudahkan dan mabrur.

Azmil Abrar

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 50.000000%

Leave a Reply

Anak Warga Asing Disusukan, Anak Kita Mati Kelaparan

Diari Jemaah Haji 2017 – Bahagian Terakhir