in ,

Diari Jemaah Haji 2017 – Bahagian Terakhir

Gambar: Official : Lembaga Tabung Haji

Alhamdulillah, ketika saya menulis ini, para jemaah telah kembali semula ke Mekah dari Mina bagi menyelesaikan proses haji.

Izinkan saya berkongsi sedikit tips.

“Survival Bersama di Arafah, Muzdalifah dan Mina”.

Trip ini akan mengambil masa 6 hari. Di sinilah bermulanya Rukun Haji yang sebenar. Dan bermulanya cabaran yang besar. Kita akan sentiasa dipesan, bermulalah proses kurang tidur, mandi, keselesaan dan sebagainya. Tetapi sentiasa ingat dalam hati bahawa segala kesulitan dan kepayahan ini berpahala, sebab 6 hari ini kita adalah Tetamu Allah. Sabar, dan dosa kita akan terlerai insya Allah.

Berikut adalah some tips untuk membantu persediaan. Sebagai pemahaman visual, basically ianya adalah perpindahan dari duduk di hotel, kepada camping. Jadi sepertimana perkhemahan lain, fasiliti adalah minimal dan dikongsi beramai. Dan orangnya memang ramai.

Key point adalah survival bersama. Kita mungkin kuat dan sihat, tetapi beri perhatian juga kepada jemaah berusia yang memerlukan bantuan. Sebab itu saya letakkan tajuk penulisan ini survival bersama.

Sebagai persiapan, selain dari ihram yang kita pakai, bawa bersama:

1) Sepasang baju dan seluar salin untuk dipakai selepas tahallul awal. Atas faktor cuaca, digalakkan pakai Tshirt nipis seperti pagoda. Baju ini kita akan pakai untuk sekurang – kurangnya 3 hari.

2) TH biasanya akan sediakan sejadah plastik yang kita double up sebagai alas tidur. Boleh pakai yang tu, atau ada sesetengah jemaah, mereka beli sendiri sejadah berspan. Itu agak selesa. Bawa itu sekali.

3) Ada yang bawa bantal tengkuk untuk keselesaan. Kalau tiada, lepas bersalin ihram boleh pakai ihram sebagai bantal. Ataupun kalau tiada, pakai beg pun okay.

4) Bawa spray air. Boleh guna untuk wuduk atau spray semasa panas. Nak wuduk di tempat wuduk pun boleh, tapi ianya centralise dan mungkin kena jalan dan beratur sedikit.

5) Makanan disediakan 3kali sehari. Biskut dan uncang kopi/teh disediakan. Tapi saya cadang, elok jangan minum kopi teh atas faktor toilet. Sebagai tambahan, elok bawa maggi cawan dan gula gula untuk tekak seperti hacks dan strepsils. Bawak lebih pun takpa, boleh sharing. Apa yang ada kita kongsikan. Halalkan sahaja. Air Mineral biasanya dibekalkan. Minum selagi boleh, stay hidrated. Makan boleh bersederhana. Makan kurang lapar, makan banyak nak kena cari toilet.

6) Walking atau sport shoes untuk selepas ihram bagi berjalan ke tempat melontar.

7) Minimalkan luggage sebab banyak pergerakan turun naik bas dan berjalan, serta space constraint di khemah. Kalau boleh bawa satu beg sahaja. Pakai sahaja beg yang diberikan Tabung Haji. Biasanya TH akan beri satu beg tarik dan satu sling bag. Cukuplah. Ringankan ia.

8) Bawa Alquran dan Buku untuk mengisi masa lapang. Kalau seperti saya, saya install semua dalam phone. Jadi semua bahan bacaan ada dalam phone. Jadi ruang dapat dijimatkan. Cuma saya pastikan sebelum bertolak phone telah di caj, dan saya bawa bersama dua power bank sebab tiada tempat untuk caj.

9) Bawalah tali untuk tujuan gantung tuala, tudung dan sebagainya.

10) Tulis nama pada kain ihram, sejadah, selipar dan sebagainya guna marker. Takut tertukar.

11) Nak bawa Ihram salin boleh. Tak bawak pun takpa. Kalau takut kena najis, bawaklah spare separuh atau satu set. Kalau tak, tidak perlu.

12) Bersedia untuk tidak mandi. Walaupun toilet ada, tetapi kita utamakanlah orang yang ingin membuang air kecil dan besar sebab line panjang.

13) Jangan lupa pantang larang ihram. Jika dilanggar kena bayar dam.

14) Bawa ubat, panadol, vitamin c dan sebagainya.

Day 1 – Arafah (8 Zulhijjah)

Siapa yang berhaji tamattu’, perlu salin pakai ihram dan mulakan berniat.

Jika haji ifrad, teruskan sahaja.

Dari hotel kita akan dibawa ke Arafah untuk bermalam di sana. Perjalanan sekitar 2 jam. Ini yang ikut muasasah. Ada sesetengah pakej akan bawa kita ke Mina. Sunatnya memang ke Mina, tetapi atas faktor maslahah dan kemudahan pergerakan dan logistik, kita akan dibawa ke Arafah terus oleh TH. Ini memudahkan kita juga.

Di Arafah kita akan ditempatkan di dalam satu khemah besar. Anggaran sekitar 300 orang satu khemah kalau tidak silap. Khemah dilengkapi dengan kipas besar. Doakan kipas elok. Sebab sesetengah kami diuji dengan kipas rosak. Jadi terbaik adalah duduk dan tidur luar khemah.

Cabaran paling besar Haji adalah Arafah sebab faktor cuaca. Tapi bersabar sedikit sebab kita nak tunggu moment besar esoknya.

Tiada ibadah sunat khusus untuk hari ini. Isilah dengan Quran/Zikir/Membaca/Bermuamalah/Rehat.

Tidurlah rapat – rapat, bahu ke bahu. Janganlah ambil space ikut sejadah plastik. Mungkin dua sejadah plastik untuk tiga orang.

Day 2 – Arafah (9 Zulhijjah)

Pagi macam biasa. Tiada ibadah sunat khusus. Pastikan anda rehat cukup, mandi dan sebagainya.

Moment besarnya adalah bermula Zuhur. Mula dengan khutbah Arafah, Solat Jamak Zuhur dan Asar dan terus berdoa sehingga waktu Maghrib.

Inilah big moment yang dijanjikan bahawa Allah akan makbulkan segala doa. Gunakan setiap saat.

Cuma, belajar dari kesilapan saya. Iaitu disebabkan terlalu teruja, saya terus berdiri di luar berdoa lepas Zuhur. Walaupun afdal, tetapi kulit saya jadi merah terbakar serta menggelupas dan pedih kena air. Eloknya seperti jemaah lain, berdoa dalam khemah dahulu dan tunggu sehingga Asar ketika keadaan cuaca mula reda sedikit. Waktu ni kita beruzlah atau duduk seorang diri. Time ni kita stop bergaul dengan orang. Kita ada lebih kurang 5 – 6 jam untuk kita masukkan segala doa yang ada. Yang orang kirim dan sebagainya.

Lepas Maghrib kita akan bergerak naik bas ke Muzdalifah. Pastikan telah guna toilet di Arafah sebab di Muzdalifah toilet lagi sangat limited. Wuduk perlu ambil siap di Arafah untuk solat di Muzdalifah. Takpun spray air tadi penting. Perjalanan dalam sejam. Dekat sahaja tapi jem.

Di Muzdalifah kita akan lepak sekejap dari lepas Maghrib ke Tengah Malam. Sekitar 5-6 jam juga. Open air tanpa khemah. Bayangkan kita baring atas padang. Cumanya di sini padang pasir. Ada yang ambil masa untuk tidur dan berbual dan juga kutip batu untuk melontar nanti. Kekangan space menyukarkan untuk solat, tapi cuba usahakan untuk solat jamak juga di sini. Nak baring pun mungkin tidak muat. Kena consider ruang untuk jemaah lain juga. Bagi yang perlu untuk berehat, yang larat cuba duduk bersandar pada beg. Lenguh tapi bersabarlah.

Day 3 – Mina (10 Zulhijjah)

Selepas tengah malam kita akan bergerak dari Muzdalifah ke perkhemahan di Mina. Hanya bersebelahan, tetapi pergerakan beratur, naik bas dan sebagainya mungkin akan ambil masa dua jam. Kita akan selesai dan tiba di Mina menjelang Subuh.

Mina agak selesa berbanding Arafah dan Muzdalifah. Khemahnya berhawa dingin. Cuma rezeki masing – masing, ada yang terlalu sejuk, ada yang terlalu perlahan. Ada peti ais.

Cuma seperti disebut dalam tulisan sebelum ini, cabaran di Mina adalah kepadatan. Ada khemah yang lapang, ada yang ngam, ada yang terlebih orang. Di sini mungkin memerlukan sesetengah jemaah tidur di luar khemah.

Ada maktab (khemah) yang elok, ada yang kurang. Sebab lain maktab, lain pengurusannya. Ada yang dihias cantik, ada yang biasa.

Air panas ada centralise. Again, everything is about being patient dan kena beratur.

Sampai di sana dalm waktu hampir subuh terus ready untuk melontar jamrah. Sunnah lontaran pertama (Jamrah Aqabah) adalah selepas Dhuha.

Mula berjalan dan perjalanan pergi balik melontar akan ambil jarak sekitar 7-8 km. Orang ramai. Aktiviti ini akan ambil masa sekitar 3 – 4 jam. Elok sebelum datang dah biasa berlatih jalan di taman – taman sebagai persediaan. Tidaklah badan terkejut.

Sepanjang aktiviti melontar untuk hari – hari berikutnya, pastikan dah selesai pergi toilet dan bawa air minum. Sebab sepanjang ke tempat melontar, tiada toilet.

Selepas melontar, jemaah negara lain ada akan terus ke Masjidil Haram untuk Tawaf. Dari Jamrah ke Mekah, berjalan pergi patah balik akan tambah dalam 25 km lagi.
Jemaah Malaysia dinasihatkan Tabung Haji tidak ke Masjidil Haram, tetapi patah balik ke khemah di Mina. Good to stay in group. Mina is a big place. Ramai sesat di sini.

Honestly, saya pun ada keluar merayau tengok suasana Mina, balik saya sesat. Hampir dua jam nak cari jalan balik. Kemudian baru saya belajar, good to keep waze location untuk ke khemah kita. Share pada rakan rakan sekhemah. Waze memudahkan. Cuma berhati – hati sebab ada jalan ditutup dari semasa ke semasaz

Sampai khemah dalam tengahari, barulah kita boleh bercukur. Ramai orang akan offer cukur di area khemah itu dengan bayaran 10-20 Riyal. Selepas itu dah boleh mandi, salin baju, ganti tidur, makan dan sebagainya sementara menunggu hari esok. Time ni rasa lega boleh salin ihram sebab biasanya time ni Ihram dah comot. Lepas cabut Ihram, semua larangan ihram diangkat kecuali menikah dan bersama suami isteri.

Oh, di Malaysia, hari ini kita sambut Raya Qurban.

Mina agak meriah berbanding Arafah dan Muzdalifah. Banyak gerai – gerai jual barang. Ada suasana pasar malam juga. Jadi kalau ada duit lebih boleh beli barang and makan – minum.

Day 4 and 5 – Mina (11 Dan 12 Zulhijjah)

Dua hari ini jadual lebih kurang sama.

Waktu melontar adalah bermula selepas Zuhur. Tabung Haji akan susun kita beberapa time melontar. Saya cadang lepas maghrib. Walaupun lebih sesak, tetapi cuaca lebih melegakan.

Dan kita boleh tukar kasut. Pakai kasut adalah better dari pakai selipar. Jauh berjalan kita. Untuk elak dari kaki mula melecet dan terseliuh. Sebab banyak hari lagi nak guna kaki.

Day 6 – Mina (13 Zulhijjah)

Hari ini adalah hari terakhir melontar. Selepas itu jemaah boleh pulang ke Mekah.

Walaupun Sunnah melontar adalah lepas Zuhur, tetapi Tabung Haji akan meminta kita untuk melontar lepas Subuh untuk memudahkan pergerakan balik sebab syaraknya, kita kena keluar Mina sebelum Maghrib. Sebab by the time kita sampai balik Khemah, waktunya sudah 10-11 pagi. Berkemas, bersiap beratur semua, latest by 2 pm kita akan bergerak dan by 4-5 pm kita boleh sampai di hotel.

Once sampai hotel, bolehlah ganti mandi, toilet dan sebagainya.

Nak rehat boleh, nak ke Masjidil Haram pun boleh untuk tawaf ifadah dan saie untuk completekan rukun haji. No rush for this, sebab tiada deadline, boleh rehat dan tidur dahulu especially untuk tunggu Masjidil Haram lengang sedikit. Selagi tidak completekan rukun haji, ada larangan yang perlu dijaga.

Maka, Alhamdulillah selesai rukun haji.

Kesimpulan

Enam hari kita di sini atau lebih kurang 140 jam. Banyak masa kita ada. Bahagikan masa ikut kesesuaian. Fokus utama adalah solat, mengaji dan zikir. Tetapi kita bukan Malaikat, sudah pasti kita akan ambil masa untuk turut rehat, tidur, beramah mesra dan berkenalan dengan rakan – rakan sekhemah. Keadaan cuaca akan buat kita rasa tak selesa beraktiviti, jadi hanya rasa nak baring, tapi jangan sampai tinggal ibadah.

Ada yang kritik saya kerana ada buat daily update di FB. Saya akui saya ada update FB. Tetapi saya rasa masa diambil tidak lebih 15 minit sehari berbanding 20-22 jam berjaga yang kita ada. Dan update saya juga dengan niat untuk memberi maklumat kepada pembaca sebagai pengetahuan dan motivasi bersama. Itu juga adalah ibadah, moga Allah terima. Catatan elok dibuat ketika masih ingat. Saya takut lupa. Dan rakan – rakan boleh rujuk semula tahun hadapan sekiranya ada yang mempunyai rezeki untuk menunaikan haji.

Again, kita bukan Malaikat. You need some escapisme activities dalam tempoh ni. Yang kritik ni saya rasa mostly belum pergi lagi dan belum rasa suasana. Hebat macam mana pun kita dalam beribadah, a break is needed as well, tiada yang beribadah 24 jam sehari sepanjang 6 hari.

Saya mungkin ada tertinggal few items, mohon rakan – rakan lain yang berpengalaman untuk tambah. Kalau ada soalan, silakan.

Moga ada manfaat untuk kita semua.

Azmil Abrar

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 2

Downvotes percentage: 100.000000%

Leave a Reply

Diari Jemaah Haji 2017 – Bahagian Kedua

Alexander Graham Bell Bukanlah Pencipta Telefon